Setiap pokok memerlukan baja untuk hidup lebih subur.Buat mak-mak yang suka berkebun, jika nak pokok gemuk-gemuk,daunnya banyak dan berbuah boleh cuba guna jenis baja-baja yang dikongsikan ini. Sangat berkesan, mudah dan jimat pula tu.
Perkongsian daripada Puan Lidya Izzati ini boleh dijadikan panduan;“Hari ni Kekya nak share 8 jenis baja yang berkesan. Setakat ni kesemua petua 8 jenis baja yang kekya dah kumpulkan. Kekya dah cuba. Sangat berkesan, mudah dan jimat. Pokok kekya pun gemuk-gemuk guna petua baja-baja ni tau. Kepada siapa yang tengah risau kenapa daun tak tumbuh banyaklah. Pokok tak membesarlah. Takpaa, cuba petua 8 jenis baja ni. Insya Allah sukses pokoknya. Selamat mencuba!”
1. Siram Air AjinomotoPernah sekali kekya cuba petua siram dengan air ajinomoto. Sekali kekya tengok daun kari keluar besor-besor daunnya. Siap ada buah kari lagi.
Sukatan untuk baja air ajinamoto. Satu paket kecil ajinamoto 33g lepas tu kekya campur dengan satu baldi air. Pastikan air baja ajinamoto dibiarkan semalaman. Lepas tu baru boleh terus siram dekat tanah bukan dekat pokok tau. Siram sekali seminggu. Insya Allah menjadi.
Biasanya kekya siram pakai air ajinamoto ni untuk pokok kari, pokok pandan, pokok kunyit, pokok bunga kantan dan pokok limau purut. Semua kekya siram air ajinamoto ni.
–– ADVERTISEMENT ––
2. Air Basuhan BerasJangan buang air basuhan beras atau ikan tau. Simpan dulu air basuhan tuu. Esok pagi boleh siram pokok atau pagi simpan dulu. Petang dah boleh siram. Nak peram satu hari pun boleh. Takda masalah.
3. Baja Campuran Sisa Bawang, Telur, Nasi BasiBaja campuran kulit bawang merah, bawang putih, kulit telur dan lebihan nasi yang tak habis atau basi. Letak air sikit dan blender sampai sebati. Peram satu hari. Esoknya siram dekat pokok. Ada orang kulit kentang, kulit buah dan macam-macam segala kulit diaorang rendam dan peram tapi baunya kekya tak boleh go lahh. Busuk yakmatt tapi pokok takyah citer memang gemok.
IKLAN
4. Kulit TelurKalau kekya takda stock kulit bawang semua tu. Kekya guna kulit telur pula. Kekya memang selalu buat kek untuk jual. Jadi telur memang bahan wajib perlu ada untuk kek. Jadi kulit telurnya kekya tak buang sebab kulit telur bagus untuk pokok tau. Kekya jemur kulit telur sampai kering. Lepas tu kekya tumbuk kulit telur sampai halus. Tabur dekat keliling pangkal pokok. Kira macam kalsium untuk pokoklah
Kadang-kadang nasi yang tak habis kekya masukkan ke dalam botol kemudian biarkan selama 7 hari. Lepas kekya tapis dan sembur dekat pokok. Memang menjadi. Pokok jadi subur. Sembur dekat pokok limau purut, limau kasturi, limau nipis dan lemon.
5. Baja Roti Tamat TempohKekya buat juga baja roti yang dah expired. Roti amik dalam 3-4 keping. Potong kecil-kecil rotinya dan rendam dalam botol air. Masukkan juga molases atau gula merah. Kalau takda molases atau gula merah. Abaikan tak letak pun takpa. Jadi juga rendaman air baja roti tu. Peram 7 hari tapi setiap hari penutup botolnya kena buka untuk buang gas tau. Simpan tempat yang terlindung dari sinar matahari.
Hari ke 11 dah boleh pakai. Ambil sikit baja air roti dan campur dengan air biasa. Rajin sembur-semburkan dekat daun dan batang pokok atau siram je air baja roti dekat pokok macam biasa.
Tak lama tu pokok limau purut kekya pun keluar tunas baru. Daunnya lagi besar dari daun yang tua hijau pekat tu. Sesuai pokok limau kasturi, pokok limau nipis dan pokok limau purut. Sebab tu jaa pokok kekya ada masa tuu. Elok ja berbuah.
