Ramai yang tertanya-tanya tentang perkembangan terkini Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan yang tiba-tiba menghilang dari media sosial sejak beberapa bulan yang lalu. Acapkali juga ruangan komen kakaknya, Neelofa serta adik beradik Ameera dipenuhi dengan pertanyaan tentang Ameera.
Keputusan Ameera yang juga seorang selebriti media sosial untuk menutup semua akaun media sosialnya itu mengundang pelbagai andaian dan persepsi dan tidak kurang juga merindui kehadiran Ameera dalam mewarnai dunia media sosial.
Setelah pelbagai teka -teki bermain di fikiran, akhirnya Neelofa mengulas tentang keputusan Ameera untuk berehat dari media sosial.
Berehat daripada dunia media sosial untuk seketika.
Menerusi laporan Media Hiburan, Neelofa berkata yang Ameera sedang berehat daripada dunia media sosial buat seketika kerana mahu memberi ruang kepada remaja itu untuk membesar dalam dunia yang sebenar. Jelasnya, pelbagai kontroversi dan persepsi negatif yang sering dikaitkan dengan Ameera sedikit sebanyak telah mengganggu pemikiran gadis itu.
"Dia sedang berehat dari media sosial sebenarnya."
Kredit foto : Ig LMKCosmetic
"Dia juga selalu membandingkan kehidupannya dengan apa sahaja yang dilihatnya di Instagram, khususnya. Jadi dia rasa macam dia kurang bagus, dia rasa tak sempurna."
Tambah Neelofa, perkara sebegitu sedikit sebanyak telah memakan diri gadis berusia 18 tahun itu.
"Semua itu menyebabkan ia seakan 'slowly eating her' dan dia beritahu untuk take a break sekejap. Tidak mahu perkara itu akan beri kesan kepada pemikiran."
Neelofa turut meminta orang ramai untuk menghormati keputusan Ameera serta menghormati privasinya.
Kredit foto : Ig Neelofa
Menganggap keputusan yang diambil Ameera sebagai wajar, Neelofa akui dia menyokong sepenuhnya tindakan adiknya itu.
"Ianya bagus kerana dia remaja yang sedang membesar dan tengah mencari identiti dan secara tidak langsung apa yang dilakukan olehnya akan memberi kesan."
Neelofa juga berkata yang Ameera akan kembali semula selepas dia sudah benar-benar bersedia.
"Saya rasa dia akan kembali tidak lama lagi. Berilah ruang untuk dia membesar ikut 'flow' dan tidak membesar dengan arus media sosial."
Apa pun diharap Ameera tidak terlalu tertekan dengan segala kontroversi yang menghimpit dirinya sebelum ini dan kembali menjadi seorang yang lebih kuat seperti Neelofa.-CARI |