Beribu-ribu individu kehilangan kerja akibat pandemik Covid-19 dari pelbagai sektor seperti penerbangan, pelancongan, perhotelan dan sebagainya.
Namun, mereka bangkit meredah keperitan, walaupun terpaksa membuat kerja di luar bidang mereka misalnya pemandu pelancong menjadi penghantar makanan dan sebagainya.
Paling tular pastinya seorang juruterbang muda yang membukai gerai burger dan menjadi tumpuan media cetak dan media sosial. Dasyatnya kuasa tular apabila tidak menang tangan menerima tempahan. Malahan menteri dan artis turut mencuba burger tersebut.
Persoalannya, mengapakah tumpuan hanya diberikan kepada golongan profesional semata-mata? Tidak layak kah golongan lain yang turut terkesan dengan pandemik ini?
Atau, adakah sikap kita yang membuatkan persepsi sebegini semakin menjadi-jadi?
Foto :Twitter
Bagi Asyesha, dia hanya mahu memperjuangkan golongan yang lebih terkesan seperti mereka yang bekerja di panggung wayang, kilang dan sebagainya. Memandangkan juruterbang itu sendiri pernah menyatakan yang dia boleh menampung kehidupannya selama tiga tahun tanpa pekerjaan. Jadi, mengapa media tetap memberi tumpuan luar biasa terhadap mereka?
Jawapan mudah warganet ialah media mengejar cerita yang sensasi, ditambah dengan pakej paras rupa dan kerjaya itu sendiri.
Foto : Twitter
Dek kerana tularnya cerita itu, menteri dan artis turut turun padang mencuba burger yang dikatakan tiada di Malaysia.
Foto : IG
Foto : IG
Bagaimanapun, ada yang menyatakan itu adalah rezeki mereka. Jika bukan kerana kacak atau kerjaya yang dimilikinya pun, itu kerana strategi yang telah digunakan sejak dahulu lagi.
Foto : Twitter
Jadi, adakah kita harus berterusan memberikan perhatian kepada individu tertentu sahaja tentang kisah bangkit kembali ini atau memberi peluang kepada mereka yang marhein juga?
Pastinya kasut kita dan mereka tidak sama, kan? - CARI
|