CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16768|Reply: 206

Stadium Ffira Mikah Diarah Tukar Nama

[Copy link]
Post time 14-12-2020 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan negeri sudah mengarahkan nama Stadium Mini Ffira Mikah di Padang Terap ditukar kepada nama lain bagi meleraikan kontroversi yang mengaitkan nama stadium itu dengan nama Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai pertukaran nama stadium berkenaan sehingga mencetuskan kontroversi semalam.


"Apabila saya dapat tahu, saya sendiri hairan dengan nama itu, kita tidak dimaklumkan mengenai cadangan nama terbabit sebelum ini kerana ia di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Padang Terap (MDPT).


"Sepatutnya kita tidak perlu letak nama sebegitu kerana ia mengundang pelbagai persepsi masyarakat, bagaimanapun saya anggap perkara ini selesai kerana difahamkan nama stadium itu akan ditukar selepas ini," katanya ketika dihubungi BH hari ini.


Foto: Harian Metro




Dr Mohd Hayati berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan sudah dinasihat memilih nama tokoh sejarah di daerah itu atau nama individu yang pernah berjasa yang dianggap sesuai bagi menggantikan nama Ffira Mikah.


Semalam, tular di media sosial apabila orang ramai mempertikai nama stadium mini di Padang Terap itu yang didakwa menggunakan secara terbalik nama Hakim Ariff.


Stadium Mini Ffira Mikah di Kuala Nerang itu dimiliki MDPT dan dirasmikan Hakim Ariff selaku Pegawai Daerah pada 7 Disember lalu selepas dinaik taraf.


Difahamkan, kerja menurunkan papan tanda nama Stadium Mini Ffira Mikah sudah dilakukan hari ini, dan namanya dijangka ditukar kembali kepada Stadium Mini Kuala Nerang.


Sementara itu, Hakim Ariff dalam satu kenyataan yang dilaporkan media, menyangkal dakwaan yang tular bahawa beliau menamakan Stadium Mini Ffira Mikah di Kuala Nerang itu sempena dengan namanya yang diterbalikkan.


Dakwanya, nama baharu stadium berkenaan tiada kaitan dengan namanya dan hanya secara kebetulan menyamai nama beliau sekiranya diterbalikkan.


"Tiada kena mengena dengan nama saya. Nama stadium mini ini mempunyai maksud tersirat. Nama itu dipilih dan dicadangkan dalam mesyuarat pentadbiran.


"Dalam bahasa Sepanyol atau Greek, 'Ffira' bermaksud sesuatu yang hebat, manakala 'Mikah' dalam bahasa Arab sempena nama malaikat," katanya.


Hakim Ariff yang juga Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap berkata, selepas dilakukan penambahbaikan dan penjenamaan semula stadium berkenaan, pihaknya mahu menyuntik semangat baharu dengan pemilihan nama unik bagi menarik perhatian ramai.


"Saya bukan nak kejar glamor. Hasrat saya mahu Padang Terap nampak lebih bersih, cantik dan ceria. Saya tak mahu daerah ini kekal macam dahulu, mereka tak tahu cerita sebenar dan buat andaian begitu," katanya.


Hakim Ariff berkata, beliau yang memohon peruntukan daripada kerajaan negeri sebanyak RM200,000 untuk kerja-kerja menaik taraf stadium berkenaan yang sebelum ini amat daif. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2020 10:49 AM | Show all posts
sudah terang lagi bersuluh
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
DO PADANG TERAP rupanya....jadi dia ni sebenarnya KCS la..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus

lepas ni tolong la

jangan buat ejek hodob
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 10:51 AM | Show all posts
yeehaaaa tukar nama
byk cantik ko..lain laa ko yg bwk kluar duit sendiri
buat stadium sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 10:54 AM | Show all posts
Edited by shalalat at 14-12-2020 10:55 AM

Kazar Bijan

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2020 10:54 AM | Show all posts
Susah2 terbalikkan nama dan spin bahasa greek dan sepanyol padahal takde pun perkataan ffira tu. Alang2 dah nak buat kerja mcm ni, apa kata letak saja Hakim Ariff dan kata in Arabic Hakim means ruler and Ariff means knowledgeable. Lagi jelas.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 11:00 AM | Show all posts
sprm masuk.. sprm masuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2020 11:13 AM | Show all posts
inim muidats ffira mikah

ni baru betul
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 11:14 AM | Show all posts
harap kena buang terus la malaun ni...memalukan dan memperbodohkan orang..ingat orang kola nerang bodo sgt ka?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 11:22 AM | Show all posts
FFIRA merujuk Dewan Bahasa & Pustaka Bulgaria adalah bermaksud PEMBAZIRAN
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 14-12-2020 11:14 AM
harap kena buang terus la malaun ni...memalukan dan memperbodohkan orang..ingat orang kola nerang bo ...

kita suruh org kuala nerang santau kan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 11:26 AM | Show all posts
Nama stadium pelik sangat. Nama sendiri rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
eh eh..duit ko ke yang diguna utk hapgred stadium tu??
kalo duit ko, bleh la nk letak nama ko, nama nenek ko bini ko anak ko skandal ko
ni pakai duit cukai rakyat
pastu letak nama ko??? butoh pak hang!
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmcm nnama ID ffacebook bbudak2 bbaru ttumbuh bbulu..

-Utar Ainud
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
pecat je nate tu, ingat orang lain bodoh mcm dia ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2020 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Nama stadium ada maksud tersirat dlm bahasa sepanyol greek arab
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 11:37 AM | Show all posts
sarah82 replied at 14-12-2020 11:24 AM
kita suruh org kuala nerang santau kan dia...

signage stadium tu kena naik yang baru pulak dek kerana haprakkk ni ..suruh dia tanggung kos tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 11:37 AM | Show all posts
lg nk cover line..
lg Nampak bodoh bebal kt situ..
dah la aku tengok muke..mmg mase skolah dlu slalu kene buli..
kan baik mengaku je..
ni menjawab pulak.... bahasa greek parsi abah kau
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 11:37 AM | Show all posts
Nama asalnya Stadium Mini Kuala Nerang kan dah sedap bunyinya. Orang ramai pun dah terbiasa dengan nama tu buat apalah sibuk nak tukar ke nama lain yang boleh timbulkan kekeliruan,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.122297 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list