Semakin ramai bintang Youtube yang bergelar jutawan dengan hanya membuat review produk atau servis tertentu.
Terbaru, seorang kanak-kanak dari Korea Selatan dikenali sebagai Boram Tube dilaporkan menghadiahkan keluarganya dengan sebuah kediaman lima tingkat bernilai RM33 juta (9.5 bilion won).
Si cilik yang hanya berusia enam tahun itu mempunyai 30 juta pengikut di dua saluran Youtube miliknya.
Kediaman yang dibelikan khas untuk keluarganya pula terletak di daerah Gangnam, Seoul.
Kredit foto: carian internet
Laporan Korea Times menyatakan, Youtuber cilik ini dianggarkan memiliki pendapatan kira-kira RM12.8 juta (3.7 bilion won) setiap bulan.
Saluran Youtube miliknya, 'Boram Tube Vlog' berjaya menarik 17.6 juta pengikut, manakala saluran review mainannya 'Toy Review' mempunyai 13.6 juta pengikut.
Pun begitu, pembelian rumah mewah itu diperkatakan oleh rakyat negara itu yang menganggap Boram dipergunakan oleh ibu bapanya. - CARI |