View: 6650|Reply: 38
|
Penjawat Awam Pun Boleh Terima Rawatan Hospital Pakar Swasta Dengan CUEPACSCare
[Copy link]
|
|
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201911/04/124613kroixhxnnq8h00ii.png) Program CUEPACSCare membolehkan penjawat awam menerima rawatan di hospital kos swasta tanpa bimbang tentang kos yang tinggi. Kredit foto: CUEPACSCare
Mungkin ramai yang belum tahu Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah memperkenalkan Program Takaful CUEPACSCare dengan bayaran bulanan serendah RM40 sahaja sejak 1999 lagi.
Memetik laman sesawang CUEPACSCare, program yang dikhususkan untuk penjawat awam itu disertai oleh 500,000 peserta setakat ini manakala lebih 90,000 pesakit telah menerima manfaat dengan nilai tuntutan keseluruhan yang dibayar melebihi RM300 juta.
Walaupun kira-kira 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara layak menerima rawatan percuma di hospital dan klinik kesihatan kerajaan, jumlah pesakit yang terlalu ramai menyebabkan proses untuk menerima rawatan atau temu janji dengan doktor pakar mengambil masa terlalu lama.
"Caj hospital yang dikenakan oleh hospital pakar swasta begitu tinggi hingga menyebabkan tidak semua rakyat Malaysia mampu mendapatkan rawatan di hospital swasta.
"Hanya mereka yang memiliki kad perubatan daripada syarikat insurans atau berpendapatan tinggi sahaja yang berpeluang mendapatkan rawatan pantas di hospital pakar swasta.
"Tetapi tidak semua mempunyai kemampuan untuk mendapatkan perlindungan insurans disebabkan komitmen kewangan," jelas laman sesawang CEUPACSCare.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201911/04/132603pffuqqbqv4hyxzhi.jpg) Kredit foto: CUEPACSCare
Mujurlah, kad perubatan CUEPACSCare memberi perlindungan kepada penjawat awam sekiranya mereka perlu mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta disebabkan kemalangan atau penyakit.
Bayaran CUEPACSCare pula jauh lebih rendah berbanding perkhidmatan kad perubatan yang lain iaitu hanya bermula dari RM40 sebulan untuk pelan individu dan RM106 sebulan untuk pelan keluarga tanpa had bilangan anak.
"Jumlah perlindungan untuk pelan individu ialah RM40,000 setahun manakala RM60,000 setahun untuk pelan keluarga," jelas laman sesawang CUEPACSCare.
Penjawat awam boleh mendapatkan maklumat lanjut dari laman sesawang www.cuepacscare.my atau laman Facebook MyCuepacsCare.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201911/04/125326cd4pw4dhg29d4gyg.png) Kredit foto: CUEPACSCare
Memang rugi kalau penjawat awam tidak mengambil peluang yang disediakan CUEPACSCare ini kerana sudah pasti ramai yang berebut jika program tersebut dibuka kepada semua rakyat Malaysia. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
yihh..
ceupacscare ni la yang banyak t&c. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju....cuba bandingkan ngan insurance lain...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ina8895: Murahnya bayar bulanan
Betul..berpatutan..saya adalah peserta..terbaikkk |
|
|
|
|
|
|
|
fizifiras: Betul..berpatutan..saya adalah peserta..terbaikkk
I punya polisi insurans sekarang ratus2 jugak. Tapi i bukan keja gomen. Tak dapat join cuepacscare
|
|
|
|
|
|
|
|
ada sape2 yg dh try ke? mmg btol ke 40 sebulan? or ade terma syarat lain |
|
|
|
|
|
|
|
untuk single memang RM40 jaa sebulan. kalau family seratus lebih. tapi, kalau nak masuk ward, macam2 isu timbul. mostly, ramai yang kena pay & claim. kalau bil sampai berpuluh ribu, nak bayar macam mana..
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh share tak apa yang di cover dan tak cover. Kalo ok nak tkar lah. Suh husband amik sebab sekarang i bayar ratus ratus gak bulanan untuk satu family.
|
|
|
|
|
|
|
|
bleh la acik2 gomen pasni show off kat check in kat pwince kot, gleneagles, sunway medical, tropicana medical, sime darby ramsay ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
laa mcm tu plak. mampus jgk klu tibe2 masuk prince court tup2 nk keluar kena byr beribu dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Themilo: untuk single memang RM40 jaa sebulan. kalau family seratus lebih. tapi, kalau nak masuk ward, macam2 isu timbul. mostly, ramai yang kena pay & claim ...
Betul ke kena bayar dulu?
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg amik yg ni...yg prudential pun amik gak...xtau la ok ke tak..xpenah guna.. |
|
|
|
|
|
|
|
lurve82 replied at 5-11-2019 04:08 PM
mmg amik yg ni...yg prudential pun amik gak...xtau la ok ke tak..xpenah guna..
Boleh ke guna dua2 sekali kat satu hospital? |
|
|
|
|
|
|
|
Sangat limited
Kawan operate kaki pun xlepas guna ni
Mujur ambik personal takaful yg lain |
|
|
|
|
|
|
|
Baca btl2.. Bnyak hiden..n ada bnda kene by sndri.. Ada tempoh admit brp lama.. Rasanya..ada tulis darah masa OT kne byr sndi kot...telupa |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg murah tp bnyk benda x cover |
|
|
|
|
|
|
|
Ok je cuepacscare ni. Yang penting faham polisi. Jangan demam sikit nak warded..hospital terima je, tapi GL insurans mesti decline. Kemasukan yang x perlu. So far kawan2 gomen yang pakai semua kata ok |
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya orang tak baca polisi betul2 |
|
|
|
|
|
|
|
Cuepacscare join venture dgn insuran lain.. Bukan bawah jenama sendiri.. Sekarang x sure dengan apa.. Last aku tau zurich.. Sebelum tu ade great eastern sun life.. Kalau salah mintak maaf ye.. Tu yang kene tengok dulu polisi tu cover ape je.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|