Sejak larangan merokok di kedai makan dilaksanakan, ramai perokok mula-mula ikut peraturan. Tetapi, kebelakangan ini makin ramai yang sudah berani melanggar peraturan. Bak kata orang, "hangat-hangat tahi ayam" sahaja.
Jadi, apa yang perlu anda lakukan jika terserempak dengan perokok yang selamba merokok dalam kedai makan?
Perokok sebenarnya masih boleh merokok tetapi jauhnya 3 meter atau 10 kaki dari kedai makan itu. Mudah je kan nak ikut?
PANDUAN LAPORAN. FOTO: TWITTER
Report terus kepada Kementerian Kesihatan Malaysia menggunakan nombor 010-860 8949.
Seorang pengguna Twitter berkongsi tips ini memandangkan semakin ramai yang langgar peraturan.
REPORT! FOTO: TWITTER
Pegawai Kementerian Kesihatan bertugas akan mendapatkan laporan anda dan meletakkan restoran itu dalam senarai "hot spot" untuk pelaksanaan peraturan itu.
REPORT DENGAN BUKTI DAN MAKLUMAT. FOTO: TWITTER
KEDAI AKAN DIMASUKKAN DALAM SENARAI HOT SPOT. FOTO: TWITTER
Bukanlah bila report, terus orang kesihatan datang. Tak masuk akal lah pulak kan. Tapi sekurang-kurangnya ada peluang pegawai kesihatan datang dan menyaman mereka.
Sebab selalunya, perokok ni melepak tempat yang sama sahaja.
Ramai orang tidak tahu sebenarnya boleh report perkara ni kalau berlaku depan mata.
RAMAI TIDAK TAHU. FOTO: TWITTER
Alang-alang dah marah kan, report jerlah terus.
Dan untuk perokok tak berbaloi kalau kena tangkap merokok di kedai makan, sebab hukumannya berat!
Sia-sia kena denda tidak melebihi RM10,000 dan penjara tidak lebih dua tahun.
Jadi, sayangi diri sendiri dan hormatlah orang sekeliling! - CARI |