Sepasukan pakar China telah memberi amaran bahawa kesan global dari pandemi koronavirus boleh menjadi lebih buruk tahun ini daripada tahun 2020, lapor South China Morning Post.
Menjelang awal bulan Mac, angka kematian dari COVID-19 boleh meningkat menjadi 5 juta, menurut angka yang dikira oleh penyelidik dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CDC), Tentera Pembebasan Rakyat dan institut penyelidikan kesihatan awam.
Para penyelidik, yang diketuai oleh profesor Xu Jianguo dari CDC, mengatakan dalam sebuah kajian yang diterbitkan pada 8 Januari dalam jurnal Disease Surveillance yang ditinjau oleh rakan sejawatnya, bahawa kerajaan China dan orang ramai harus bersiap menghadapi lebih banyak kejutan pada tahun ini.
Walaupun China dilihat berjaya mengawal penularan wabak COVID-19, namun melihat kepada situasi antarabangsa. Masih banyak negara yang berhadapan dengan wabak ini secara meluas disebabkan oleh mutasi.
Lebih dari 92 juta kes telah dilaporkan di seluruh dunia, jumlah ini boleh meningkat menjadi 170 juta pada awal bulan Mac, dengan Amerika Syarikat kemungkinan akan menjadi negara paling teruk dilanda wabak COVID-19, menurut ramalan Xu.
Para penyelidik meramalkan jumlah kes COVID-19 di AS akan mencecah 32 juta atau sekitar 20 peratus dari jumlah dunia. India, Brazil dan Rusia bakal mengikut jejak langkah AS sebagai negara terburuk dengan kes wabak COVID-19.
Dalam situasi di mana jika kerajaan melaksanakan langkah-langkah yang berkesan dan orang ramai mematuhi peraturan yang telah ditetapkan – memakai pelitup muka, kerap membasuh tangan dan menjaga jarak sosial – kajian menjangkakan bahawa 300,000 orang akan meninggal dunia akibat wabak ini pada awal Mac.
Komen pakar
Seorang penyelidik di Institut Pasteur Shanghai yang bertanggungjawab mengkaji mengenai wabak ini, tetapi tidak terlibat dengan kajian ini mengatakan bahawa jika kes kematian meningkat sehingga 5 juta orang pada bulan Mac, ia akan meruntuhkan sistem kesihatan global.
“Ramai yang akan terkorban apabila mereka tidak dapat mendapatkan rawatan yang paling asas di hospital,” kata penyelidik itu, yang meminta untuk tidak disebutkan namanya kepada South China Morning Post.
Angka kematian global COVID-19 ketika ini adalah 2.1 peratus, menurut laporan dari Universiti Johns Hopkins di AS. Kenaikan jumlah kematian hingga 5 juta akan mewakili angka kematian 3 peratus.
Benjamin Neuman, seorang profesor biologi dan ketua virologi GHRC di Texas A&M University, mengatakan terdapat banyak ketidakpastian dalam usaha meramalkan perjalanan wabak ini, termasuk keletihan, politik, tradisi, sikap terhadap sains dan penyebaran maklumat palsu.
“Dalam situasi terbaik, dengan akal sihat, langkah berjaga-jaga yang sesuai, dan tanaman vaksin yang berkesan, jumlahnya tidak akan pernah mencapai 3 juta kematian,” katanya.
“Dalam situasi terburuk pula, ia boleh menjangkau lebih daripada 7 juta… masa depan COVID-19 sangat besar di tangan kita.”
Xu mengetuai salah satu pasukan pakar yang dihantar oleh kerajaan China untuk menyiasat wabak di Wuhan. Penyelidik lain dalam kajian ini adalah saintis terkemuka yang mempunyai kepakaran mengenai penyakit berjangkit. Kajian ini ditugaskan oleh Akademi Kejuruteraan China, badan penasihat utama kepada pemimpin China.
Post time 17-1-2021 03:26 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Lah awat x bgtau je tahun depan akan makin teruk? Lepas tu thn 2023 akan lg teruk dari 2022. Mengaku je lah ni taktik korang utk take over kuasa dunia. Brg2 china makin naik harga, duit china makin kukuh. Seram i fikir apa akan jd pd ekonomi dunia. Trump yg anti china dijatuhkan. Hmm
Ah sudah la ko china komunis...dah la data ko pasal covid sblm ni sket pun aku xcaya...semoga melingkup la ko china komunis...menyusahkan org china komunis...
