Buntu dan dalam dilema jadinya apabila seorang lelaki mengakui tidak dapat meneruskan perkahwinan selepas menerima rakaman video seks tunangnya dengan kawan sendiri.
Lelaki berkenaan berkata dia dijadualkan berkahwin pada 20 Julai ini dan wang hantaran RM15,000 sudah diberi kepada keluarga perempuan.
Kredit foto: Carian internet
“Ada seseorang yang kirim video tunang saya melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki yang aku kenal,” tulis lelaki itu menerusi Facebook Luahan Orang Bujang.
“Sebab video itu adalah video baru. Dalam mereka melakukan benda itu, kami sudah pun bertunang. Sekarang min (pentadbir akaun). Tunang aku. Buat selamba je bila jumpa aku. Dia buat seperti tiada apa-apa berlaku. Dia layan aku manja seperti biasa.”
Katanya lagi, dia sememangnya tidak akan menyentuh mana-mana perempuan selagi belum halal, sukar untuk menerima situasi yang berlaku ini.
Dia juga menyalahkan diri sendiri kerana terlalu sibuk mencari duit sehingga mengabaikan tunangnya itu.
“15k (RM15,000) tu min (pentadbir akaun Facebook). Dua tahun aku kumpul. Aku sanggup kerja pakai moto sebab nak jimat minyak. Berpanas berhujan, aku tahan lapar. Di tempat kerja. Aku bawa biskut kering je.
“Kalau saya tak teruskan perkahwinan ini, keluarga saya mesti malu. Kad kahwin pun sudah diedar. Allah Allah,” katanya lagi. - CARI |