Masalah haiwan ternakan berkeliaran yang menyebabkan kacau ganggu dan mengundang risiko kepada pengguna lalu lintas masih berlaku sehingga kini walaupun pelbagai operasi dilaksanakan pihak berkuasa.
Terbaru, seorang pengguna Facebook berkongsi kemalangan menimpa pekerjanya yang parah akibat bertembung dengan kerbau yang berkeliaran di jalan raya.
Akibatnya, pekerjanya kini mengalami pendarahan dalam kepala dan akan dibedah untuk membuang darah beku.
Perkongsiannya menerusi hantaran itu mengundang rasa tidak puas hati netizen pada pihak berkuasa yang dianggap culas menjalankan tugas serta sikap pemilik haiwan ternakan yang degil tetap membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran.
Bila kena batang hidung sendiri baru ada tindakan
Tunggu VIP kena baru ada tindakan kot...
Kucing yang menyusahkan jiran pun berdosa, apatah laggi peliharaan yang menyebabkan kematian...
Kredit foto: Facebook
Nampaknya, pihak bertanggungjawab perlu mengambil tindakan lebih tegas kepada pemilik haiwan ternakan yang berkeliaran. Keadaan itu telah menjadi satu ancaman kepada pengguna jalan raya di mana telah banyak berlaku kemalangan maut dan serius kepada pengguna jalan raya.
Penternak juga perlu lebih prihatin dengan masalah itu sebelum kejadian tidak diingini berlaku. Berapa ramai lagi perlu menjadi mangsa? - CARI |