|
Proses Labu Sayong
Langkah 1 - Menyediakan tanah
Mengambil tanah dari tempat dan medium yang sesuai. Tanah ini terbahagi kepada tiga medium yang berbeza iaitu tanah biasa, pasir dan diikuti pula dengan tanah liat. Oleh itu untuk mendapatkan tanah liat, lubang perlu digali sedalam tiga kaki dari permukaan tanah.
Langkah 2 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ayor dalam labu sayung sejuk sedap......cool! Memang rasanya lain daripada yang lain. Tak percaya cubalah....
Kat perok banyak terdapat labu sayung ni. Kebanyakkan umah org perok ada labu sayung ni. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
riana_butterfly This user has been deleted
|
teringin juga nak cuba
selalu dengar citer orang jer...
dengar citer, kalau nak simpan air minuman...
dorang gunakan yg warna hitam
yg warna coklat tu utk hiasan
betul ke? riana dengar citer la...
riana tak ada labu sayong ni...
guna pon tak pernah.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dilaOHdila at 7-12-2005 04:36 PM
Ayor dalam labu sayung sejuk sedap......cool! Memang rasanya lain daripada yang lain. Tak percaya cubalah....
Kat perok banyak terdapat labu sayung ni. Kebanyakkan umah org perok ada labu sayung ni.
He he he kelako le tengok mike cakap peghak... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by riana_butterfly at 7-12-2005 06:04 PM
teringin juga nak cuba
selalu dengar citer orang jer...
dengar citer, kalau nak simpan air minuman...
dorang gunakan yg warna hitam
yg warna coklat tu utk hiasan
betul ke? riana de ...
Haah yg hitam itu sesuai utk menyimpan air minum. Air yg disimpan, apabila diminum dpt menyejukkan panas badan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by riana_butterfly at 7-12-2005 06:04 PM
teringin juga nak cuba
selalu dengar citer orang jer...
dengar citer, kalau nak simpan air minuman...
dorang gunakan yg warna hitam
yg warna coklat tu utk hiasan
betul ke? riana de ...
Baru teringat....
Di Ikea Damansara ada kedai/bengkel yg menyediakan kemudahan utk membuat seramik sendiri. Kalo tak silap 1 jam RM15 gitu.
Dah siap buat diorg akan bakar dan simpan utk kita ambil kemudian. |
|
|
|
|
|
|
grugals This user has been deleted
|
gru suka tul minum air dari dlm labu sayong..sebab sejuk..ari tu ada beli dua biji..satu warna oren tu satu gi itam..habis dua2 pecah..skang labu bukan saje utk tempat simpan air..ada tu gru tengok..buat tempat lampu..pastu tempat air pancur..
[ Last edited by grugals at 14-12-2005 05:47 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
teringat plak zaman bebudak dulu...family rae mmg ader laby sayung ni dulu..sejuk dier sebiji cam air sejuk from fridge....skang ni dah takder dahler...![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nak tya sket kat encik yg buat kajian ttg labu sayong ni? awak tau x secara detail ttg proses pembuatan labu sayong ni. i mean...mcm proses pembakaran(sintering) slalu pada suhu berapa n campuran bahan yg digunakan..apa kepentingan feldspar , clay..semua tu...n one more thing how can the color turn to black bila ditimbu dlm sekam padi tu? ada apa2 tindak balas ke or what? ---actually i'm doin' a project 'bout labu sayong--- |
|
|
|
|
|
|
|
asal nama Sayong ... sempena nama tempat Sayong kat Kuala Kangsar kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by june1456 at 8-1-2006 03:20 PM
nak tya sket kat encik yg buat kajian ttg labu sayong ni? awak tau x secara detail ttg proses pembuatan labu sayong ni. i mean...mcm proses pembakaran(sintering) slalu pada suhu berapa n campuran b ...
I pernah buat tembikar lebih kurang 5 tahun yg lalu. Sekarang tak berapa ingat la butiran yg u kemukakan itu.
I akan cuba dptkan butiran tersebut di universiti nanti. InsyaAllah
Harap tak jemu menunggu ek... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 8-1-2006 06:48 PM
I pernah buat tembikar lebih kurang 5 tahun yg lalu. Sekarang tak berapa ingat la butiran yg u kemukakan itu.
I akan cuba dptkan butiran tersebut di universiti nanti. InsyaAllah
Harap t ...
terima kasih banyak2...![](static/image/smiley/default/icon_lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Teknik Menghias
Walaupun kebanyakan dari labu-labu sekarang tidak lagi mempunyai fungsi yang tertentu, ianya dapat memdedahkan nilai-niali reka corak yang tulin dan mempunyai ciri-ciri bentuk yang asal. Perhiasan permukaannya dikenakan dengan begitu padan sekali. Semuanya adalah dengan kemahiran yang sedia ada dan menjadi satu kombinasi yang dapat menghasilkan rekaan yang begitu tinggi nilainya.
