View: 26146|Reply: 62
|
Terpaksa Panggil 4 Isteri Potong Tangkal Di Pinggang Arwah Suami, Pintu Bilik Ma
[Copy link]
|
|
Tanyalah kepada mana-mana individu yang pernah menguruskan jenazah, pasti banyak kisah pelik dilalui ketika mengendalikan mayat.
Namun bagi Samahat Abdul Raffar yang sudah beberapa tahun bergelar pengurus jenazah, pelbagai pengalaman sudah dilalui tetapi dia melihat perkara itu sebagai peluang terbaik menginsafkan diri tentang kematian.
Berkongsi pengalamannya, Samahat memberitahu antara kejadian tidak dapat dilupakan ketika dia bersama sahabatnya dikehendaki menguruskan jenazah seorang lelaki yang memakai tangkal pada bahagian pinggangnya.
Kredit foto: mStar Online
Masih segar dalam ingatannya ketika mula-mula sampai di rumah mayat, badan dia terasa seram sejuk dan seperti ada seseorang sedang memerhatikannya yang sibuk menyediakan kelengkapan pengurusan jenazah sementara menanti ketibaan mayat.
"Dalam sibuk membuat persiapan, saya rasa macam ada orang tengah berdiri di belakang saya... Apabila saya menoleh, tiada sesiapa di dalam bilik mayat itu.
Samahat terkejut apabila mendapati mayat yang perlu diuruskan masih memakai tangkal pada bahagian pinggangnya.
"Telinga terasa seperti ada orang tiup angin, rasa seram sejuk. Jantung memang rasa berdebar kerana jarang saya alami kejadian seperti itu," katanya.
Tidak lama kemudian kata Samahat, pembantu hospital berjalan masuk menolak troli mayat sebelum memberi isyarat tanpa berkata apa-apa namun dia tidak memahami maksud yang cuba disampaikan.
Kredit foto: mStar
Ketika jenazah diletakkan di tempat mandi, dia bersama seorang rakannya terkejut apabila melihat mayat itu mempunyai tangkal yang diikat pada baahgian pinggangnya dan Samahat memberitahu dia terus teringat kepada isyarat diberikan pembantu hospital sebelum itu.
"Kami tak berani nak potong tangkal itu kerana bimbang sesuatu bakal berlaku. Ketika memandikan jenazah, kain pada jenazah terlucut tanpa sengaja dan kami terkejut melihat zakarnya dalam keadaan keras.
"Ketika kami saling berpandangan, lampu dalam bilik mayat itu tiba-tiba berkedip-kedip, suasana jadi seram sejuk... Rakan saya minta panggil isteri arwah masuk ke dalam," ceritanya.
Ketika Samahat memanggil isteri arwah, dia sekali lagi terkejut apabila empat orang wanita tampil memaklumkan mereka adalah isteri-isteri kepada si mati dan meminta izin untuk semuanya massuk ke dalam bilik pengurusan jenazah.
"Masa berjalan masuk, jantung saya tiba-tiba berdegup kencang dan saya berdoa dalam hati agar Allah selamatkan kami daripada gangguan syaitan.
"Rakan setugas bertanya kepada isteri arwah apa amalan si mati yang mungkin mereka tahu namun semua mendiamkan diri mungkin kerana ingin menjaga aib suami mereka," ujarnya.
Kredit foto: mStar
Namun selepas dijelaskan sebab pertanyaan itu dibuat, salah seorang isteri si mati mengakui suaminya ada mengikat tangkal pada pinggang namun tidak mengetahui kegunaannya.
Selepas mendengar penjelasan itu, Samahat turut memanggil anak lelaki sulung arwah dan bertanya sama ada mereka ingin menyimpan tersebut atau mahu ia dibuang.
Tiada siapa di antara ahli keluarga si mati sanggup menyimpan tangkal tersebut dan meminta ia dibuang.
"Terus kami baca surah al-Fatihah, selawat keatas Nabi SAW dan selepas itu kami suruh ikut perlahan-lahan membaca surah an-Nisa ayat-48 dan surah Yusuf ayat-64.
"Selesai baca tiba-tiba lampu menjadi berkedip-kedip, terus saya beritahu jangan panik dan ingat kepada Allah. Kami dudukkan mayat dan selak kain pada bahagian pinggang dan lihat tangkal itu mempunyai empat simpul.
"Kami minta kesemua isteri si mati memotong tepat pada simpul mengikut turutan pangkat. Selesai potongan tangkal itu dibuat, kami terdiam apabila pintu bilik itu terbuka dengan sendirinya.
Kredit foto: mStar
"Semua terkejut dan kami beristighfar bersama-sama sebelum meminta semua ahli keluarga tunggu di luar sementara kami uruskan jenazah," ceritanya lagi.
Ketika Samahat memegang tangkal tersebut, tiba-tiba dia berasa panas dan terus membalut tangkal itu dalam kain sebesar tapak tangan dan dimasukkan ke dalam beg plastik serta diikat kemas.
Selesai memandikan jenazah, Samahat memberitahu mereka terdengar bunyi letupan di dalam bilik berkenaan dan suasana menjadi seram sejuk.
