Peguam kontroversi, Siti Kasim di Facebook seolah-olah memperlekehkan niat dan usaha umat Islam untuk memboikot produk Israel.
Kredit foto: FB
"Macam lah dia orang heran sangat dengan panggilan boikot ni. Jangan buang masa lah.
"Agaknya, apa reaksi mangkok-mangkok ni kalau McDonald tarik lesen kedai-kedai dia orang kat sini eh? Tak menggelupur dok gian McDonald?" soalnya.
Siti Kasim juga mengingatkan orang ramai mengenai implikasinya kepada sektor pekerjaan.
Dalam beberapa hantarannya sebelum itu, Siti Kasim menyuarakan pendiriannya yang tidak mahu 'mengambil port' isu pergolakan Israel-Palestin.
Dalam masa sama, dia mempertikaikan sokongan tidak berbelah bagi ditunjukkan rakyat Malaysia kepada Palestin. Dakwanya, rakyat Malaysia bersikap memilih-milih dalam memberi sokongan dan bantuan.
Katanya, banyak lagi konflik lain yang perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi dalam negara sendiri.
Kredit foto: Twitter
Bukan saja memandang ringan, malah Siti Kasim seakan-akan menjadikan isu kekejaman ke atas Palestin sebagai gurauan, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai. - CARI |