|
Genap empat tahun berkahwin, berkongsi suka dan duka, Aliff Aziz bersyukur apabila berjaya menempuh pelbagai dugaan bersama Bella Astillah.
Kata pelakon dan penyanyi ini, walaupun dia bukan suami yang sempurna, namun dia berharap agar Allah memberkati rumah tangga mereka
"Hari ini menandakan ulang tahun ke-4 kita sayang. Saling mengenali selama tujuha tahun dan menempuh banyak rintangan," tulisnya di Instagram.
Tambah Aliff lagi, cinta mereka bertambah kuat dengan kehadiran dua orang anak.
"Saya doakan wabak ini segera berakhir," tambahnya agar dapat bertemu semula dengan isteri dan anak-anaknya.
Foto: IG
Sementara itu, Bella juga meluahkan perasaan gembira dan menganggap kehidupannya kini sempurna.
"Empat tahun bukan masa yang singkat, tapi bukan masa yang lama kita bersama," tulisnya.
Aliff dan Bella dikurniakan anak lelaki, Mohd Ayden Adrean, 3 tahun dan Ara Adreanna yanga lahir 18 Julai lepas.
Mereka pernah bercerai kerana Aliff beberapa kali 'kantoi' curang namun rujuk semula sewaktu tempoh edah. -CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|