Semua orang mengimpikan perkahwinan yang indah dan bahagia. Kalau boleh Till jannah. Namun begitu tak semua orang mampu kecapi bahagia dalam berumah tangga apatah lagi bila ada campur tangan pihak ketiga termasuklah keluarga mertua.
Kisah menyayat hati ini dikongsikan Puan Suhada Samsor menerusi hantaran di F@cebooknya. Puan Suhada bekerja dengan sebuah syarikat perbankan di ibu negara.
Tugasnya ialah menjaga akaun-akaun pinjaman perumahan Islamic dan buat penjadualan semula sekiranya mereka tak mampu untuk membayar ansuran bulanan mengikut perjanjian asal.
Kisahnya bermula begini...
Dia menangis macam orang gila...
Saya bantu, seminggu saya follow up kes dia...
Rupa-rupanya....
Mertua dan ipar duai bawa 'bencana', hampir bercerai dengan isteri...
Hampir 100% terpaksa tanggung mertua. Namun turutkan sahaja kerana sayangkan isteri dan anak-anak yang masih kecil...
Tak tidur malam nak bantu hamba Allah ni sehinggalah...
Hati berdebar...
Akhirnya hamba Allah itu buat sesuatu yang tidak dijangka...
Usai kematian hamba Allah tersebut, Puan Suhada berhubung dengan isteri arwah untuk urusan tuntutan insurans. Yang geram dan menyedihkan bapa mertua arwah mahu menukar hak pemilikan rumah tersebut kepada anak lelakinya.
Menurut Puan Suhada lagi, arwah sangat menyayangi isterinya dan mahu menghadiahkan rumah tersebut padanya supaya bila dia tiada nanti anak isterinya ada tempat berteduh.
Manusia bila ditekan terlalu kuat boleh hilang pertimbangan. Hanya tuhan sahaja yang tahu sejauh mana tahap tekanan arwah sehingga akhirnya mengambil keputusan menamatkan riwayatnya sendiri.
Pepatah Melayu menyebut: “Biar banyak rumah daripada banyak orang dalam rumah,” dengan maksud dengan ramainya anggota dalam sebuah rumah, maka ragam dan juga perangai akan berbeza yang boleh membawa kepada pertelingkahan jika tidak ditangani dengan sebaiknya.
Semoga menjadi iktibar pada kita semua. - CARI