Sejak beberapa hari yang lalu, di media sosial hangat memperkatakan mengenai video muzik Ayda Jebat yang terbaharu, Parah yang telah dimuat pada penghujung Disember 2020.
Biarpun trending dan mendapat lebih daripada 3 juta tontonan, namun menerusi carian terkini mendapati terdapat lebih dari 100 ribu tanda tidak suka (dislike) berbanding tanda suka (like) yang hanya mendapat 36 ribu reaksi.
Kredit foto: YouTube
Difahamkan, video muzik berkenaan mendapat reaksi seumpama itu adalah bermula daripada teguran yang dibuat oleh seorang pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun. Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Ustazah Asma’ baru-baru ini, dia akui pernah mengagumi bakat yang dimiliki oleh Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat,29.
Namun, berikutan video muzik Parah yang disifatkan seperti keterlaluan dengan menampilkan penyanyi dan penari iringan yang separuh bogel serta rentak dan lenggok tarian yang menggairahkan seperti tarian lucah, pendakwah itu akui terkejut.
Biarpun begitu, Ustazah Asma’ terlebih dahulu dengan rendah hati memohon maaf kerana melakukan teguran secara terbuka dan masih membuat sangkaan baik terhadap Ayda.
Dalam ruangan komen video muzik itu turut dibanjiri dengan pelbagai respon daripada pengguna yang kecewa melihat aksi-aksi yang dipaparkan selain menasihati Ayda agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Post time 5-2-2021 09:44 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Nk jd artis ni, byk tggjwbnya.. bkn nk glamor,ikutsuka nk buat itu ini. Sebg 'idola'atau ikutan peminat, anda jg bperanan sebg pnyumbng kpd tatasusila perlakuan dan peradaban peminat.
Wow besar tgjjwb tu!