View: 25562|Reply: 171
|
~MERGED~Teori Darwin vs Adam & Hawa
[Copy link]
|
|
Mana satu yang kita perlu ikut, agama atau sains? Agama perlu ada FAITH-believe without proof manakala sains mementingkan bukti empirikal dan logik. contoh paling senang, kewujudan manusia. mana kita perlu ikut, Teori evolusi atau agama? apa komen anda sekalian ?
[ Last edited by amazed at 20-12-2008 05:08 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
cuba baca buku Harun Yahya .. kalo dikaji Quran betul2 ..byk sains yg terkandung dlmnya .. cth ..bila tuhan jadikan alam & bumi .. dia bukan jadikan mcm magic tuh .. dia ada proses tersendiri ..logik .. cam manusia dijadikan .. organ badan kita ..semuanya logic sains yg maha hebat ..cuma alam2 roh jer yg kita tak boleh proof .. |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya kalau nak ikut sains dan agama baik kita percaya agama. sains nih sebenatnya ikut agama gak. ahli2 sains pun ada agama jugak kan?? jadik mengikut ustaz aku masa aku skolah agama dulu, ahli sains jugak percaya kadangkala percaya gak pada Allah. cuma tak nak ngaku je. cuba kita kaji sattu benda nih:
apa yg akan kita buat kalau kita nampak lalat jatuh kat dalam air kita?? jawapan org2 biasa ialah "buang je la." tapi pada yg tau kita boleh kacau air tuh dan kemudiannya ia selamat diminum. nak tau apsal?? pada kaki lalat tersebut terdapat satu kaki racun dan satu lagi penawar. jadi kalau racun ngan penawar dicampurkan takde pape la kan??
ahli2 sains baru saja menemuinya tapi sebenarnya nabi dah tau sejak beribu-ribu tahun lalu. kalau dikaji banyak lagi yg dah diketahui sejak beribu-ribu tahun lalu tapi dek sbb lebih percaya ahli2 sains yg kadangkala membuat kesimpulan dgn lambatnya, kita pun jadik lambat gak. jadik ikut la diri sendiri nak percaya yg mana satu. ~peace~ |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu kita kena suruh belajo sampai ke negeri cina, bukan mengikut bulat bulat.... |
|
|
|
|
|
|
|
itulah pasal remy........ |
|
|
|
|
|
|
|
Teori Darwin hanyalah sekadar teori shj & sampai sekarang dia tak dapat membuktikan bahawa manusia terjadi drp monyet!
Tp yg hampehnya inilah yg disuapkan pada kita sejak drp dulu lagi.
Zaman Batu, Zaman Batu Pertengahan, Zaman Besi dll. Semua ni adalah hasil drp Teori Darwin yg hampeh!! |
|
|
|
|
|
|
|
teori2 dia nih takde ke ahli2 sains yg nak kaji?? cuba buktikan dia tuh salah. musti dpt hadiah nobel la nanti. muahahahahahahahahah. akan terbukti bahawa manusia bukanlah monyet pasal kalau kita monyet mesti kita paham bahasa dia. tak gitu?? ~peace~ |
|
|
|
|
|
|
|
hmm...actually this is a tough one to answer...being a freethinker and a sceptic myself, i am bound to say - we have to believe in logic and the science of everything...
but, nevertheless, i thot if one were to have any belief, i thot, science and religion goes together. Koran teaches its followers bout both right?i did know the meaning of Yasin, and in there it states bout the constellation and the movements of the Sun and Stars. that's astronomy, a brach of science right?
and in Genesis, it meticulously described the whole process of GOD building the world, it also explains it thru the method of science, just maybe in terms which we dont recognise..(either that, or i dont ****ing understand the New King James International edition's ...)
hmm...i dont know...i'm a sceptic, but i also believe in sixth sense, OBE, telekinesis(there was at a point in my life, i thot i was a psychic too), but then, theres no logic in all those..we call those pseudo science...