6.Baja Tahi AyamBaja Tahi Ayam boleh suburkan tanah sebab bahan organik di dalamnya mudah mereput. Baja ni berikan nutrien dan organisma untuk kesuburan tanah. Kelebihan baja tahi ayam lebih cepat terkompos dan mudah larut apabila kena air jadi nutrient akan mudah diserap oleh pokok.
Baja tahi ayam bagi tanah subur dalam jangka masa yang panjang berbanding penggunaan baja kimia. Sebab tu baja tahi ayam popular untuk pertanian.
Pokok kari memang suka air dan baja tahi ayam yang belum proses sebulan sekali kekya akan bagi baja ni. Kadang-kadang 2 minggu sekali.
7. Baja KopiAda juga tanam sayur guna baja tinja haiwan dan baja kopi. Kekya perasan sayur-sayur ni suka bila letak baja organik tinja haiwan process atau baja kopi. Baja kopi juga sesuai letak dekat pokok limau kasturi, limau nipis dan kedondong. Orang kita panggil Baja kopi tapi nama betulnya baja kopi ialah npk 888. Boleh beli dekat eco 2 ringgit atau nursery.
Pokok kobis, pokok terung, pokok bendi, bayam brazil, pokok kacang botol, pokok sawi, pokok kangkung, pokok tomato dan petola. Kekya gunakan baja AB. Boleh beli dekat online shopee. Guna kaedah siraman fertigasi.
8. Baja ABKekya guna baja AB yang dah jadi cecair. Korang boleh beli serbuk baja AB. Balik rumah larutkan jadikan cecair boleh dapat 10 liter pati baja AB. Ada juga jual baja AB yang sudah siap dibancuh tapi rugi beli yang sudah siap dibancuh. Biasa kalau beli baja AB dia dah siap tulis sukatan bancuhannya. Boleh juga tanam sayur guna kaedah hydroponic bagi yang tiada tanah.
Extra Tips- Biasanya kalau kita beli anak pokok Limau kasturi mesti siap ada yang berbuah lagi. Bila ada buah. Kita akan tertarik untuk membelinya tapi kita silap bila kita tanam. Lama kelamaan daunnya mula takda tinggal buah sahaja. Jadi pastikan bila tanam dalam pasu atau atas tanah kena buang semua buahnya tujuan untuk bagi pokok fokus kepada pembesaran pokok dan daunnya bukan buahnya
- Kena rajin-rajin cantas dahan atau daun yang rosak supaya pokok keluarkan tunas yang baru.
Racun sayur kekya sembur yang organik. Kadang-kadang kekya guna juga ubat serangga brogard dan ubat cuka kayu. Bagus untuk halang serangga. Ada jual kat shopee. Kekya sembur ubat serangga ni pakai spray 2 minggu sekali.
sumber
Mona Din Kongsi Cara Buat Sendiri Baja Home Made Suburkan Tanaman, Guna Bahan Dapur!Oleh
Suhaidah Abd Wahab -
February 25, 2019
Tak rugi berbudi pada tanah, pasti ada hasilnya nanti. Mona Din merupakan seorang ikon usahawan wanita negara yang pernah mengendalikan lima perniagaan utama bersama suami sejak tahun 2004, iaitu Leesa Formula, Serenity Spa, Butik Hajaba, Butik Women of Jannah, dan KL International Hijab Fair (KLIHF).
Melihat gambar hasil tanam-tanaman dan pokok-pokok yang sering dikongsikan di laman facebook, membuatkan ramai yang bertanya rahsia tanam-tanam dilihat begitu subur menghijau dan membesar dengan jayanya.Rupanya, minat bercucuk tanam yang mendalam membuatkan wanita ni rajin membuat sendiri baja hasil daripada lebihan bahan makanan yang ada di dapur.
Berikut perkongsian cara buat baja sendiri yang boleh menjadi panduan;“Ramai orang dok kata pokok-pokok saya membesar menghijau dan membiak dengan subur.Saya rasa la, rahsianya adalah baja yang saya buat sendiri kot.Jadi, saya terasa pula nak kongsikan cara saya sediakan baja-baja homemade aka handmade ni”.
