CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6603|Reply: 35

Frontliner Dilabel Filem Sampah?

[Copy link]
Post time 11-10-2021 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Menerobos masuk ke platform bertaraf antarabangsa, Netflix, filem Frontliner pada asalnya membuahkan rasa bangga kerana dilihat berjaya berada setempat dengan naskhah-naskhah filem luar negara lain.


Bagaimanapun, entah mengapa, sejak penayangannya di platform berkenaan sekitar awal minggu lepas, terdapat banyak pula respons negatif penonton yang menganggap penyampaian Frontliner tidak ‘sampai’ ke tahap patut diletakkan di Netflix.


Secara kasar, mereka menganggap ia merupakan sebuah filem murahan, kelas bawahan selain disifatkan begitu ‘sampah’ oleh penonton meski dilihat cuba menjual nama beberapa aktor gred A yang membintanginya.




Kredit foto: Utusan Online





Bercakap dengan pengarah filem tersebut, Razif Rashid (Ajiboy), Pancaindera meneka, pihaknya juga sudah sedia maklum dengan situasi tersebut yang kini bertebaran di dunia media sosial.


Berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang seni, Ajiboy mengaku dirinya terbuka kepada pandangan dan kritikan. Namun tidak adil jika cuma kritikan netizen sahaja ditularkan. Penonton juga berhak mendengar sisi penjelasannya.

Tuduhan sebagai filem ‘sampah’ oleh netizen, apa komen anda sebagai pengarah?
Sebagai pembikin, saya tak berkecil hati malah bersyukur sebab mereka tengok apa yang saya buat. Sebagai manusia pula, saya ini tak boleh nak puaskan hati semua orang. Ada yang mengutuk dan memuji. Ada racun, ada penawar, ada gula, ada garamnya. Bagi saya, bagus untuk orang bercakap baik dan buruknya sesebuah karya itu sebab sebagai pembikin filem, kita akan tetap berusaha melakukan yang terbaik selepas ini.


Saya pun tak sangkal mereka dan siapalah kita untuk memaksa penonton percaya apa yang kita lalui? Kekangan banyak semasa buat filem ini dan adakala visual imaginasi yang kita inginkan, memang nak buat macam apa penonton mahu. Tapi kita tak mampu dan tak akanlah nak berhenti sekerat jalan? Sebelum filem ini dikeluarkan pun, kita sudah maklumkan, ada banyak kekurangan tetapi teruskan kerana ini naskhah sumbangan untuk raikan petugas barisan hadapan.

Bagaimana pula dengan beberapa babak tidak logik yang didakwa penonton, seperti Farah Ahmad membawa dulang melalui jeriji pintu yang diperkatakan ramai itu?
Saya tahu, ada yang kata tak logik. Termasuk babak Beto tidur berkhemah di luar rumah. Memang perkara itu pernah wujud dan tular seorang anggota polis tidur di luar rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 1 dulu. Pasal dulang makanan itu pula, kita pun semasa penggambaran ada berbincang sama ada nak letak di bawah atau bagaimana.


Tapi dalam dunia ini, tak ada yang sempurna. Kalau letak cawan atas meja, tak semua orang pegang telinga cawan itu semasa nak angkat, betul?Babak itu menunjukkan Beto sebolehnya tak nak pegang jeriji sebab keadaannya semasa itu. Yang mana faham, fahamlah, Nak kutuk, kutuklah. Masing-masing ada pendapat. Perspektif kita berbeza.


Skrip didakwa begitu teruk, seolah-olah sedang menonton drama pukul 7 petang tetapi diletakkan sebagai filem, komen anda?
Asalnya filem ini adalah dua jam tapi suntingan hasil akhir dibuat menjadi satu jam setengah. Apabila ia dipendekkan, tentulah akan ada kepincangannya sedikit sebab kita masukkan apa yang penting sahaja dalam filem. Bagi saya, jalan penceritaan filem ini sangat lurus. Saya mendokumentasikan apa yang sedang berlaku semasa pandemik.


Bukan cerita rekaan. Ia tak akan sehebat filem Avengers atau Marvel Studios tapi ini yang cuba kita hidangkan. Satu lagi, Netflix terima filem ini pun satu perkara mengejutkan saya kerana platform itu mementingkan faktor kawalan kualiti tinggi. Kalau filem ini sangat teruk, maksudnya Netflix pun teruklah sebab pilih filem ini. Kalau begitu, jangan bantai saya, bantailah Netflix. Mestilah ada sebab mereka terima filem ini.


