Hangat diperkatakan kisah rumahtangga pelakon Nadia Brian akhir-akhir ini.
Terbaru, susulan pendedahan suaminya, Muizz Nasruddin nekad untuk bercerai, adik kepada Nadia Brian tampil mempertahankan kakaknya yang dikecam teruk oleh netizen.
Menurut Lydia, dia beranggapan abang iparnya itu seperti mempunyai masalah mental apabila hanya pandai berlakon untuk meraih simpati orang ramai.
Kredit foto: IG
Beliau turut menyelar tindakan Muizz mendedahkan isu yang terjadi pada umum telah membuatkan karier dan kehidupan Nadia terganggu selain menyifatkannya sebagai tidak normal.
Kredit foto: Instagram LydiaBrian via murai.my
Lydia turut menasihati netizen untuk tidak melemparkan tuduhan yang tidak berasas selain tidak mencampuri urusan keluarga mereka.
Begitulah. Urusan rumahtangga memang tidak sepatutnya dikongsi pada umum tak kiralah apa status anda.
Lebih baik perkara sebegini hanya diketahui oleh ahli keluarga dan teman rapat sahaja untuk mengelakkan pelbagai persepsi. -CARI
|