Berbanding memberitahu pasangannya, wanita ini membuat kejutan dengan mengumumkan penyakit kelamin yang baru dihidapinya
di platform media sosial.
Seorang wanita yang dirahsiakan namanya telah memuat naik keputusan ujian STD yang mengesahkannya positif gonorea di Snapchat.
Wanita itu juga turut meminta mana-mana lelaki yang pernah berhubungan intim membuat ujian sama.
Foto :Reddit
Daily Star melaporkan keputusan ujian tersebut mengesahkan wanita itu positif gonorea tetapi negatif pada penyakit kelamin lain seperti siflis dan chlyamidia.
Foto :Reddit
Kisah itu tular di pelbagai media sosial hingga ada netizen yang mempersoalkan berapa ramai lagi lelaki yang dijangkiti penyakit ini?
Selain itu, mereka turut mempersoalkan keikhlasan wanita itu yang membuat pengumuman di media sosial sedangkan adalah lebih mudah dia menghubungi pasangannya sendiri.
Seramnya, memang penyakit kelamin mudah berjangkit. Awas! Perhatikan suami dan isteri anda ya. - CARI
|