CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7207|Reply: 59

Bagaimana nak bertoleransi dengan pasangan

[Copy link]
Post time 12-8-2019 01:18 PM | Show all posts |Read mode
Salam. Macamana saya nak handle suami yang tak memahami kehendak saya. Kami kahwin dah kahwin hampir 2 tahun,belum dikurniakan cahayamata.Suami dari utara dan saya dari pantai timur.suami saya seorang yang rajin bekerja dan tak pernah bersikap kasar terhadap saya.apa yang saya nak dituruti.tapi adakalanya saya tak boleh bertoleransi dengan sikapnya.oleh kerana kami pjj dan dia kerja di KL,so kami berjumpa sebulan sekali sahaja.kami akan bergilir2 jumpa samaada dia balik ke rmh parents sy(sbb sy masih tinggal dgn parents dan kerja di kg) atau sy dtg ke KL.kalau cuti panjang saya akan blk ke rmh mertua di utara.
Raya haji tahun ni kami sepakat utk beraya di kg sy sebab kakak sedara nak buat majlis akikah anak dia.yang jadi masalahnya suami saya asyik duduk dalam bilik dan asyik tidur.lepas subuh dia tidur.bila saya kejutkan nak breakfast,dia tak nak.semua org menunggu dia utk makan sama-sama tp dia lebih pentingkan tidur.seharian dia tidur je. Sy dah tak tahan dan ambik keputusan utk paksa dia balik KL pd ptg raya pertama.(dia dah balik ke kg sy 2 hari sblm raya).kami tak bercakap sepanjang perjalanan ke terminal bas dan sampai ke hari ni kami tak berhubung.
Ini bukan kali pertama dia buat hal. Setiap kali balik kg dia akan tidur seharian dan susah nak bangun. Saya jadi malu pada family saya. Walaupun dia ramah dan suka berbual bual dengan family saya tapi masa dia banyak habiskan dengan tidur.sy stress dengan sikapnya yg langsung tak jaga air muka saya sbg isterinya.


Bila gaduh dia byk berdiam diri dan akan cuba berbaik dgn sy.tp bila memikirkan sikap dia yg takde adab tu, sy jadi marah.setiap kali balik kg,kami selalu bergaduh.saya dah pesan jgn buat perkara yg menjatuhkan air muka sy di hadapan family,tp dia tak ambil serius.
Macamana saya nk nasihatkan dia supaya lebih matang dan menjaga perasaan orang lain terutama saya. Adakah sy ni terlalu mengongkong dia dan nak dia jadi seperti apa yg saya mahukan..mungkin ini dianggap masalah kecil tp kalau berlarutan sy bimbang akan menjadi kudis dan mslh lebih besar akan terjadi.tlg la sy.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2019 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabar lah sis. Mungkin sis boleh tanya dia apa yang dia rasa dan sis pun luahkan apa yang sis rasa ke dia
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Communication is everything.

Jangan pendam sorang2 dik..org laik ni dia diam,kadang2 dia malas nak gaduh dgan u. Tapi selalunya dia x faham kalau u x bgtau dia betul2. I selalu ingat pakcik i pesan, 5 tahun pertama kawin yg paling mencabar sebab kita baru nak kenal pasangan kita. Kuatkan semangat u, fikir yg baik2 tentang dia. Mesti ada cara. Tunggu dua2 cool down, bincang baik2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 10:20 AM | Show all posts
Bincang.. duduk berdepan dan bincang bersemuka.. jangan pakai whatsapp atau by call.. bagitahu apa yang ang rasa tak gemar dengan perangai beliau.. tapi bincang tu ayat nyembang nanti biar senonoh.. jangan nak main terkam jek..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia nak tidur biarler. Mungkin x selesa. Jarang jumpa..  Pelan2 ler
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 03:02 PM | Show all posts
Husband TT keje apa?

let say kalau husband balik kg TT seminggu .. everyday dia akan tidur lebih dari berjaga ke?

Biasa kalau naik bas memang letih dik, 1 hari kalau boleh nak tidur je .. jet lag jugak gamaknya

Tapi, kalau hari2 dia tidue siang, malam berjaga ... mungkin sebab nature kerja atau dia memang ambil kesempatan untuk rest sepuasnya kot .. cuti kan ..

Talk to each other nicely ya ... baru2 nak kenal perangai ni .. 2 tahun kawen, tapi PJJ .. banyak lagi perangai belum jumpa
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-8-2019 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
naz.wani replied at 13-8-2019 12:23 AM
Communication is everything.

Jangan pendam sorang2 dik..org laik ni dia diam,kadang2 dia malas na ...

