Siapa yang tidak fikir pasal jodoh, tambah pula bila usia semakin meningkat bukan? Tidak terkecuali Syafiq Farhain yang sedang membina nama dalam industri seni.
Dia juga mengakui hidupnya kadangkala sunyi apabila kebanyakkan rakan-rakan seusia dengannya sudah mula mendirikan rumah tangga bersama insan tersayang.
Foto: Instagram Syafiq Farhain
Niat di hati ingin berkahwin, namun Syafiq masih belum menemui mana-mana wanita yang berjaya membuka pintu hatinya.
Tambahnya lagi, dia tidak meletakkan sasaran untuk menamatkan zaman bujangnya, namun dia berdoa agar tidak lewat untuk bertemu jodoh dan menimang cahaya mata dalam usia yang masih kuat untuk bekerja.
Ketika ditemu bual Berita Harian, gadis impiannya mestilah seorang yang tidak kuat cemburu serta sanggup mengharungi kehidupan susah senang bersamanya.
Dia risau dirinya dihambat rasa serba salah jika peminat wanita bertindak diluar jangkaan sehingga menimbulkan rasa cemburu buta pada pasangan.
Melihat kepada kerjayanya pula, Syafiq mencuba konsep baru untuk lagunya dengan tidak lagi berkisarkan cinta manusia. Dia beralih arah dengan lagu berkonsepkan cinta ketuhanan seperti lagu Demi Setia ciptaan Al-Farouq.
Konsept tersebut adalah salah satu cara untuk dirinya menyumbang kepada unsur positif dalam penyampaian lagu.
Lagu tersebut berkisahkan sifat manusia yang melupakan tanggungjawabnya pada Allah dan lagu ini juga turut memberi kesan pada dirinya setiap kali menyanyi.
Sabarlah Syafiq dan banyakkan berdoa. Jodoh itu ada untuk setiap manusia. Antara cepat dan lambat sahaja. Apa yang penting, persiapkan diri dulu sebelum berumah tangga. - CARI
|