"Soal jodoh, ajal, maut itu semua di tangan Tuhan. Cepat atau lambat Dia saja yang tahu. Ada orang berkawan hari ini, esok sudah berkahwin kerana sudah sampai waktunya."
Kredit foto: IG
Walau kelihatan rapat dengan Kamal Adli dan sering digosipkan dengannya, Uqasha Senrose bagaimanapun mengunci mulut rapat-rapat mengenai kisah cintanya.
Pun begitu, dia berjanji akan berkongsi dengan semua mengenai kisah peribadinya jika sudah tiba masanya.
"Begitu juga dengan sesetengah individu yang ingin mengenali hati budi dulu selepas sudah melalui macam-macam fasa dalam hidupnya. Ia terpulang kepada pendirian masing-masing.
"Macam saya, biarlah kisah cinta saya kekal menjadi rahsia. Biar betul-betul jadi kahwin dengan individu yang tepat baru saya akan kongsikan," katanya kepada Harian Metro.
Pengalaman hidup menjadikannya lebih matang dan berwaspada dalam apa yang dilakukannya.
"Jangan ulangi perkara sama, kesilapan sama dan memilih dengan siapa kita patut berkawan," katanya.
Cepat-cepatlah kahwin Uqasha, ramai dah penat berteka-teki ni. - CARI
|