CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7252|Reply: 48

Tak Minta Disamakan Pun, Pelajar Terasa Dikata Hanis Zalikha 'Versi Hangit'

[Copy link]
Post time 25-2-2021 03:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-MAL at 25-2-2021 03:08 PM

Menyamakan wajah seseorang dengan individu lain itu tidak salah, asalkan tidak dibuat dengan niat menghina atau mempersenda.


Begitulah luahan hati seorang wanita berusia 23 tahun yang sering disamakan dengan pelakon Hanis Zalikha sejak lapan tahun lalu, tetapi dalam versi gelap.








Ketika dihubungi mStar, Nur Fatihah Kamal berkata, bagi dirinya sendiri dia tidak sekali pun pernah mendakwa wajahnya mempunyai persamaan dengan pelakon tersebut.

"Bukan saya tak suka orang samakan dengan Hanis Zalikha, tapi kenapa perlu tambah ‘versi hitam’... mestilah saya terasa,” katanya dalam sebuah video di aplikasi TikTok.


Lebih mesra disapa Tiya, dia mendedahkan terpaksa 'hadap' dengan kritikan sebegitu sejak di bangku sekolah, ketika pelakon tersebut hangat dalam filem Gangster Celop dan masih belum berhijab.


Anak kelahiran Pulau Pinang itu mengakui pelakon tersebut memang jelita tetapi tidak pernah minta disamakan dengannya kerana menggangap setiap wanita mempunyai kecantikan tersendiri.







"Saya sebenarnya tak ada masalah pun cuma kadang-kadang saya akan rasa ‘down’ dan hilang keyakinan diri bila mereka buat perbandingan melampau.

"Bukan saja mereka kutuk kulit gelap saya, malah dulu masa berat saya 79kg ada yang cakap kalau saya putih dan kurus mesti cantik macam pelakon tu... maksudnya diri saya sebenar ni tak cantik ke?

"Dengar macam biasa, tapi bila ia ditujukan kepada saya mestilah saya terasa. Itu dah kira mempersendakan. Nak samakan atau nak puji silakan tapi tak perlu tambah ayat menyakitkan hati," katanya.








Bercerita lanjut, Tiya juga memberitahu dia pernah dipulaukan oleh rakan-rakan kerana dianggap sombong mempunyai wajah seiras dengan artis.

"Ini realiti. Saya banyak hilang kawan. Mereka cakap saya sombong dan bangga muka macam artis. Biasalah perangai budak-budak dulu.

"Saya sendiri tak pernah rasa saya macam tu, mungkin mereka menilai dari luaran. Bukan sombong tapi saya rasa rendah diri masa tu, lebih banyak dipersenda daripada dipuji,” jelasnya.


Menurut Tiya, bagi mengurangkan rasa sakit hati dia akan segera memadam komen-komen negatif yang ditulis di ruangan komen di media sosialnya.

"Dulu banyak juga komen negatif dan saya akan cepat-cepat padam supaya saya dah tak baca.

"Alhamdulillah sekarang dah kurang sikit. Cuma kalau secara bersemuka saya masih terima kata-kata macam tu,” ujarnya.


Bagaimanapun, kata pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang ini, dia sudah banyak belajar bersabar dan mengabaikan segala kritikan.


Selain sibuk sebagai pelajar dia juga gigih mencari pendapatan dengan bekerja sambilan dan membuat reviu produk secara live setiap malam di aplikasi TikTok.

"Ada masanya saya kuat atau ketika sibuk memang saya abaikan kata-kata negatif ni. Saya akan fokus lebih pada diri sendiri.

"Bagi saya semua orang cantik, tiada cacat cela. Cuma pandangan orang terhadap seseorang itu sahaja berbeza.

"Dulu memang kurang keyakinan diri tapi bila mak sentiasa beri kata-kata semangat saya bangkit dan buat apa sahaja tanpa malu.

"Sekarang ada pengikut yang suka dengan cara saya, mereka akan beri sokongan sepenuhnya walau apa jua yang saya buat," ujarnya lagi.







Dalam pada itu, Tiya yang telah kehilangan bapa pada 2014 mengakui kehidupan keluarganya agak mencabar dan dia bersama adik beradik yang lain berusaha membantu meringankan beban ibu.


Terbaharu, sejak mempunyai pengikut di aplikasi TikTok, Tiya bersama ibunya menjual makanan secara online.


Anak bongsu daripada lima beradik ini berpandangan tindakan mengkritik fizikal orang lain tidak sepatutnya berlaku pada zaman moden.




Sumber: [url=http:// https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2021/02/25/pelajar-tak-kisah-dikatakan-iras-hanis-zalikha-cuma-jangan-tambah-ungkapan-menyakitkan-hati---dengar-biasa-tapi-saya-terasa]mStar[/url]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2021 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sama pun
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 03:29 PM | Show all posts
masalahnya tak sama pun. jauh panggang dr api. syok sendiri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Erm....sori
Tp xsama langsung.yakin ke kawan hilang sbb xkwn ko rupa mcm keknis?tudung jela kot yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 04:01 PM | Show all posts
nanies replied at 25-2-2021 03:29 PM
masalahnya tak sama pun. jauh panggang dr api. syok sendiri ke?

syok sendiri apa lak kakak....

kan dia respond kat komen org tu.. org yang samakan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun xde la sama sgt mcm keknis, tp ko lawo dik, sbb tu kawan2 ko jeles
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2021 04:18 PM | Show all posts
hidung ko lagi mancung dr fakenis kemek tu dik oiii... tang mana yg sama...nya... kalau sama pon.. adehhh... sikit pon tak ada nilai tambah stakat muka si fakenis.. kot fakenis tu lawa gila  ke bebaloi la kena kecam ponn... adehh... cerita camni pon masuk berita ke apa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 04:26 PM | Show all posts
Tak sama pun sepatutnya tak perlu sentap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2021 04:49 PM | Show all posts
lain sgt aku tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh la skali pandang features muka lebih kurang.. tp to be honest dik.. dulu sama wing kolej kediaman dgn habis zalikha ni.. zmn u dia tk cerohh pon hanis ni.. tktau la skrg filter or duit byk blh upgrade skin semua kan.. kulit dia tipikal melayu je.. anak2 dia cerah maybe sbb ikut hairul rasanya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sama pun. Apapun lantak la dorang dik, puji ke keji ke bukan dorang bagi ko makan. Nak sentap pun takda faedah. Move on. Semoga murah rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 07:25 PM | Show all posts
tak sama, klu tak suka dipanggil hangit which is true, privatekan jer jgn syok dgn puji2an
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
X sama .. semoga dpt laki pun jauh dari wajah kekrul.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:40 PM | Show all posts
ko ni satu geng dengan babi is me ke dekk? gegeh claim muka seropa angelina jolie lah bini kekrol lah tapi bila tengok gambar seropa muka babi jah? bila kena kecam terus sentap menggelabah tetek kata orang cyberbully lah hapo?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang ko nak samakan tu pun harap muka jer...function ke laut
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Jauh lagi manis dari si hamis zalika itu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2021 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
X sama pn.
Huu
Klo muka sama gelap pn nmpk same..
Tp ni x same pn.
Bkn makin nye xlawa. Cume x same ngn keknis pn.

Lawa je. Gmbr tutup mata tu lawa je
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sama langsung
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Air muka jah sama... rupa tak sama
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka dia ni muka keknis versi sedih.. Not hangit.. Huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.050730 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list