"Selepas beberapa tahun menjadi anak seni, saya rasa ini masa paling sesuai untuk memulakan perniagaan dan mengumpul duit untuk berkahwin."
Wah, dengarnya, Syamel sudah mula mengumpul duit untuk berkahwin! Sudah ada calonnya?
"Sekarang pun umur sudah 26 tahun dan menjadi idaman semua orang untuk mendirikan rumah tangga," katanya.
Kredit foto: IG
Menariknya, Syamel menjadikan perniagaan menjual makanan segera burger yang baru bertapak sebagai sumber pendapatan tambahan. Bolehlah simpan duit untuk kahwin nanti ya?
Memetik Astro Gempak, Syamel, 26, memulakan perniagaan itu bersama Ernie Zakri dan Aepul Roza (Drama Band).
Semuanya gara-gara minatnya terhadap makanan!
"Saya baru selesai berniaga di ekspo jualan di Singapura dan alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan.
"Saya memang sudah lama menyimpan hasrat mahu membuka perniagaan makanan, lagi pun burger merupakan makanan yang berjiwa rakyat. Semua suka makan burger!
"Jadi terhasillah soft shell crab dan crispy chicken burger," katanya.
Sambil menyelam minum air, bolehlah Syamel berniaga sambil bertemu peminat.
"Memandangkan saya suka berniaga, jadi kemungkinan besar sekiranya ada kelapangan saya akan berada di gerai untuk memasak burger kepada pelanggan.
"Mungkin buat burger sambil menyanyi?" katanya yang memaklumkan akan membuka gerai jualan di sekitar Bukit Jalil dan Lembah Klang.
Kredit foto: IG
Kumpul duit banyak-banyak ni, Syamel nak buat majlis grand ke?
"Saya tak mendambakan majlis perkahwinan yang besar sampai menjadi wedding of the year tetapi saya lebih mengutamakan kehidupan selepas berkahwin.
"Mesti seronok memiliki pasangan yang berkongsi minat dan bisnes bersama-sama," jelasnya.
Wah-wah, dah ada calon ke tu? - CARI
|