"Kami mencari dari mana datang bunyi meletup itu, selesai wudukkan jenazah saya lihat bungkusan plastik yang berisi tangkal itu plastiknya sudah terburai.
"Saya gantikan dengan plastik lain dan tak sampai lima minit, plastik itu mengelembung dan meletup lagi... Saya cuba pegang tangkal itu untuk dipindahkan ke dalam plastik yang lain tetapi terasa pegang bara api, terlepas jatuh ke bawah lantai," katanya.
Lebih menyeramkan kata Samahat, tangkal itu tiba-tiba mengeluarkan asap dan rakannya segera membaca surah al-Falaq, Ayatul Kursi sebanyak tujuh kali sebelum memasukkannya ke dalam plastik yang baharu.
Rakannya menugaskan dia untuk membuang tangkal tersebut ke dalam sungai dan berpesan agar menambah pemberat agar ia tidak timbul.
Kredit foto: mStar
"Macam-macam perkara pelik juga berlaku sementara nak buang tangkal itu termasuk diganggu ketika solat malah ketika selesai membaca surah Al-Fatihah ada yang mengaminkan walaupun saya sembahyang seorang diri.
"Ketika sampai di sungai, saya rasa seperti ada sesuatu yang ikut saya, saya banyak berdoa dan istighfar. Sampai rumah terus bersihkan diri dan badan ada rasa lemau, mungkin disebabkan saya terkena hujan.
"Alhamdulillah tiada gangguan yang berlaku dan saya bersyukur Allah melindungi saya daripada sebarang malapetaka," ujarnya.
Kejadian itu juga kata Samahat membuatkan dia lebih insaf dan berharap perkongsiannya itu memberi pengajaran kepada orang lain agar tidak menggunakan benda-benda menyekutu dan mensyirikkan Allah.
"ercaya dan taksub pada tangkal, azimat, pendamping, khadam dan sebagainya berkait rapat dengan iblis dan syaitan, perkara-perkara beginilah yang membuatkan gugurnya akidah orang Islam dan kesannya amat buruk apabila meninggal dunia," kongsinya.-CARI
Sumber: mStar Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dulu pernah terbaca di mastika ke variasi pasal susuk pepet.
tak pasti kenapa diletak di situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh my! Lagi horror dari movie Conjuring 1+2+3..Nak nangis...lepas ni x nk mandi sungai dah
Uhuhuhuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
seram gmbar yg ade bulat merah tu tmpt kjadian ke. tgk pun dah bleh rsa seram |
|
|
|
|
|
|
|
ko dah kenapa bamyat? tangkal apa tu? tangkal kencing malam? hmmm untuk apa la haiiihh pakai tangkal2 segala... |
|
|
|
|
|
|
|
macam salah bod je ni.. elok ke bod MPS kan.
tambahan, ni nak cucuk vaksin,
yang mana ilmu kebal besi tu, bawak-bawak la pause dulu, turn off mode kebal ke ape,
kang cucuk jarum tanak tembus kulit |
|
|
|
|
|
|
|
apa kaitan gambar bulat merah tu? makhluk jelmaan tuan tangkal ke hapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu susah juga nak percaya cerita begini. Iols bila dengar or baca selalu ambil untuk entertainment value jer. Sampailah terjadi kepada relative sendiri, barulah terbuka mata yang benda ni betul-betul wujud di kalangan weols. |
|
|
|
|
|
|
|
Menyeramkan nasib yang menguruskannya tahu serba sikit macam mana nak tanganinya |
|
|
|
|
|
|
|
Susah2 ja pakai tangkal, last mati jugak dan kepada allah jua kita kembali, ingatlah allah pencipta seluruh alam |
|
|
|
|
|
|
|
seksa azab nak mati satu hal, pastu sekutukan Allah, hmmmm azab dlm neraka lg...x boleh bayang |
|
|
|
|
|
|
|
haha kan ...
mula2 baca tajuk... rasa err...
tak sangka baca sampai habis ...
kalo kat MPS ni ... laku Thread ni @CARI-MRO
|
|
|
|
|
|
|
|
Thanks
cerita2 camni banyak pengikut tersendiri kat sini ...
salah sorang nya ... FC sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
Awat buang kat sungai? Bkn ke patut ditanam dgn jagung rebus, siap pesan, selagi pokok jagung tak tumbuh, hang jgn kluar dr plastik nih |
|
|
|
|
|
|
|
Kang air sungai mengering, timbul pula. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 1-7-2021 11:53 AM
Creepy...
Sarah, tak bau hasanah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
CatMiow replied at 1-7-2021 04:51 PM
Sarah, tak bau hasanah ke?
Ada org mcm ni.. Salah satu kemungkinan utk ilmu kebal. Ilmu kebal dlm alam Melayu ada byk..
Selain tu.. Mungkin juga ilmu penunduk dan pengasih.. Arwah ada 4 org isteri... Harus ditundukkan supaya tak bercakaran.. Muahahaha. |
|
|
|
|
|
|
| |
|