CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3341|Reply: 43

[Tempatan] Dimansuhkan Pada 2018, Kerajaan Cadang PLKN Dilaksana Semula

[Copy link]
Post time 25-11-2020 04:12 AM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan diwujudkan semula dalam masa akan datang.
Menteri Kanan (Petahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun perkara masih dalam peringkat cadangan selepas mengambil kira kesan baik kepada pembentukan patriotisme remaja.

"Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan mencadangkan supaya PLKN dilaksana semula. Ini juga sesuai dengan perintah menteri yang akan meletakkan Akta PLKN di bawah MINDEF.

"Kita akan sediakan memorandum Jemaah Menteri untuk diluluskan Kabinet," katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi MINDEF di Dewan Rakyat pada Selasa.


Ismail Sabri berkata, bagaimanapun cadangan melaksanakan semula PLKN masih dalam peringkat cadangan selepas mengambil kira kesan baik kepada pembentukan patriotisme remaja. - Gambar BERNAMA


Terdahulu beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang mahu tahu mengapa program itu dihentikan dan mencadangkan supaya PLKN diteruskan semula.


Mengulas lanjut dalam sesi penggulungan, Ismail berkata, jurulatih kontrak PLKN yang ditamatkan kontrak ditempatkan di pelbagai agensi dan kementerian bagi tempoh setahun mulai 2019 hingga 2020.


"Tujuan pelantikan ialah bagi memberi peluang kepada pegawai terbabit untuk menampung sara hidup mereka sebelum mendapat pekerjaan lain.


"Bagi cadangan agar pegawai ini diserapkan ke dalam kementerian atau agensi kerajaan lain, perkara ini perlu dirujuk kepada pihak berkuasa melantik seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan sebagainya," kata beliau.




Kredit : mStar


Dalam pada itu, Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) yang membangkitkan isu jurulatih kontrak PLKN yang ditamatkan kontrak dan mencadangkan mereka diserap kementerian atau agensi kerajaan lain.


Justeru, Ismail Sabri berkata, pelantikan kontrak secara 'soft landing' itu membabitkan 1,394 bekas pegawai latihan kontrak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).


Sementara itu, beliau berkata, MINDEF dalam proses penggubalan RUU berkaitan senjata biologi sebagai antara langkah pencegahan dalam negara untuk menangani ancaman pada masa akan datang selain meneliti cadangan peruntukan kewangan untuk penyelidikan berkaitan ancaman senjata biologi.


"Memandangkan penyelidikan ini adalah kompleks, MINDEF sedia bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk melaksanakan penyelidikan bersama dalam menangani ancaman itu," jelasnya.
Beliau menambah, pihaknya juga sudah mengemukakan cadangan peruntukan sebanyak RM607.5 juta di bawah Rancangan Malaysia (RMK) Ke-12 kepada Jabatan Perdana Menteri bagi dipertimbangkan untuk memenuhi pembangunan fasiliti dan projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) STRIDE.


"Kelulusan peruntukan ini kelak dapat memenuhi peranan dan fungsi STRIDE untuk membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), agensi keselamatan dan industri pertahanan tempatan. Inisiatif ini selaras dengan Kertas Putih Pertahanan yang bertujuan membangunkan keupayaan berdikari (self-reliance) industri tempatan dan sebagai pemangkin kepada ekonomi negara," katanya.


Menyentuh isu keselamatan Laut Cina Selatan, beliau berkata, Malaysia akan menggunakan saluran diplomasi bagi menghadapi pengaruh ketenteraan negara asing di Laut China Selatan.


"Pendirian Malaysia adalah jelas, bahawa Laut China Selatan perlu bebas daripada kehadiran kapal-kapal perang bagi mengelakkan ketegangan di kawasan berkenaan," ujarnya.




