Mengadu muntah-muntah darah dan demam, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun akhirnya menghembuskan nafas terakhir di klinik berhampiran Sumbawa, Indonesia.
Setelah dilakukan pemeriksaan luaran, pihak perubatan mengesahkan kanak-kanak tersebut menjadi mangsa rogol seperti. lapor Kompas.com.
Sementara itu Ketua Subbagian, Iptu Ridwan menjelaskan yang mangsa meninggal dunia akibat keganasan seksual. Mayat kemudiannya dikebumikan berhampiran kampung tersebut.
"Mangsa meninggal diduga akibat kekerasan seksual. Terdapat robekan pada selaput dara dan vagina, serta lubang dubur dalam keadaan lebam."
Keluarga mangsa sedia memberi kerjasama jika perlu kubur terpaksa digali kembali untuk bedah siasat.
Lebih menyedihkan ialah mangsa sendiri sudah lama ditinggalkan ibunya yang bekerja di Malaysia. - CARI |