"Betul ke kita tak boleh manjakan isteri dan hanya boleh jadi pelindung je?"
Kredit foto: IG
Itu soalan yang diajukan pelakon Aeril Zafrel sebagai respons kepada tuduhan seorang pengguna Facebook terhadapnya.
Menerusi Instagram, suami kepada Wawa Zainal itu memuat naik tangkap layar komen nurulfarhana meow yang dibuat pada tujuh bulan lalu.
Dia menyeru orang ramai supaya tidak mengikut cara Aeril yang dikatakannya terlalu memanjakan isteri yang mana tidak diajar dalam Islam.
Kredit foto: IG
"Islam tak pernah ajar lelaki untuk manjakan wanita sampai begitu. Islam hanya menyuruh lelaki menjadi pelindung wanita," tulisnya.
Malah, dia menyifatkan pasangan selebriti terbabit riak kerana menjunjukkan kekayaan dikecapi.
"Nak bina masjid nak tunjuk-tunjuk," ujarnya.
Kredit foto: IG
Di ruangan komen, ramai berpendapat nurulfarhana meow cemburu melihat Wawa bertuah dikurniakan suami penyayang seperti Aeril.
Kredit foto: IG
Tidak kurang juga menyifatkan pengguna terbabit busuk hati di atas kebahagiaan pasangan lain.
Tak minat Aeril tapi gigih nak komen panjang lebar. Tak rasa macam membuang masa ke? - CARI
|