Sumber : AstroAwani


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2020 04:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Mari kita jadi tentereeeeeee, mengawal negareeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguih la ...tapak PLKN pun dah bersemak jadi tempat Jin MEMBAWANG .Tambah pekerjaan kpd rakyat yg ramai menganggur ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila ke apa masa covid ni nak buat balik plkn
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 25-11-2020 06:12 AM
Gila ke apa masa covid ni nak buat balik plkn

LOGIK Rational  apa yg kau pakai utk assume hari ini announce, minggu depan akan dilaksanakan?

itula banyak sangat main dgn teropong telek kau..

Kahkahkahkah...

Morning....

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
stingerpie replied at 25-11-2020 06:24 AM
LOGIK Rational  apa yg kau pakai utk assume hari ini announce, minggu depan akan dilaksanakan?

...

Morning stinger.....

Sekarang zaman covid...selamanya akan bercovid ....x mungkin hidup mcm biasa dah stinger....

Oklah nk masak sarapan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2020 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
abcdotcom replied at 25-11-2020 06:01 AM
Baguih la ...tapak PLKN pun dah bersemak jadi tempat Jin MEMBAWANG .Tambah pekerjaan kpd rakyat yg r ...

LUBUK EMAS, PLKN, bagi politikus2 haramjad ni...

Konon nak bina jatidiri serta solidarity dikalangan belia belia kita...kepada negara

Hark ptuiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 06:32 AM | Show all posts
Nak bagi pleuang pekerjaan pada rakyat or nak create business for cronies.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2020 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
stingerpie replied at 25-11-2020 06:27 AM
LUBUK EMAS, PLKN, bagi politikus2 haramjad ni...

Konon nak bina jatidiri serta solidarity dikal ...

Ko X dpt projek ke ? Pi ikut UN Bina perigi kat negara Afrika Tu .Dpt juga pahala .X hbis 2 meroyan .Kecik2 X nak mampus kata SENIMAN .
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
freesia71: Nak bagi pleuang pekerjaan pada rakyat or nak create business for cronies.

Dah idea pun recyle dari menteri ex amnu.apa nak heran.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Objective plkn tu dah bagus. Cuma perlu ditambah baikkan dari tahun ke tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 07:57 AM | Show all posts
ramai orang tengah  bakal jadi jutawan
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 08:02 AM | Show all posts
membazir jerr plkn ni..penjawat awam still makan rasuahhh gak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Membazir je lah.. takde faedah langsung.. tempat perabis duit rakyat je.... bukan jana ekons pun..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 08:32 AM | Show all posts
green~tea replied at 25-11-2020 08:08 AM
Membazir je lah.. takde faedah langsung.. tempat perabis duit rakyat je.... bukan jana ekons pun..

membuka peluang pekerjaan untuk rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 08:52 AM | Show all posts
Time2 covid cmni kau terfikir nak buat plkn pulak hanat?? Pastu nak bagi kat kroni2 kau org la kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2020 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Bokehlah bagi kroni plak urus sambil tarah duit negara.xde faedah pon plkn ni kalau buat kat negara corrupt mcm mesia ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 08:59 AM | Show all posts
weezerfan replied at 25-11-2020 08:55 AM
Bokehlah bagi kroni plak urus sambil tarah duit negara.xde faedah pon plkn ni kalau buat kat negara  ...

kroni dh sangap duit la tu...harta 7 keturunan mana cukup...kena up lgi 20 keturunan

ko ingat rakyat bongok ke pn woi!

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 09:08 AM | Show all posts
rashiman replied at 25-11-2020 08:32 AM
membuka peluang pekerjaan untuk rakyat.

PLKN tidak menyumbang pada GDP negara.... tukang perabis duit utk kos operasi je...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 09:11 AM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 25-11-2020 01:13 AM

Pernah saya bahaskan sebelum ini yang program propaganda seperti ini adalah lubuk kroni mendulang duit...

Bacalah thread berkualiti di bawah ini...

Yes... lubuk baru untuk kroni jadi kaya, hasilnya diragukan! Menteri: Program baru akan diperkenal ganti PLKN, BTN
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1208109

Hasil survey warga forum...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.053553 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list