Sewaktu ditemu bual akhbar tabloid UK, DailyMail beberapa minggu lalu, Rihana Petra yang kini berhadapan isu perceraian dengan suaminya, Sultan Kelantan ada menyatakan bahawa beliau akan memulakan sebuah saluran Youtube khas.
Kredit foto: Cari.com.my
Menurut temu bual itu, kandungan utama YouTube itu akan memaparkan gelagat anaknya Leon Ismail Petra yang kini menjadi punca ketegangan antara beliau dan mantan suaminya itu.
Ini berikutan tindakan Sultan Kelantan untuk menafikan paterniti anak tersebut.
Kredit Foto: IG
Bagaimanapun, Rihana dikatakan akan mencabar mantan suaminya untuk melakukan ujian DNA di sebuah mahkamah di Moscow.
Sekiranya saluran YouTube itu terlaksana, Rihana dikatakan bakal menunjukkan paras wajah Leon yang selama ini dirahsiakan daripada media dan umum.
Kredit foto: Carian Google
Hari ini, ketika ditanya oleh salah seorang pengikut Instagram mengenai janjinya untuk mendedahkan wajah bayinya dalam tempoh enam bulan, Rihana mengesahkannya.
'Ya, kami akan dedakan dalam saluran YouTube nanti. Sekarang kami sedang menyediakan bahan kandungannya,' jawabnya.
Kredit foto: Instagram
Nampaknya, rasa ingin tahu orang awam untuk menatap wajah anak itu bakal terjawab sedikit masa lagi apabila Rihana mengesahkan beliau dan pasukannya sedang gigih membuat rakaman kandungan video untuk saluran YouTube itu nanti.
Kredit foto: IG
Adakah dakwaan Rihana mengenai wajah Leon yang kini mirip orang Asia akan terbukti?
Atau adakah wajah bayi itu lebih menyerupai mantan teman lelakinya Leonid Zasukhin?
Bagaimana pula sambutan rakyat Malaysia terhadap saluran Youtube itu nanti?
Segala-galanya bakal terjawab sedikit masa lagi. - CARI |