Post time 17-1-2021 08:22 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Jika china sendiri keluar kan warning... Memang betul (hopefully tidak terjadi) ... Selalu nya depa prefer diam kan diri... Covid vaccine pun tidak dapat data dari china... Dapat dari luar china...
20% dari population dunia... Awal estimation 1 billion sekarang sudah lebih...
Health care system akan collapse... Prolly yes... Sebab ramai pilih untuk herd immunity... Cost rawatan covid depa ingat government bayar dengan daun kering... Sekarang ramai masih cakap itu ini tentang vaccine.. . Sebab masih ramai ada job ... And some ada yang happy minta orang itu orang ini mati sebab benci... Diri sendiri pun tidak boleh guarantee selamat... Spanish flu bukti yang SOP bukan 100% secure dari covid... Yang mahu buat pkp ala communist tunggu saja economy pula collapse.. Mungkin ramai happy... Lat last yahudi juga kaya sebab ramai bengap...
Post time 17-1-2021 08:51 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aduh2..yg ada sekarang pon dah bercekau rakyat dan pemimpin pkp pkpp dan mcm2 lagi. Mohon apa2 pon terjadi gaji gomen harus berjalan tanoa potong. Erkk
Post time 17-1-2021 09:04 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by sehirkedi at 17-1-2021 09:07 AM
Gates of hell pun dah lama cakap pasal ni. Second wave. Tengoklah macam mana dia sengih dengan bini ting tong dia. 'Siapa' mereka ni untuk ramalkan itu ini? Seolah sesuatu entiti yg mengawal dunia pula!
Bersiap sedia jelah. Mencegah lagi baik dari mengubati. Amalkan hidup yg sihat, bersenam, makan lebih sayur dan buah. Tinggalkan gula makanan yg diproses. Ambil vitamin D, Zinc dan C.
Simpan stok makanan kering. Beras, tepung, kacang, pasta.. Kalau ada tanah kat rumah, dah boleh mula bercucuk tanam sayur.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 17-1-2021 09:23 AMFrom the mobile phone|Show all posts
jazaa100 replied at 17-1-2021 08:47 AM
tapi china kes tak byk.....
kematian pun x byk bandingkn dgn population dia yg merenyut tu....
dieorg ade care tersendiri kire data utk covid, mcm swab test rasenye gune mulut je xde jolok2 hidung, pasti dieorg test yg bergejala shj, kite semue ikut who yg contact rapat terus test swab walau xbergejala so nmpk bacaan tu mcm ramai yg kena, iols syak kat china tu ramai je yg mati yg infected pun berjuta2 tp sbb care test bbeza jd nmpk sikit
Post time 17-1-2021 09:44 AMFrom the mobile phone|Show all posts
sehirkedi replied at 16-1-2021 05:04 PM
Gates of hell pun dah lama cakap pasal ni. Second wave. Tengoklah macam mana dia sengih dengan bini ...
Sis pernah dengar big data?.... Scientist buat perdiction bukan based dari airliur... Dengan big data dari semua history dari genomic sequences sehingga lah ke sales target market .. Economy... Guna this tools... Dari viral genome sehingga lah sekarang our body cells di label... Akan di guna rawat disease.. Tidak perlu lagi guna cara lama semua di hujung jari... Cuma lobai jah still outdated itu pun perdict terpaksa guna google... I gelak besar bila israel pergi topup air di gallile...sebab mereka hidup try to solved the problem.. Tapi ramai pilih mask the problem ..
Post time 17-1-2021 11:10 AMFrom the mobile phone|Show all posts
sarah82 replied at 17-1-2021 04:40 AM
Ni yg selsema burung tu kan? Sejak dari December saintis dah ckp ttg hal ni..
Even pasal Covid-19 dah lama saintis predict. They were all aware that a pandemic of world proportion akan berlaku. Based on previous viruses macam merscov h1n1 semua tu. A couple years back kot ada documentary pasal ni. Saintis berusaha ramal.
Post time 17-1-2021 11:15 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dwdrum replied at 17-1-2021 08:44 AM
Sis pernah dengar big data?.... Scientist buat perdiction bukan based dari airliur... Dengan big d ...
Exactly. Even on a small and everyday scale pun kita boleh predict benda based on data and facts. Contohnya hujan or kemarau.
Pasal pandemic ni lama dah saintis tahu akan berlaku.