Bagi penyanyi, pelakon, pelawak dan anak seni, selain bakat yang dikurniakan Tuhan, populariti juga sebenarnya penting kerana kejayaan mereka dalam industri diukur sejauh mana peminat mengenali mereka.
Sifirnya mudah iaitu ada bakat (atau tidak berbakat pun), kalau orang kenal dan anda terkenal, lebih banyak job diterima. Banyak job, banyaklah duit kan?
Tak nak popular, nak kahwin!
Foto: Instagram
Tetapi, berlainan pula dengan pelakon Aiman Hakim Ridza yang tidak mahu peminat mengundinya untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 tahun ini.
Dia sebelum ini memuat naik Instastory meminta peminat tidak mengundinya kerana mahu "fokus perkara lain".
DilaporkanHarian Metro, Aiman bagaimanapun sudah meminta maaf kerana niatnya disalah erti.
"Saya sendiri pun dah meminta maaf kepada pihak terlibat mengenai isu ini. Niat saya adalah untuk tidak terlibat dalam anugerah sebegitu. Pada saya, fokus adalah kepada pertandingan yang lebih bermakna untuk diri," katanya.
Anugerah popular tak bermakna
Foto: Instagram
Dia juga mahu mengelak kelab peminat bergaduh kerana mempertahankan artis masing-masing. Disebabkan itu, dia tidak berharap menang anugerah popular yang "tidak bererti ini".
ABPBH tak bererti
Foto: Google
Kenapa susah sangat hendak faham yang kerjaya seni memang gabungan dua perkara iaitu bakat dan populariti? Mengada ke tidak? - CARI |