Hafiz Hamidun masih merendah diri biarpun kini bergelar jutawan. Bukan 'tiket' untuknya bergoyang kaki, katanya.
Sama seperti ahli perniagaan lain, Mohammad Hafiz Hamidun, 36, juga pernah melalui fasa jatuh bangun selain banyak komitmen perlu dilunaskan.
"Saya tak nafikan tapi bukanlah untuk berbangga. Saya rendah diri sebab saya pun masih bekerja. Kalau orang kata jutawan yang tak payah kerja, saya pun kalau boleh nak macam itu.
"Tapi saya tetap kena kerja juga setiap hari, saya ada waktu jatuh dan bangun. Saya bukan hanya buat muzik saja, tapi saya ada buat investment dan saya juga ada beli property.
"Lagipun saya berniaga dan ada tanggungjawab, kena fikir tentang staff, bayar zakat dan cukai. Bukan nak kata kita ni kaya raya," katanya mStar.
Kredit foto: IG Hafiz Hamidun
Kesusahan hidup dilaluinya masa lalu membuat dia bekerja keras untuk mencapai kehidupan sekarang.
Berkongsi kisahnya, Hafiz berkata dia pernah tidak cukup wang untuk membayar tol, justeru memilih untuk
"ernah juga kereta yang saya baru beli, tapi lepas itu tak ada duit nak bayar. Waktu itu hanya ada duit untuk makan saja. Dua bulan tak bayar, terus kena tarik.
"Sebab itu, saya bekerja keras untuk capai kehidupan sekarang ini. Saya memahami keadaan generasi muda yang berdepan masalah kewangan tapi apa yang penting, kena rajin berusaha," ujarnya. - CARI |