CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9356|Reply: 2

[Dunia] Puteri Yuriko meninggal dunia pada usia 101 tahun

[Copy link]
Post time 15-11-2024 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Berita Harian
November 15, 2024 @ 3:36pm


Gambar fail yang diambil pada 2 Januari 2016 ini menunjukkan Puteri Yuriko Jepun, yang dikenali sebagai Puteri Misaka, melambai-lambai kepada orang ramai yang berkumpul untuk ucapan Tahun Baru tahunan di Istana Imperial di Tokyo. - Foto AFP


TOKYO: Puteri Yuriko, kerabat tertua keluarga diraja Jepun dan ibu saudara kepada Maharaja Naruhito meninggal dunia pada usia 101 tahun di sebuah hospital di Tokyo awal pagi ini, lapor agensi berita Kyodo.

Puteri Yuriko dimasukkan ke hospital pada Mac akibat strok dan radang paru-paru dan telah menerima rawatan sejak itu, menurut Imperial Household Agency.


Bagaimanapun, ujian perubatan awal bulan ini menunjukkan penurunan fungsi jantung dan buah pinggangnya.

Puteri Yuriko berkahwin dengan Putera Mikasa, adik bongsu Maharaja Hirohito ketika berusia 18 tahun setelah tamat pengajian di Akademi Wanita Gakushuin.

Suaminya meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada 2016 pada usia 100 tahun.


Pasangan itu dikurniakan tiga anak lelaki dan dua anak perempuan. Anak lelaki mereka iaitu Putera Tomohito, Putera Katsura dan Putera Takamado meninggal dunia masing-masing pada 2012, 2014, dan 2002.

Tiga cucu perempuannya masih kekal dalam keluarga diraja.

Berikutan pemergian Puteri Yuriko, bilangan kerabat diraja Jepun semakin berkurangan susulan Undang-Undang Imperial Jepun 1947 yang menetapkan bahawa wanita kehilangan status diraja apabila berkahwin dengan rakyat biasa.


Manakala, Puteri Noriko dan Puteri Ayako, anak kepada Putera Takamado melepaskan gelaran diraja selepas berkahwin dengan rakyat biasa pada 2014 dan 2018.

"Saya berasa sangat sedih mendengar berita kehilangan ini. Saya mengucapkan takziah yang tulus ikhlas bersama rakyat Jepun," kata Perdana Menteri Shigeru Ishiba dalam satu kenyataan.

- BERNAMA-KYODO

  




­

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2024 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya payung2 kuning kat Malaysia pun sama
Mn2 lelaki ke Ppuan kwin org biasa kena lepaskan gelaran
Ni tak semakin membesar dgn jayanya
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 15-11-2024 06:52 PM

Org jepun,koria umur panjang2..nenek2 umur 80 pun rilek2 je menyelam dlm laut cari kepah..kalo kat Msia umur gitu nak panjat tangga pon da x larat







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.338143 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list