CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4452|Reply: 20

Farm Fresh Bukan Milik Bumiputera. Adakah Menjadi Satu Isu?

[Copy link]
Post time 1-2-2021 11:35 PM | Show all posts |Read mode





Sedang hangat menjadi perbualan netizen apabila terdapat seorang daripada kalangan mereka yang membuat pemeriksaan latar belakang ke atas pemilikan Farm Fresh sama ada ianya betul milikan bumiputera atau tidak. Banyak kali juga dilaporkan disebabkan atas dasar gerakan Buy Muslim First (BMF), produk ini telah diangkat dikalangan bumiputera.


Semakan latar belakang ini dilakukan oleh seorang pengguna Facebook, Aliff Ahmad III yang menggunakan sistem semakan SSM untuk memeriksa adakah benar usahawan yang dikenali ramai, Azmi Zainal “Boss Susu” merupakan salah seorang pemilik produk tersebut.





Namun, timbul beberapa ulasan oleh pemilik akaun Facebook yang lain, adakah menjadi satu kesalahan apabila Azmi Zainal bukanlah salah seorang pemilik Farm Fresh yang sebenar. Bahkan, pemegang saham terbesar syarikat yang mengeluarkan produk Farm Fresh adalah kebanyakannya bukanlah daripada golongan bumiputera.


Ini diulas lanjut oleh saudara Bukhari Ramli dan Fdaus Ahmad.







Berdasarkan hantaran-hantaran di atas, memang jelas dinyatakan bahawa Azmi Zainal tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa susu Farm Fresh ini milik syarikat bumiputera. Walaupun bukan pengasas sebenar, beliau mempunyai pegangan saham ke atas syarikat tersebut.





Terbaharu, Azmi Zainal dalam hantarannya di Facebook menceritakan bagaimana beliau berjaya mengembangkan perniagaan sehingga ke luar negara melalui pemilikan kilang di Australia. Beliau berkongsi proses yang bermula dengan pelaburan melebihi RM100 juta sehingga ianya sudah mula menampakkan hasilnya pada hari ini.


Farm Fresh juga bakal disenarai awamkan di Bursa Malaysia, hebat bukan?




Sesungguhnya kisah Azmi Zainal membangunkan dan mempopularkan jenama susu tempatan Farm Fresh sebelum ini sering saja menjadi buah mulut dan juga inspirasi kepada masyarakat kita.


Bermula dengan penghasilan produk tenusu, nama Azmi juga semakin menjadi bualan selepas beliau terlibat dengan perusahaan daging serta membuat penampilan dalam rancangan realiti TV dan sukan permotoran tempatan sebagai penaja.









Sumber : Odisi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2021 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Adehhhh  pandai orang bukan islam pancing orang islam...benci2 depa kat islam, perlu gak orang islam tarik pelanggan Islam...cehhh tak guna selama ni kena kencing dengan orang bukan islam...ye ye je orang kata susu tu pemilik dia orang islam, alih2 diguna je
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
X jd isu kalo x claim as produk bumiputra dan muslim. Tp..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ahmad pun bukan owner Pau Ahmad

Ahmad cuma drebar bawak pau cina buat merataaaa di jual

Ingat Ahmad Ingat Pau Ahmad
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan harap aku nak beli susu farm fresh dah hahahaha{:laugh
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
adikfatin: Adehhhh  pandai orang bukan islam pancing orang islam...benci2 depa kat islam, perlu gak orang islam tarik pelanggan Islam...cehhh tak guna selama ni  ...


Bila melayu sanggup jadi pengkhianat alibaba maka rosak institusi. Bukan masalah rasis tapi memang dalam ayat al maidah pun Allah suruh pilih utamakan orang islam sebagai pemimpin, kawan dan pelindung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2021 06:37 AM | Show all posts
rasanya dalam majalah 3 ada cerita pasal FF ni...
memang bukan 100% melayu...
rasanyanya tak pernah baca boss susu ckp yg FF ni full bumiputera
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Susu kurma dia mmg sedap. Brand mcm good day ke dutch lady x lain boleh tiru rasa dia..tapiiiii..sebotol rm7 mahal yakmat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2021 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
mijot: rasanya dalam majalah 3 ada cerita pasal FF ni...memang bukan 100% melayu...rasanyanya tak pernah baca boss susu ckp yg FF ni full bumiputera

Netizen sendiri yg speku susu ni bumiputra punya. Yelah dok mengadap gegarvaganza je..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 09:35 AM | Show all posts
some agents dia yang selalu guna nama bumiputera



nak tarik pelanggan.......





harga beli kat agent vs kedai2  vs big stores pun lain ...............






pilihan di tangan anda
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 01:59 PM | Show all posts
Geng yang hanya BMF pasti anggapnya isu penting buat yang lain mungkin tak kesah asalkan ada sijil halal.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 05:05 PM | Show all posts
Bukan full bumi could be 99%
Ini bumi hanya 2% jer...

Tak sure kalau dia pernah claim he own the company, tp bila org sebut2 kata company tu dia punya, tak pulak dia menidakkan...

Lebih kurang mcm Rosyam Mart, hasil partnership dia dan rakan kongsi, alih2 rupanya share dia beberapa percent jer, itupun dpt share sbb guna nama dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
alahai aiols awal2 lg dh tau mmg cainis punyer...sbelum FF sponsor GV lg aiols dh tau...yg aiols pelik tetibe jer abg susu nie diketengahkan...well well well pandai kn game depa?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 09:11 PM | Show all posts
mati2 aku ingt farmfresh pakcik ni punya.
..sbb di potray mcm pakcik ni tokey besar.
skrg aku nk ban bkn sbb company bkn company bumiputera.
tapi sbb rasa tertipu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 09:54 PM | Show all posts
feberet aku farm fresh ni..
tapi sepanjang beli tak terfikir langsung nak tahu ownernya cina ke melayu ke india ke...
selagi halal dan sedap, aku beli..



Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 10:33 PM | Show all posts
hantar je la tokey dia si loi tuan ee tu masuk gegar vaganza. setel masalah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2021 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
isu ni bukan ke dah lama org tahu
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Mula tu bangga gak sbb ingat mmg milik dia. Sbb nak support product bumi rupanya salah support pulak! Sape2 ada info product tenusu org2 kita harap kongsikan ye!
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 11:01 PM | Show all posts
Nothing new. But the way they projected Azmi Zainal as the owner is brilliant. Mcm mana depa start jual susu. Direct selling, system ajen, stokis.
Just look back few years.
Point of thought, kalau bukan dia yg promote susu kurma ni. Ada ke org2 melayu akan jadi penjual tepi jalan, pasar malam menjual di laman rumah, online. Jadi stokis. Pengedar. Jadi soalan cepumasnya, pernah kah anda jumpa penjual susu tepi jalan ni bangsa lain? time bulan posa berebut2 org beli kat bazaar ramandhan.
Dan bila dah berjaya, dia ialah juru cakap, masuk TV, rancagan TV dll.

Pada aku satu perancangan marketing yg menjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2021 11:29 AM | Show all posts
susu dia sedap...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.080090 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list