Achey dikatakan tidak patut ada dalam filem ini? Betulkah sebab dia memiliki pengikut berjuta lalu dijadikan ‘umpan’ memancing penonton?
Pelakon yang saya ambil semuanya berbakat. Saya tak tengok pun jumlah pengikut kerana bagi saya Achey berlakon tidaklah teruk mana. Beto pun puji dia. Watak Achey dalam filem ini serius sedangkan dia seorang pelawak. Sebagai artis, mestilah dia nak cuba sesuatu berbeza dan terima tawaran kami.


Sebenarnya, filem ini macam projek kawan-kawan. Maksud saya, semasa penerbit nak hasilkan Frontliner, kami semua berbincang dan tanya pada kawan-kawan yang sedang berkelapangan dan nak menjayakan sumbangan ini. Achey kita beri peluang untuk terbabit sama dan dia buktikan kemampuannya berlakon.


Disebabkan filem Frontliner, kononnya ada mahu melancarkan gerakan memboikot filem Melayu?
Di Netflix, ada banyak lagi cerita lain yang boleh penonton pilih. Saya dah sebut, kita punya modal pun tak besar namun cuba sedaya upaya untuk hasilkannya untuk meraikan petugas barisan hadapan. Saya pernah bertelagah di media sosial dengan seorang pengguna yang mengatakan ini bukan soal bajet, tapi soal idea dan kreatif.


Fikir logiklah, awak nak gajikan orang berbakat, awak kenalah bayar dengan harganya, betul tak? Yang komen, kritik itu pun saya tengok, mencari makan dengan cara itu. Saya cari makan dengan cara saya ini, jadi sama-samalah kita bersyukur. Usahlah keterlaluan dalam berkata-kata.


Apa pandangan bila ada segelintir artis turut mengutuk filem ini, sepatutnya tidak merendahkan karya orang lain?
Kadang-kadang, orang bercakap sama ada mereka tidak berpuas hati atau kerana tiada peluang seperti apa yang kita dapat. Ia melambangkan keperibadian masing-masing. Pengkarya senior atau lama dalam bidang ini, kita tengok tak ada pun buat begini. Nak bersatu lagi ada.


Saya sudah lama dalam industri ini, sejak zaman gulung kabel, zaman mekanikal beralih kepada digital. Saya tak letak harga pun pada penerbit semasa mengarahkan filem ini. Berapa yang dia bayar, itulah yang saya terima sebab fikir ini adalah naskhah sumbangan. Penggambaran pun dibuat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Masa itu, ramai kru belakang tabir terkesan.


Bukan semasa PKP, tapi sebelum PKP lagi tak ada kerja. Macam mana nak tolong? Tak akan nak bagi pinjam duit, kita kena jaga air muka mereka. Jadi tercetusnya idea untuk buat filem ini dan sekurang-kurangnya kru terlibat ada gaji. Perlulah saya ingatkan biar beradab, jangan biadab. Sesiapa pun nak kritik, boleh. Tapi jangan memprovokasi. Saya pernah dipanggil anjing kerana ada tak puas hati dengan karya yang dihasilkan. Mana adab? -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2021 10:54 AM | Show all posts
ok apa citer dia....
kalau nak dibuat perbandingan...
drama2 pukul 7 lagi sampah yg sampah sarap.....




sekiang
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 11:07 AM | Show all posts
terpaksa setuju yang ceritanya hmmmmm.

tak tergamak nak tulis..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita nya pendek sgt. Mgkn kalau panjang sikit ok lah.

Ni komen kawan2 aku:
1. Ruma besar2 pun si doktor kene sewa ruma lain
2. Ruma besar2 si laki tdo kt khemah padahal anak sorang yg dah besar
3. Police tak jaga SOP. Nk marah budak2 pun bukak mask. Hahaha

Anyway, ada lagi satu movie kan. Tajuk Juang. Pun mengenai covid jgk. Hopefully yg itu lagi bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 11:33 AM | Show all posts
Nana_Man replied at 11-10-2021 11:25 AM
Cerita nya pendek sgt. Mgkn kalau panjang sikit ok lah.

Ni komen kawan2 aku:

penulis skrip ambik dr kisah awal2 sop kot..

yer la awal2 kita semua mcm takut skit..x biasa....time tu SOP mmg ketat gak kan..

slps si  azmin baru SOP longgar skit

lg pun watak azhan rani tu doctor kan..dgn emma pregnat lagi..time emma meninggal pun azhan nak pegang mcm biasa pun x blh kan?


Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 11:36 AM | Show all posts
cerita ni ok ja..mesej tu ada

cuma slow..budget lak rendah..klu budget tinggi...mesti dah tunjuk ramai org kat hosp...que panjang kat roadblock la semua...

pendek kata..ada duit semua boleh jadi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2021 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku setuju... Very the kaku... Kakak polis tu dh kenaoa menjerit mcm tu... Gerak gerak khas sgt lontaran dialog. Bosan n mendatar je jln cerita....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 11:49 AM | Show all posts
aku tgk 10 min terus tutup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2021 12:06 PM | Show all posts
Nana_Man replied at 11-10-2021 11:25 AM
Cerita nya pendek sgt. Mgkn kalau panjang sikit ok lah.

Ni komen kawan2 aku:

pastu yg part azhan depan pintu OT spital tu..
doktor dah hulur mask pun tak nak pakai terus...
boleh pegang dulu...bercakap lagi.. dah habis bercakap baru sarung mask...
lemau sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun ada high expectation dgn filem ni since dpt tayang dlm netflix kan.. tambahan pulak barisan pelakon semua gred A tapi sayang seribu kali sayang banyak betul lobang sana sini. Aku rasa pengarah mcm nak habiskan cepat2 cerita ni dan mungkin konon xnak dragging. Cerita mcm ni baik buat drama 12 episod je. Kualiti pun kualiti drama.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang tahap sampah! Tak sampai 7 minit tengok aku tak mampu nak mensia-siakan hidup yang singkat ni utk tonton cerita sampah. Kabir Bhatia je yg mampu hidupkan cerita melayu sedih.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 01:10 PM | Show all posts
pxlbb replied at 11-10-2021 12:49 PM
Memang tahap sampah! Tak sampai 7 minit tengok aku tak mampu nak mensia-siakan hidup yang singkat ni ...

mcm Bisik Pada Langit tu kan..kualiti utk drama.. tapi diangkat jadi muvie pun ade kualiti...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 01:27 PM | Show all posts
husband bkk preview tgk ade muka pelawak tu apa nama x igt, terus aku ckp tak payahhhh tgk cite ni mesti kejung mejung berlakon sekor2.  ternyata serkap jarang iols mengena. haha terus dilabel filem sampah. kuikui.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 01:36 PM | Show all posts
sad truth
membosankan
dan everything too extreme
yg mandi kat lua umah tu betulla bleh terima...
tapi tidoq dalam khemah?
sewa rumah lain?
haih...mcm tak logik jer
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 01:47 PM | Show all posts
Meolls nak tekan tengok pun x sanggup. Lantas meolls tengok Disney+ citer 911
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dah byk bad rebiew tak nak tgk la. kesian pulak kt frontliner sebenar. sepatutnya jd appreciation movie utk dorg tp mehhh gitu.. kalau buat yg bkualiti mesti rakyat jd mkin kagum nampak jelas pgorbanan dorg dlm kerjaya dorg tu..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2021 04:09 PM | Show all posts
aku dah ada pengalaman seminggu excited nak tengok "Roh" tapi hasilnya hambar tunggang langgang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 05:12 PM | Show all posts
Nak kata sampah macam teruk sgt. tp serius tak rugi pon kalau tak tengok. Best lagi dokumentari pasal COVID kat Majalah 3

dia camni, kalau semua issue kau nk  dramakan  dlam duration masa sekejap pastu dgn scene saling tak berkait, mmg nampak caca marba la citer tu.  sekian dari aku yg tgok jugakla dlm setengah jam.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg sebenaqnya org tak kesah sgt pasal scene tak berapa nak ikut sop tuh
Major turn off citer ni ialah storyboard ko lah bingai
Citer dari one plot to another merepek meraban
Moral utk citer ni tak sampai, paham ke takkkk
Bukan pasal ko mampu ke tak puaskan penonton
Kesian pelakon2 telemovie sampah ko nih
Deyols yg teraniaya sebenaqnya
Bukan ko yg teraniaya ponnnnn
Ko tuh syok seniri jek

Done mengeji citer sampah round two ting ting ting
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
dh pakai pelakon gred A dan tak kayu pun still sampah ke??? haha lol. nampaknya pelakon tak kayu pn xleh buat apa kalau cerita tu hauk. so jgn nk perasan sgt pelakon pelakon acah gred A
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.064977 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list