Saya cakap terus terang kalau ada apa apa perkara yang tak puas hati.dia dengar tapi sukar nk follow.contohnya kalau saya cakap saya tak suka kalau nampak gaya dia selekeh,tapi dia tak pernah ambil serius. Banyak kali saya tegur apa yang saya tak suka,tapi dia tak nak dengar.walaupun dia tak pernah marah apatah lagi tengking saya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2019 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 13-8-2019 10:24 AM
Dia nak tidur biarler. Mungkin x selesa. Jarang jumpa..  Pelan2 ler

Kami berjumpa sebulan sekali dan dia kerap balik ke rmh sy di kg.tapi balik pun tak lama,2,3 je. Kalau asyik tidur je sampaikan saudara mara datang pun tak dapat jumpa.naik malu saya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2019 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Loh_83 replied at 13-8-2019 03:02 PM
Husband TT keje apa?

let say kalau husband balik kg TT seminggu .. everyday dia akan tidur lebih  ...

Ada benarnya cara kerja dia mempengaruhi sikapnya.dia kerja ofis dan malam buat grab food.kdg2 sampai pkl 1 pagi.dia pernah cakap kalau balik rmh sy dia nak rehat cukup2.nak tidur puas puas.

Dan saya akui kalau naik bas memang seharian akan tidur bila sampai rumah.tapi setiap kali balik asyik tidur je,sampaikan saya rasa malu pd parents dan adik beradik.saudara mara pun kdg2 tak sempat nk bersua.

Sikap dia yg tak jaga air muka saya tu yang buatkan saya bertambah geram. Hinggakan saya terfikir single lagi baik daripada makan hati dengan suami sendiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada je orang yang hobi dia tidur.
Kawan I dulu ada abang yang suka tidur...
Weekend je mesti tidur dari pagi sampai esok pagi pun boleh.
Sehingga satu hari, mak dia membebel dan cakap, asyik tidur je baik kau mati je.

Sejak itu abang dia dah kurang tidur.
Takut doa mak menjadi agaknya... Tgh tidur terus mati...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 14-8-2019 06:39 AM
Ada je orang yang hobi dia tidur.
Kawan I dulu ada abang yang suka tidur...
Weekend je mesti tidur ...

omg... mak dia awesome la
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 08:16 AM | Show all posts
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Let him be, TT.  Dia letih bebeno la tu.  Selain letih, dia tak berapa nak gaul dgn org.  Sikit2 boleh la kan?  Bukan tak campur langsung.  Lagipun kahwin 2 tahun tu baru lagi tu.  Ok la tu suami tido dari dia main game or texting kat pompuan lain dlm bilik tu.  Harapan TT menggunung kat dia tu, turunkanlah.  Bersyukurlah TT dpt suami yg rajin bekerja.   Org lain dgn suami takmo kerja la, kaki pompuan la.  Masalah TT ni small matter je, percayalah.  Tkyh besar2kan.  TT berdamailah dgn suami tu.  Dahla jarang jumpa.  Asal balik kampung nak bercekau.  Fed up pulak suami tu kang.   Bukan suami TT sorang je perangai gitu.  Suami anak sedara acik berat mulut, tak join org sgt.  Anak 4 org,  anak pertama dah umur 13 tahun.  Kalau dia dtg tu, mana dia duduk situ la dia duduk sampai time balik.  Kita org tak kisah pun sbb dia elok je senyum takdela sombong ke apa.  Baru2 ni dia dah pandai nak join conversation sikit2, dia dah pandai nak join aktiviti keluarga.  Benda ni semua takes time utk setengah2 org, ada tu lmbt nak warm up.  Kita kena accept la perangai dia org mcm tu.  Allah jadikan kita lain2.  Acuan tak sama.  Suami TT tu mmg kena berubah slow2, tp TT pun kena belajarlah utk bersabar.  U guys can survive this!  Insya Allah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 04:44 PM | Show all posts
terataiku replied at 13-8-2019 09:26 PM
Ada benarnya cara kerja dia mempengaruhi sikapnya.dia kerja ofis dan malam buat grab food.kdg2 sam ...

Dia penat. Syukurlah dapat suami bertanggungjawab begitu. Siap buat dua tiga kerja untuk cukupkan kewangan. Lepas tu kena travel lagi. Penat, stress, ditambah lagi kurang tidur boleh bawak mati tau. Suami saya pernah kerja 16 jam sehari demi nak cukupkan bajet untuk saya bersalin, masa ada di rumah memang dia tidur je. Saya redha sebab dia buat untuk kebaikan kami jugak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2019 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Genkidesuka replied at 15-8-2019 08:16 AM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Let him be, TT.  Dia letih bebeno la tu.  Selain letih, di ...

Mungkin saya terlalu membandingkan suami dengan ipar duai yg peramah dan cepat masuk dengan family saya. Apabila suami tak sepertimana yang saya gambarkan spt ipar duia,maka mudah la utk saya cari kekurangan suami dan sebolehnya saya nak expectation saya tu dicapai. Adakah saya terlalu ‘membentuk’ suami spt acuan yang saya mahukan sampaikan perkara macam ni yang mencetuskan pergaduhan.