Teknik menghias bermula sejak labu-labu itu masih belum siap lagi. Jalur-jalur timbul (panai) adalah merupakan hiasan permukaan yang begitu menarik. Ia dibuat dengan menggunakan lengkaran tanah atau secubit tanah di mana ibu jari dan jari telunjuk memainkan peranan penting di atas permukaaan bentuk-bentuk labu yang masih separuh kering. Motif asal panai ialah dari buah belimbing.
Bentuk yang telah siap tetapi masih belum begitu keras, diluru atau dilicinkan dengan sejenis batu luru yang dipanggil batu lintar. Botol-botol kecil boleh juga digunakan untuk melicinkan labu. Tujuan labu-labu itu diluru ialah supaya permukaannya menjadi licin dan menambahkan lagi kekuatan labu kerana tanah-tanah yang lembut akan menutup rongga-rongga tanah yang tidak kelihatan pada pandangan mata kasar. Labu yang betul-betul licin akan mewujudkan warna hitam berkilat selepas ianya disepoh dengan sekam padi.
Motif-motif bunga yang diukir di atas sebatang kayu kecil dijadikan sebagai stamp-stamp kayu. Motif-motif yang sering digunakan untuk menghiasi permukaan labu-labu ialah seperti bunga pucuk rebung, bunga pecah empat, bunga cengkeh, bunga tanjung, bunga padi, bunga kedudut, siku keluang, bunga lawang dan bunga cakar ayam. Stamp-stamp kayu itu kemudiannya ditekan di atas permukaan labu yang telah diluru dengan teliti dan berhati-hati. Labu-labu yang telah dihias, kemudiannya diletakkan di atas rak-rak kayu sebelum ianya dikeringkan oleh cahaya matahari |
|
|
|
|
|
|
|
Latar belakang Sejarah Tembikar
Umumnya kraftangan tembikar terdapat pada semua kaum dan suku bangsa di dunia ini. Reka bentuknya spontan dengan fungsinya pada zaman itu dan menjadi punca kegiatan ekonomi masyarakat Melayu suatu ketika dahulu dan kini perusahaannya masih hidup di beberapa tempat seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak.
Di Perak saja terdapat empat tempat berasingan di mana sebahagian penduduknya melakukan perusahaan tembikar secara kecil-kecilan iaitu di Sayong, Lenggong, Krian dan Pulau Tiga. Kampung Kepala Bendang, Sayong yang terletak di daerah Kuala Kangsar dikenali tempat paling aktif menjalankan kegiatan kraf tembikar tradisional di Perak dan juga menjadi punca kegiatan ekonomi penduduk setempat. Perusahaan ini telah bermula kira-kira pada tahun 1810 iaitu semasa pemerintahan Sultan Abd. Malik Mansur Syah (1806-1825) di mana telah diperkenalkan oleh Tuk Kaluk dari suku Minangkabau.
Walaupun secara langsung telah terdapat bentuk-bentuk tembikar dari luar, kira-kira sejak tahun 1100 M terutama dengan datangnya pengaruh dari China dan beberapa peradaban luar tetapi penciptaan dan rupabentuk tradisi tetap kekal. Teknik pembuatan dan penciptaan orang Melayu tetap dalam taraf teknologi primitif. Oleh itu, teknik yang serba sederhana tukang Melayu dapat melahirkan ciptaan yang uik terutama dari segi rupa bentuk labu dan ragam hias yang mempunyai nilai dan ciri-ciri tersendiri.
Menurut cerita, dipercayai bahawa labu telah dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan yang rapat dengan istana, dikatakan telah dianugerahi tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai kepandaiannya membuat hasil pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar. Sejak itu Tuk Kaluk menyumbangkan kebolehannya membuat labu kepada penduduk kampung. Lama-kelamaan penduduk kampung tersebut pandai membuat labu hingga ke hari ini.
Penggunaan tembikar dalam kehidupan seharian memang meluas. Labu Sayong bukan sahaja digunakan oleh golongan rakyat biasa malahan golongan istana turut juga menggunakannya sebagaimana yang dicatat oleh Raja Chulan dalam Misa Melayu. Sewaktu Sultan Iskandar Zulkarnain menghilir sungai dari istana Pulau Cempaka Sari, baginda turut membawa tembikar tanah ini yang digunakan sebagai bekas air minuman dan untuk bersiram. |
|
|
|
|
|
|
|
last year,kolej ana pernah buat program desa tercinta kat sayong,kuala kangsar
puas la bergelumang dengan labu sayong..
heheh
maksud ana, labu sayong kat sane memang banyak,cantik n murah
ye la, yg besar utk minum air tu, kat sana baru rm8/rm7
but bila dah masuk pusat kraftangan(tambah2 tempat beraircond)
dekat rm40 pun ader..
![](http://i3.photobucket.com/albums/y73/snsuraya/28.jpg)
tu gambar pakcik tu tengah buat labu sayong..
ana tiada dalam gambar ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
nowadays, labu sayong bukan buat tempat isi air jer
tapi buat lampu tidur...lawa pulak tu, warna warni
ana pusing satu kampung,nak cari tabung made from labu sayong
tak jumpa jumpa..hehe..
[ Last edited by Arianna_Muchtar at 16-1-2006 12:37 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|