Sakit hati apabila melihat satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular yang menunjukkan seorang pembaca berita dari Vietnam Vu Thi Thu Ly teruk dibelasah suaminya Nguyen Xuan Vinh, baru-baru ini.
Menurut laporan Asia One seperti dipetik dari The Star, suaminya yang juga seorang guru seni mempertahankan diri memukul Ly walaupun Ly ketika itu sedang mendukung anak mereka berusia dua bulan.
Punca kejadian adalah kerana set televisyen suaminya dialihkan ke bilik lain. Dalam video berdurasi 2 minit 30 saat itu, kelihatan mereka bertengkar sebelum Vinh memukul Ly dan menendangnya. Ly jatuh beberapa kali sambil mendukung bayinya.
Turut kelihatan dalam video tersebut seorang wanita lain, namun beliau dilihat hanya mendiamkan diri tanpa membantu meleraikan pergaduhan tersebut.
Ly dilaporkan pergi mendapatkan rawatan di hospital terdekat sejurus selepas kejadian.
Kredit foto: xuan.com.my
Suami Ly masih belum ditahan pihak polis walaupun video tersebut sudah tular di Internet. Sedihnya bila bersuamikan lelaki jenis ringan tangan dan tanpa segan silu menunjuk keganasan depan anak-anak. Kejam betul! - CARI
bagus jg ada cctv sebagai bukti..lelaki mcm tu mmg tak
layak jd laki.kalau pun dlm keadaan marah kat bini tu tak
boleh ke amik baby tu letak dl tp akk rasa mmg bini dia pgg
baby tu utk protect diri tp laki spesis bijak sgt.bini tgh pgg baby
pun tgn kaki jalan..hrp2 bini report polis sbb selagi bini tak report
polis mmg polis tak tangkap lah..