Anyway,thanks so much atas pandangan awak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2019 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
supermum replied at 15-8-2019 04:44 PM
Dia penat. Syukurlah dapat suami bertanggungjawab begitu. Siap buat dua tiga kerja untuk cukupkan  ...

A’ah saya masih bersyukur sebab suami saya memang melayan saya dengan baik. Sehingga ke hari ini kami tak bercakap. Dia sekadar whatsapp tapi saya tak balas. Dia tak call sebab dia tahu bila gaduh saya tak akan jawab panggilan dia.
Hri ni dia bank in kan duit belanja.saya tahu bukan cara bagi duit utk pujuk saya, tp memang dia tak lokek bab duit. Tapi masalah dengan sikap dia tu yg buatkan saya marah dan geram.

Apapun thank you so much atas nasihat  puan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ablishan at 16-8-2019 10:48 PM
terataiku replied at 16-8-2019 09:22 PM
A’ah saya masih bersyukur sebab suami saya memang melayan saya dengan baik. Sehingga ke hari ini  ...


TT, bg pendapat saya, sepatutnya kita terimalah pasangan kita seadanya. Jgn cuba mengubah dia dgn paksaan. Saya rasa suami TT seorg yg baik. Cuma mungkin dia terlalu penat dan perlukan rehat.

Cuba hargai pasangan yg dipinjamkan Allah kpd kita. Sekurang2nya dia balik jugak tengok TT. Blh je kan kalau dia tanak balik. Siap pujuk TT lagi. Ada ke dia paksa TT buat apa2 yg TT tdk sukai?

Sorry emo sikit sebab rasanya suami TT ok2 je buat masa ni. TT je kurang memahami.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2019 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala tt.. dia penat la tu..siang malam dia cari rezeki tau. Tt jangan la marah2. Explain jelah kat family tu suami penat keje. Naik bus jln jauh pn penat tau. Pls la jgn nk banding2kn suami tu dgn org lain.

Syukur la dpt suami yg rajin keje.. brtggjwb mcmtu. Jgn la paksa dia jd mcm yg tt nak. Nnt kang dia boring hah... lg satu takyah la lyn sgt mrh tu smpikn xnk reply bagai..kang tetiba suami tu meninggal baru nyesal...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 11:20 PM | Show all posts
knp nak samakn laki mu dengan laki ore..

kenapa nak dengar kata orang...orang kata..orang kata..kita hidup dengan kata mengata orang ke..xboleh ke hidup tanpa hirau kata2 orang..

ingat tt do0sa derhaka dengan laki xberkat hidup..air muka mu dengan orang kampong tinggi mana????? air muka ..air muka..

mesti tt menyesal kan,, silap xkawin dengan orang senegeri..tu yang benda kecik( suami byk tido) mcm ni pun jadi besar..jatuh water face..

laki pakai selekeh( selekeh tahap mana) jadi isu..kalau laki smart xlama ada orang intai..tt mesti suka..naik air muka tt..lakiku lakimu jua..dah bermadu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 11:28 PM | Show all posts
terima lah seadanya tt..dia layan kita baik..bertanggungjawab, tunai amanah Allah..dah memadai
kits tidak hidup dengan pujian orang..xmati dengan kejian orang..

tangjwab tt nak lihat dia pakai selekeh ke tak..tt yang patut sedia makan pakai dia..sediakan baju untuk dia pakai..bukan komplen..buat mcm mak saya ..dia xsuka baju tu ayah saya pakai, dia bakar je..habis citer..bila ayah tanya baju tu dia buat blur je..xpayah gaduh2 sakit hati

jumpa sekejap nak gaduh..rugi masa..dah pjj...



akhir sekali..kalau xselesai juga masalah tt..haha mahkamah ada..
ingt tt selama xcakap dengan suami malaikat laknat mu..dok dlm dosa..mu kira perasaan mu.. mu xkira perasaan tok laki mu dekat mu..jangan selfish tt kut di kl sinun lakimu disukai seseorang..Allah nak uji..jangan hina laki sendiri..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2019 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah hari ni kami dah berbaik.memang rasa bersalah sebab layan suami macam tu.tp sebab terlalu kecewa dan turutkan kemarahan maka terjadila konflik.
Terima kasih forumer semua yg banyak menyedarkan saya.mingkin kehidupan berumahtangga kami masih baru dan saya sedar kekurangan diri masing masing.macamana la agaknya pasangan yang dh lama berkahwin dan hadapi konflik dalam rumahtangga.
Boleh ke saya hadapi dugaan dan ujian mendatang.baru berkahwin tapi masalah kecil pun kami tak boleh selesaikan. Huhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.081552 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list