Tujuh remaja lelaki direman selama lima hari untuk membantu siasatan berhubung kes rogol berkumpulan terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, awal tahun ini.
Perintah tahanan reman bermula hari ini sehingga Isnin depan itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Nor Faezah Abdullah terhadap semua suspek yang memakai pakaian lokap warna jingga.
Kredit foto: Harian Metro
Semua remaja itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan kerana disyaki rogol berkumpulan.
Difahamkan, mereka melakukan kesalahan itu beberapa kali sebelum ditahan susulan laporan polis dibuat mangsa.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris mengesahkan tujuh remaja lelaki itu ditahan reman selama lima hari.
Katanya, tujuh remaja itu ditahan di beberapa lokasi di sekitar Kota Bharu, semalam.
"Mereka direman untuk siasatan mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan kerana disyaki rogol berkumpulan.
"Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu," katanya.
Sumber: Harian Metro |