Pihak berkuasa Filipina menutup sebahagian pantai di Boracay selepas video pelancong China membenarkan anaknya berak di dalam laut tular di negara itu.
Menurut laporan philstar.com, pihak berkuasa membuat keputusan itu untuk melancarkan operasi pembersihan besar-besaran di kawasan tumpuan pelancong itu.
Pelancong China buat hal di Boracay. Foto: philstar.com
Sebahagian pantai di kawasan "Station 1" ditutup sementara dan semua aktiviti renang diharamkan dijalankan di kawasan itu.
Kawasan itu dipercayai adalah kawasan dalam video tular menunjukkan seorang pelancong China membasuh punggung anaknya selepas melepas. Dalam video sama juga, seorang lagi pelancong dilihat menanam lampin pakai buang di kawasan pantai.
Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal mengesan pelancong terlibat walaupun sekiranya ditangkap mereka boleh didenda kerana melanggar undang-undang alam sekitar.
Undang-undang Filipina mengharamkan membuang sampah, kencing, berak, meludah, dan menconteng harta benda awam di kawasan awam.
Boracay pernah ditutup pada 2018. Foto: Google
Boracay sebelum ini pernah ditutup pada 2018 selama enam bulan atas arahan Presiden Filipina Rodrigo Duterte kerana pencemaran disebabkan jumlah pelancong yang terlalu ramai.
Aihh...pelancong China ni merata seluruh dunia buat hal. Jangan sampai negara seluruh dunia bertindak sekat mereka datang seperti Australia buat kepada pelancong Malaysia pula! - CARI |