Umpama mimpi ngeri, seorang lelaki di India terpaksa menerima hakikat sakit perut dialaminya rupa-rupanya berpunca daripada gumpalan cacing yang membiak dan mampu membesar sepanjang 36 sentimeter.
Memetik portal India Times, kes lelaki berkenaan dikendalikan seorang doktor, Vivek Chaurasia sebelum diterbitkan dalam Jurnal Perubatan New England.
Penemuan berkenaan ditemui Vivek ketika merawat pesakit lelaki berusia 20 tahun dari New Delhi.
Foto: Agensi
Menurutnya, lelaki itu mengadu sakit perut, cirit birit dan loya tanpa sesiapa pun menyangka akan menemui segumpal cacing parasit berenang dalam perut pemuda itu.
Pemeriksaan imbasan ultra bunyi pada perut lelaki itu mendapati sekumpulan cacing masih hidup dalam perut pemuda itu.
Sampel najis juga mengesahkan, wujudnya telur cacing gergasi dari kumpulan ascaris lumbricoides, yang mampu membesar sehingga 36 sentimeter dan biasanya ditemui dalam usus.
Foto: IG
Kes penemuan cacing jarang dijumpai pernah dilaporkan di China, apabila doktor di Hospital Suzhou perlu mengeluarkan 20 cacing gelang dari mata seorang lelaki berusia 60 tahun.
Lazimnya, cacing itu hanya ditemui pada haiwan dan tumbuhan saja. -CARI
Melihatkan cara hidup dan persekitaran tempat tinggal kebanyakan mereka tak mustahil ada yang kena macam ni, tapi mungkin ramai tak mendapatkan rawatan sebab kurang berkemampuan.