Post time 16-3-2021 05:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ye iolss pernah rasa brownies org buat guna resepi che nom ni. Rasa coklat dia mmg padu, guna coklat Beryl's. Tp tak tahu lah org yg try resepi che nom tu terlebih letak apa dlm brownies dia sampai hancur tak berbentuk.. Tp serius sedap
Post time 16-3-2021 05:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Beribear at 16-3-2021 05:57 PM
Oleh: Che' Nom
Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak:35 minit
Jumlah Hidangan:7-8 orang
Bahan-Bahan:
300g coklat gelap/dark chocolate
150g mentega tak bergaram/unsalted butter
100g tepung gandum
30g serbuk koko
sudu kecil garam halus
2 sudu besar air panas
sudu kecil serbuk espresso/nescafe
200g gula perang (soft brown sugar), kurangkan 150g kalau nak kurang manis
4 biji telur (gred B)
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
Panaskan oven pada suhu 160°C. Gris dulang bersaiz 9X9 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas baking.
Cairkan dark chocolate bersama mentega menggunakan kaedah double boiler. (Sila rujuk tips).
Ayak semua bahan kering iaitu tepung gandum, serbuk koko dan garam halus.
Bancuh air panas bersama serbuk espresso atau nescafe. Ketepikan.
Pukul telur bersama gula sehingga sebati, tapi JANGAN lama dan kuat sangat. Nanti tak jadi kedut.
Masukkan esen vanilla.
Masukkan cairan coklat dan metega tadi, bersama juga bancuhan kopi. Kacau sekejap.
Masukkan bahan ayak dan kaup balikkan menggunakan spatula agar semua bahan sekata.
Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-35 minit, atau sehingga lidi yang dicucuk ada sedikit basah berketul coklat bila ditarik keluar. Tak perlu licin sgt nanti brownies akan overbaked.
Tips:
Kaedah Double Boil ialah kaedah dimana kita masah sesuatu bahan dengan menggunakan steam di permukaan bawah, tanpa terkena direct heat dari api. panaskan periuk kecil dan letak mangkuk di atasnya sebagai penutup supaya steam tak keluar.
Boleh juga gantikan tepung gandum dengan tepung naik sendiri, tapi tekstur brownies akan jadi lebih ringan dan macam kek sikit, kurang fudgy.
P/s : iolss tolong tt tepek video & resepi.. Jgn marah ye tt
yup betul. kalau dh bakor dalam 30 minit tu, cucuk dengan pencucuk satey...bila brownies ada lecak sikit2 lekat kat kayu tu pun dh cukup moist and masak jadi nya. jangan bakar lama sgt, nanti keras dan mengembang kat atas brownies