?Baja Pertama : Air Basuhan Beras + Lebihan NasiCara Membuat:Setiap kali basuh beras untuk tanak nasi, air basuhan beras saya tuang dalam container plastik, tutup dan biarkan di dapur. Then, after lunch or dinnner, bila ada nasi lebih, saya masukkan ke dalam bekas air basuhan tadi juga, tutup biar berendam di situ.Esok, saya ulang perkara yang sama.
Hari berikutnya, saya tapis butir-butir nasi tadi, then blend lumat- selumatnya. Nasi yang lumat tadi saya masukkan kembali dalam bekas air basuhan beras tadi, kacau dan tutup simpan lagi.
Setiap hari saya ambil sebahagian air untuk disiram, bakinya saya biar tersimpan dalam bekas tu. Nanti setiap hari ada air basuhan & blended beras baru, saya akan tuang masuk dan peram lagi, bersambung setiap hari.
Ini bermakna, baja air basuhan beras saya sentiasa ada, makin hari makin masam. Don’t worry tentang bau, sebab secara peribadi, saya sukakan bau masam itu. Ia mengingatkan saya kepada beras rendaman arwah emak untuk buat bedak sejuk. Its exactly the same smell, and I just love it !
IKLAN
Tiap-tiap hari, saya ambil & masukkan air beras tersebut ke dalam bekas plastik penyiram pokok, dan spray dari hujung daun, hingga ke pangkal batang pokok. Sehari saya akan guna 3 bekas spray tu.First, saya spray siram pokok-pokok sayur dan herba makanan. 2nd, saya siram pokok-pokok roses. Third, saya spray kumpulan pokok orkids & pokok-pokok yang gantung.
Inilah air basuhan beras + beras rendaman yang telah di blend. Saya tuang air ke dalam bekas penyiram tu, re-fill 3 kali setiap hari siraman.Cara Menggunakannya:Saya spray baja air beras tu setiap hari, sekali sehari, samada pagi atau petang, ikut free saya.
?Baja Kedua : Gabungan Telur & Kulit BawangCara Membuat:
Selalu, di tepi sinki wet kitchen saya, akan ada satu plastik kecil. Setiap kali kupas bawang, kulitnya dimasukkan di situ.Begitu juga, setiap kali nak masak telur, kulit telur saya letak dalam plastik tu juga.
Dan jika ada bahagian sayur-sayur yang tak diguna seperti batang, empulur dan lain-lain, saya kumpul dalam tu sekali.
Kulit telur dan kulit bawang saya ambil anak batu tumbuk, tumbuk dari luar plastik, sampai hancur lumat, then letak kat pangkal batang pokok.
? Baja Ketiga : Air SayurSayur-sayur dalam plastik tu saya keluarkan dan blender hingga lumat, cairkan dengan campuran air, masuk dalam bekas plastik, simpan as baja.
Itu 3 cara saya buat baja. Saya guna ke tiga-tiga baja tu berselang seli hari.So far, saya rasa baja-baja itu berkesan dan berperanan membesarkn pokok-pokok dengan subur sekali.
Saya yakin effect & keberkesanannya datang dari baja, sebab sepanjang saya ber gardening untuk semua pokok-pokok saya, saya tak pernah sekali pun beli tanah tambahan. Tidakpun walaupun satu peket.
Antara tanam-tanaman yang membiak dengan subur!Semua pokok-pokok sayur dan bunga-bunga saya di tanam atas tanah yang ditambah oleh contractor saya masa renovation dulu. Only that tanah yang saya planted tanam- tanaman saya, tidak pun pernah ada tanah baru yang lain. So sebab itu saya agak pasti, bajanya lah kot yang buat pokok-pokok saya hidup, subur dan sihat, dengann izin Allah jua, pastinya.
So tu saja la nak cerita. Sekadar berkongsi pengalaman sendiri.
Semoga bermanfaat.
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat! Buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, jika tanaman atau pokok-pokok bunga yang ditanam itu kurang subur, boleh cuba hasilkan sendiri baja home made guna bahan buangan makanan yang ada di dapur je.Seperti kulit telur, kulit bawang, air basuhan beras, pangkal batang sayur dan sebagainya ini. Pastinya lebih bersifat organik dan bebas daripada bahan pengawet, malah lebih menjimatkan.
Sumber:Mona Din