CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 18440|Reply: 78

Dulu Sekat Akaun, Sekarang Bekerjasama? Tok Ti Bikin Panas

[Copy link]
Post time 16-10-2020 11:11 AM | Show all posts |Read mode




Jika anda masih ingat dengan kontroversi penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dikritik dek memakai baju lapuk setahun yang lalu, pasti mengingati pemuda ini yang juga sebenarnya peminat tegar Tok Ti.


Selepas peristiwa tersebut, Firdaus Othman menerima kecaman bertalu-talu dari peminat fanatik Siti Zoners serta disekat akaunnya dari mengikuti perkembangan bintang tersohor tanah air. Walhal Daus juga adalah pereka pelamin Yuna, Anzalna dan Siti Saleha.



Namun, apa yang mengejutkan ialah apabila Daus memuat naik video dia menyiapkan stail Tok Ti yang dipercayai dalam pembikinan muzik video.


Ianya turut dikongsikan oleh pemerhati industri hiburan, Sepit Siput (memandangkan akaun Daus dikunci) yang memuji profesional kedua-dua inidividu tersebut dalam menjayakan sebuah projek.





Foto : IG





Daus turut memberikan kata-kata sindiran yang ditujukan kepada mereka yang pernah mengecamnya dahulu.



"Mana haters yang dok carut mak hari tu? Sila kirim kan video ni kat dia ya. Hey, Tok Ti tegur mak ya, kau hadooo?"



Kritikan mengenai penampilan Siti pada tahun lepas - Mstar




Malahan Daus turut menyelitkan kata-kata Siti kepadanya iaitu "Boleh tunjukkan pencapaian adik?". Jadi, ini lah jawapan yang ditulisnya kerana berjaya membuktikan kemampuannya.



"Haaah Tokti, this is for you."



Foto : IG



Sementara itu, Sepit turut mengulas bahawa artis yang hebat tidak memerlukan pemuja sebaliknya perlu terbuka dan mengambil kira pendapat peminat tentang hasil seni.



Maka, Tok Ti sudah membuktikan yang dia telah membuat keputusan baik untuk dirinya demi kerjaya seni iaitu bekerjasama dengan orang yang pernah mengkritik penampilannya sebelum ini.



Foto : IG





Wah! Panas betul ya, mesti ramai terutamanya 'haters' yang tidak sabar untuk menyaksikan gandingan video muzik yang diperkatakan tersebut. - CARI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2020 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
tapi memang styling siti agak desa kan... Karats je yg overrr..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:32 AM | Show all posts
hadek2 kalau x melahar satu sama lain tak sah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:35 AM | Show all posts
tok ti pernah stylo ke?

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:47 AM | Show all posts
boring la tok pit put dah arwah kat sini...asik orang refer ig dia je
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:53 AM | Show all posts
Kurex replied at 16-10-2020 03:23 AM
tapi memang styling siti agak desa kan... Karats je yg overrr..

kannnn ... time ..... music video lagu bidadari syurgamu tu ....that white dress .... ya ampun .......... very the .......

bagi tau fans dia
terus dia kata itu satu penghinaan

ehhh gitu plak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2020 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada mira piljah kee
Hmmmm potong la nk tgk hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa kes ni tok ti sendiri yg block ke??? Tokti sentap ke... tapi ct ni dari muda dulu2 pun hauk fesyen skrg dah ok sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2020 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
damian_lee replied at 16-10-2020 11:53 AM
kannnn ... time ..... music video lagu bidadari syurgamu tu ....that white dress .... ya ampun ... ...

Kawan aku suka betul puji dress putih tu.. katanya cantikkkkkkk gila. Dia pun kerja dekat andaman kampung, gitu jualah selera dia dgn dress putih siti
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 12:07 PM | Show all posts
Haa... lps ni mesti ada yg melahar mulut puaka petik nama meols sebagai bau2 kentut aruah sepitsiput. Awas ya @Orix .. penggelabah teq2 @kiah_mai_pulak & juga Kween royanan intelektual @beta_carotene
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 12:15 PM | Show all posts
nama firdaus tapi bahasakan diri mak???keyyy mok tolll..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 16-10-2020 11:58 AM
Kawan aku suka betul puji dress putih tu.. katanya cantikkkkkkk gila. Dia pun kerja dekat andaman  ...

Kan lagu Aku Bidadari Syurgamu tu berkonsep leman acik2 kepam yang layan slot Akasia maghrib TV3..Tak pelik la MV dan dressing pun kampung.com haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
bulalof replied at 16-10-2020 11:35 AM
tok ti pernah stylo ke?

Jarang, tapi teringat satu baju kurung moden dia pakai untuk satu awards show apantah lupa x ingat yang dia nyanyi lagu cindai..baju tu bentuk kebaya tapi kainnya bertingkat2 lace, lawanya la hai baju tu..n ofcourse tokti.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
bulalof replied at 16-10-2020 11:35 AM
tok ti pernah stylo ke?

Pernah...




Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
siti skrg ni outfit dia kalo x sarat marat mmg x sah.. dulu time anak dara elok je sesimple baju2 dia.. ke sbb nak cover body yg dah a bit gems..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 12:54 PM | Show all posts
tokti ni tak perlu pakai sarat2 lah eh. kalau sarat gerenti horror. Cuba tengok baju kawin dia.
Simple is best for her.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2020 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tokti zaman anak dara pakai apa pun cantik je. La ni kureng sikit.

Bagus la ada org nk tegur. Teguran membina giteww
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Fesyen tokti skg teruk n pkian dia pkai nampak murah

Yg last ok aku rasa waktu konsert ct n fren tu.. ct kena pakai mcmtu je simple2... dah tua n berisi mana sesuai pakai sarat2
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 01:29 PM | Show all posts
katibism replied at 16-10-2020 12:07 PM
Haa... lps ni mesti ada yg melahar mulut puaka petik nama meols sebagai bau2 kentut aruah sepitsiput ...

udoh2 le berlakon..... tak penat ke tokpit...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
YomiuriLandMae replied at 16-10-2020 12:46 PM
siti skrg ni outfit dia kalo x sarat marat mmg x sah.. dulu time anak dara elok je sesimple baju2 di ...


Simple macam ni ke....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.076046 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list