View: 5725|Reply: 22
|
Impian Timang Anak Lelaki Musnah, Faralyna Idris Keguguran
[Copy link]
|
|
Pembukaan Ramadan membawa berita sedih buat pelakon Faralyna Idris apabila disahkan mengalami keguguran ketika kandungan berusia empat bulan.
Berkongsi mengenai keguguran tersebut, Faralyna memberitahu dia tetap bersyukur kerana Allah memberi rezeki bayi lelaki untuk dia dan suami biarpun hanya sekejap sahaja.
Foto: IG
"Dari awal tahun, ramai tegur dan tanya mana bonda. Kenapa lama tak update IG. Mana IGStory bonda. Inilah sebabnya. Alhamdulillah diberi lagi rezeki untuk mengandung kali ketiga.
"Selama mengandungkan yang teristimewa ni, bonda dengan phone bertukar status, jadi love-hate relationship, sorry. Namun, sekali pun Dia (Allah) beri rezeki, bila-bila masa juga Dia boleh ambil kembali.
"Tiada rezeki bonda ayah untuk peluk cium dia, tapi rezeki kami merasa gembira dan teruja bila tahu, kami akan dapat baby boy!" kongsi Faralyna.
Pelakon berusia 30 tahun itu berkongsi perkara tersebut dengan memuat naik momen sepanjang kehamilannya di laman Instagram pada Selasa.
Rata-rata netizen serta rakan selebriti turut mengucapkan takziah dan mendoakan agar Faralyna serta keluarganya kuat menghadapi dugaan itu.
Dalam pada itu, pelakon drama siri Cinta Koko Coklat ini melahirkan rasa syukur dengan kehadiran bayinya yang dianggap sangat istimewa walaupun hanya dipinjamkan sebentar kepada keluarganya.
Faralyna turut berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan keadaannya dan menganggap sambutan bulan Ramadan cukup bermakna bersama arwah anaknya yang diberi nama Muhammad Farid.
"Terima kasih, Ya Allah. Telah kau gembirakan hati kami dengan kehadiran yang teristimewa ini. Telah kau pinjamkan dia sekejap pada keluarga kami. Empat bulan yang penuh makna.
"Kepada yang tahu bonda pregnant, terima kasih kerana sentiasa doakan untuk bonda. Sentiasa cakap yang baik-baik pada bonda. Salam Ramadhan buat semua.
"Ini detik permulaan menyambut bulan yang mulia, bulan Ramadhan tahun ni untuk keluarga kami. Paling istimewa, bersama yang teristimewa, Muhammad Farid Muhammad Fikri," ujarnya.
Faralyna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Fikri Abdullah pada Disember 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan bernama Fira Anggun dan Fira Ayu. -CARI
Sumber: mStar Online
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jap dia ni ke dulu bercinta dgn kekrul? pastu putus kekrul pilih keknis kan... huhu |
|
|
|
|
|
|
|
takziah..
siapa dia ni? pelakon ke? |
|
|
|
|
|
|
|
takziah.. sedihnya hilang baby.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh recall la dia ni siapa. |
|
|
|
|
|
|
|
ya benar sis. bekasnya kekrul
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni ke ada berlakon lagenda budak setan? ke aku salah orang? muka dia sejenis yg macam redup lembut2 gitu |
|
|
|
|
|
|
|
laki dia keje apa ?
anak2 cantik .. manis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik she ni. Mata i nmpk iras dahlia shazwan tu. lg cantik dri keknis cuma ye lah, x kaya mcm keknis |
|
|
|
|
|
|
|
suka dia ni berlakon, tapi lama sgt dah x nampak dia |
|
|
|
|
|
|
|
Kandungan 4 Bulan dah boleh tahu jantina ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Masa kekrul masuk fear factor masih dgn faralyna ni
Tp masa kat situ dpt phone no keknis dr jehan miskin ke sapa ntah
Blk tu terus full steam ahead dia pursue keknis, faralyna dia bye2 |
|
|
|
|
|
|
|
dia yang berlakon citer asmara tu kan. shah jazle dgn lupa nama heroin tu. tapi sheol selalu watak sampingan je la.
takziah sis atas keguguran. |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus replied at 13-4-2021 04:38 PM
Masa kekrul masuk fear factor masih dgn faralyna ni
Tp masa kat situ dpt phone no keknis dr jehan m ...
kurang ajarnya kekrul tu. rasanya lama jugak theyol kapel. bukan faralyna ni ke yang bawak kekrul ke dunia retis? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sfrnna at 13-4-2021 06:37 PM
Dulu dia ni free hair kan. Ada mengacara jugak. Konpius kejap dengan sorang lagi pelakon yg edisi kalkulator tu. Muka cam sama ja. Papepun takziah. Meols tumpang sedih. |
|
|
|
|
|
|
|
misssakura replied at 13-4-2021 05:44 PM
kurang ajarnya kekrul tu. rasanya lama jugak theyol kapel. bukan faralyna ni ke yang bawak kekrul ...
Ya betul!
Sebab dia la kekrul boleh jd pelakon
Dan ats sebab tu aku xsuka couple poyo tu |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni ramai sgt pelakon and penyanyi sehingga akak terpaksa who r yusskan depa semua. |
|
|
|
|
|
|
|
iols suka lakonan di ni dulu. pandai blakon |
|
|
|
|
|
|
|
InshaAllah ada rezeki lain tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|