[ Last edited by raeshad on 20-3-2005 at 02:09 AM ] |
|
|
|
|
|
|
liyana306 This user has been deleted
|
Originally posted by adheq at 15-3-2005 03:09 PM:
teori2 dia nih takde ke ahli2 sains yg nak kaji?? cuba buktikan dia tuh salah. musti dpt hadiah nobel la nanti. muahahahahahahahahah. akan terbukti bahawa manusia bukanlah monyet pasal kalau kita m ...
Bacalah Al-Quran atau Bible, kedua2nya menceritakan bahawa Adam adalah nenek moyang kita.
Kecuali bagi org. yg takda agama. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pk camnie jer, kenapa kita sungguh berbeza dengan binatang, hatta takder sekor binatang pun yang close dengan kita yang dikurniakan akal fikiran.. even korang kata chimpanzee tu cerdik hatta cerdik mana sekali pun mana shimpanzee mampu nak bina bangunan2 tinggi.. so korang pk laa kenapa manusia ni is so distinct, special and complicated from other animal.. dah tentu sbb kita bukan asal dari binatang.. kita ni berasal dari syurga.. dianugerahkan akal untuk berfikir.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa si Darwin tu bangsa Yahudi. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ade percanggahan antara agama & sains -> ikut agama. |
|
|
|
|
|
|
|
:hmm: ntah2 fakta2 sejarah pasal sains nih banyak yg tipo. muehehehe. adheq agak je. ~peace~ |
|
|
|
|
|
|
barambang This user has been deleted
|
Saya mengajar sejarah pun selalu ingatkan pelajar-pelajar supaya jangan terpesong akidah bila belajar zaman prehistoric. Semua maklumat yang ada dalam pelajaran sejarah di Malaysia tentang zaman prasejarah ini datangnya dari Barat. Dan bila namanya teori, belum tentu betul dan tersilap langkah... bisa terpesong akidahnya... betul nggak anak-anak?? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
betuul cikguu... :bgrin: :bgrin: :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
barambang This user has been deleted
|
Ahli-ahl sains Barat nampaknya tidak jemu-jemu dengan penelitian mereka untuk membuktikan kebenaran Teori Darwin. Kadangkala kita pun boleh terperangkap dengan kajian-kajian yang memang teoritikal dan empirik. Apatah lagi, medium penyampaiannya pun bukan alang kepalang, seperti majalah dan TV Discovery. Saya tidak menafikan kredibility Discovery tapi, kita tidak semestinya menelan bulat-bulat apa yang disampaikan oleh mereka.
Masalahnya sekarang ialah, sejauh mana usaha orang-orang Islam untuk membuktikan yang Teori Darwin ini memang rapuh hipotesisnya? Memang ada dalil dalam al-Quran tapi adakah kita berusaha menggali kebenaran Quran? Adakah pernah kita menerangkan kepada anak-anak kita dengan cara yang paling mudah tentang asal-usul manusia?
Usaha yang dilakukan oleh Harun Yahya memang patut diberi pujian, tetapi adakah kita berpuas hati sampai di situ? Wallahu alam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Mungkin sebab Mat Saleh ni byk buat kajian ke atas haiwan utk disamakan dgn perlakuan manusia. So tercetus la idea Darwin ni bhw ada kemungkinan manusia berasal dr binatang krn terdpt unsur2 kesamaan dlm tingkah laku.
Dlm hadis riwayat Muslim pun ada dinyatakan peringkat2 perkembangan seorg manusia dlm kandungan.
Darwin tu Yahudi. So mungkin beliau ada agenda serampang 2 mata kot. Mana kita tau... nak menegakkan benang basah supaya umat manusia tak nampak kebenaran Al Quran dan Al Hadis. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kisah Cinta Adam dan Hawa (Part I)
Syurga yang serba nikmat
egala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam 慳laihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).
Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.
Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.
Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.
Adam kesepian
Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?
Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.
Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.
Hawa diciptakan
Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.
Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.
Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata 揔un! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kisah Cinta Adam & Hawa (Part II)
Adam terpikat
Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.
Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.
Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: 揂duh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|