Seorang isteri pastinya mengimpikan kehidupan bahagia bersama suami tanpa orang ketiga. Tapi, ada juga yang sanggup membuka pintu hati untuk menerima madu bagi membahagiakan si suami.
Sama seperti video yang tular ini apabila beberapa pasangan poligami dilihat menyambut menyambut majlis perkahwinan.
Yang seronoknya apabila pengantin lelaki dilihat beriringan dengan isteri baru sambil ditemani isteri tua disamping mereka. Hebat sungguh!
Dalam video itu, kelihatan lima pasangan melalui pintu gerbang untuk majlis perkahwinan di mana semuanya diiringi isteri tua.
Nnetizen yang melihat video ini rata-ratanya tabik kepada isteri tua kerana sanggup dan kuat hati untuk menemani majlis perkahwinan suami mereka.
Tak kurang juga yang berdoa agar tidak melalui nasib yang sama dengan isteri-isteri tua itu.
Kredit foto: Facebook
Apa pula pendapat anda? - CARI |