Di segmen pertama video TikTok menggunakan lagu 'Kopi Dangdut' tersebut, kelihatan bibik Aliff seakan-akan 'dirasuk' hingga lupa diri dan Yusoff, anak DS Aliff yang baru berusia dua tahun terpinga-pinga tanpa dipedulikan sesiapa termasuklah bapa, abang-abang dan kakaknya.
Di segmen kedua pula, wanita itu masih kelihatan seperti 'dirasuk' namun dapat dilihat dia seboleh-bolehnya cuba untuk tidak melepaskan tangan Yusoff, mungkin disebabkan dalam pembikinan segmen pertama, Yusoff terlepas daripada pandangan mereka yang sedang asyik berTikTok sehingga terpaksa dikejar. (Boleh dilihat di penghujung video menerusi 'bts' video TikTok tersebut, 'bibik TikTok' kelihatan panik sambik mengejar sesuatu).
Dalam usaha gigih 'bibik TikTok' memastikan Yusoff tidak keluar daripada frame video, sampai terjuntai-juntai badan Yusoff dibuatnya bila tangannya ditarik dan badannya seakan-akan diseret 'bibik TikTok' tersebut.
Kredit foto : Instagram DS Aliff Syukri
Kredit foto : Instagram DS Aliff Syukri
Komen-komen netizen rata-rata mengecam aksi bibik tersebut, namun masih ada komen positif yang mungkin menggembirakan Aliff Syukri iaitu 'happy family' katanya.
Sebelum ini, pernah tular kisah bibik yang mempunyai iras wajah sama seperti 'bibik TikTok' ini yang katanya 'menunjal' kepala anak angkat Aliff Syukri, Qayyum dan alasan yang diberikan adalah kepala Qayyum bukan ditunjal tetapi ditolak untuk menghadap kamera dan Qayyum agak lembab.
Pelik-pelik sungguh manusia zaman sekarang.