Kebelakangan ini memang musim orang buat 'food challenge' pelik-pelik ke? Selepas 'insta famous' dan 'youtuber' menyahut cabaran ini, nampaknya ada artis yang turut mahukan perhatian. Penyanyi yang terkenal dengan lagu Bunga, Ara Johari turut menyahut cabaran. Tetapi lebih ekstrim dengan mencampurkan mee pedas bersama durian!
Bersama 4 rakannya, mereka memulakan cabaran tersebut dengan menggaulkan durian Musang King ke dalam mee pedas giler 2x. Setelah digaul bersama, ia kelihatan seperti keju! Pada mulanya mereka berempat makan dengan laju dan seperti tiada apa yang berlaku. Namun, tidak lama kemudian, wajah Ara tidak selesa hingga terpaksa meminta plastik untuk memuntahkan semua yang dimakannya!
Hal ini membuatkan ramai warganet yang marah dengan cabaran memudaratkan.
Setelah muntah di dalam plastik, Ara dilihat bangun meuju ke tepi khemah untuk muntah di luar. Nampaknya memang teruk keadaannya. Dalam masa sama, Ara sempat mempromosikan video penuh yang akan ditayangkan pada Isnin malam nanti.
Rakan artis, Nabila Huda turut memarahi Ara atas kejadian tersebut. Namun, baca apa yang Ara jawab kepada Nabila,
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
Bukan sahaja Nabila, malahan warganet turut marah dengan kejadian itu. Sementelah mengetahui yang kombinasi mee pedas dengan durian menyebabkan gas bergelojak di dalam perut membuatkan pemakannya berasa tidakk selesa. Oleh itu, ramai yang meminta 'public figure' tidak membuat cabaran bodoh sebegini. Bimbang akan ada pengikutnya nanti walaupun di video tersebut menyatakan "Dont try this at home'.
Kredit foto: IG
Timbul persoalan, adakah Ara sengaja menyahut cabaran tersebut kerana semata-mata mahukan ianya terus 'viral'? Macam-macam eh artis BBNU sekarang ya? -CARI
|