Masih ramai yang bercerita tentang perceraian Rihana Oksana Petra dengan Sultan Muhammad V yang difahamkan dengan talak tiga itu.
Terbaru, memetik Straits Times, peguam kepada Sultan Kelantan, Koh Tien Hua berkata status anak yang dilahirkan Rihana menjadi antara punca perceraian itu.
Katanya lagi, tiada bukti kukuh menunjukkan baginda merupakan bapa biologi kepada anak yang lahir pada Mei lalu sebelum mereka bercerai.
“Tiada bukti kukuh yang menunjukkan baginda adalah bapa biologi anak tersebut,” katanya.
Kredit foto: carian internet
Difahamkan Rihana, 27 diceraikan kira-kira sebulan selepas beliau melahirkan anak lelaki di Moscow yang dinamakan sebagai Tengku Ismail Leon Petra.
Keduanya berkahwin pada Jun tahun lepas di Moscow. - CARI |