CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 60378|Reply: 49

GASING

[Copy link]
Post time 21-7-2006 11:59 AM | Show all posts |Read mode
Matlamat utama bermain gasing adalah untuk berhibur dan mengisi masa lapang. Selain itu, permainan ini dikatakan dapat menilai dan mengukur kemahiran seseorang untuk menghadapi pelbagai situasi. Gasing biasanya dimainkan di gelanggang yang dibuat di halaman rumah atau di bawah rimbunan pokok yang rendang.

ASAL-USUL PERMAINAN

Banyak spekulasi yang timbul berkaitan dengan asal-usul permainan ini. Ada yang menyatakan permainan ini wujud hasil penemuan buah berembang yang terdapat di pantai. Strukturnya yang bulat dan leper serta licin memudahkannya berputar ligat. Kemudian rekaan ini diadaptasi menggunakan kayu daripada kayu pokok yang lembut agar mudah dibentuk.

Selain buah berembang, ada juga yang mengatakan permainan ini berasal daripada permainan 憀aga telur'. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak dengan cara memusingkan telur dan melagakannya antara satu sama lain. Rentetan daripada itu, timbullah idea untuk mengembangkannya kepada bentuk kayu. Pada bahagian tengah dipacakkan paksi agar gasing dapat berputar dengan lebih ligat dan dalam jangka masa yang lama.

LANGKAH PEMBUATAN GASING

Kayu pokok penaga, keranji, leban tanduk dan sepan dilarik menggunakan alat pelarik mengikut bentuk, saiz dan kreativiti yang dikehendaki.

Besi paksi dibenamkan di bahagian tengah gasing supaya gasing dapat berpusing dalam keadaan seimbang ketika diputarkan.

Kepingan timah akan diletakkan di bahagian atas gasing untuk menggelakkan gasing daripada pecah ketika dipangkah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2006 12:02 PM | Show all posts
CARA BERMAIN GASING

Ada lima langkah utama dalam permainan gasing, iaitu melilit tali, melilit gasing, memusing gasing, memangkah, dan mengangkat gasing.

1. Melilit tali
Melilit tali merupakan langkah yang paling penting. Tali yang tidak diikat dengan kemas akan terurai dan berkemungkinan gasing tidak dapat berpusing dengan ligat. Terdapat dua cara melilit tali iaitu:
• Melilit di lengan
• Melilit di jari kelingking

2. Melilit gasing
Lilitan gasing akan dibuat pada bahagian leher gasing. Gasing boleh dililit menggunakan dua cara, sama ada dililit pada bahagian lengan dan kemudian dililit pada gasing ataupun melilit tali pada pokok dan kemudian dililit pada gasing.

3. Memusing gasing
Biasanya pemain gasing mempraktikkan gaya permainan secara pusingan sorong tarik atau pusingan sentap. Bagi pusingan sorong dan tarik, gasing perlu sentiasa berada dalam keadaan mengiring. Pemain akan menumpukan perhatian pada sasaran di hadapan dan badan dibongkokkan kira-kira 45 darjah. Gasing akan diayunkan dan semasa ayunan dibuat, gasing akan ditegakkan. Pusingan secara sentap pula dilakukan untuk menghasilkan pusingan yang ligat. Pemain akan berdiri dalam keadaan tegak dengan tangan yang memegang gasing menghala ke atas. Tangan pemain berada kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Ketika gasing diayunkan, pemain akan menyentap sedikit tali supaya gasing menjadi lebih ligat dan mampu berpusing lama.

4. Memangkah gasing
Pemain yang ingin memangkah gasing pihak lawan, perlu menumpukan perhatian tepat mengenai sasaran supaya gasing dapat berpusing dengan lama dan menghasilkan uri yang ligat. Terdapat empat gaya ketika memangkah, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang, dan pangkah tebang.

5. Mengangkat gasing
Gasing akan diangkat ketika masih berpusing. Tujuannya adalah untuk memastikan pusingan gasing dapat bertahan dengan lebih lama. Semasa gasing masih ligat berpusing, pemain akan cuba mengangkat gasing dan memastikan gasing tersebut tidak berhenti ketika diangkat. Sebelum gasing diangkat, pemain terlebih dahulu menentukan liuk gasing. Liuk gasing adalah pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Arah pusingan badan juga perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan gasing. Gasing akan diangkat menggunakan tali dan cokok. Untuk memastikan gasing berpusing ligat, mengangkat gasing perlu dibuat berhati-hati dan gasing perlu berada dalam keadaan tegak serta tali yang digunakan perlu tegang.

[ Last edited by  jofizo at 21-7-2006 12:05 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2006 12:03 PM | Show all posts
KAEDAH BERMAIN GASING

Gasing dimainkan dua cara, sama ada sebagai gasing uri ataupun gasing pangkah. Gasing uri biasanya dimainkan untuk melihat dan menguji ketahanan gasing berpusing. Pemenang akan diadili berdasarkan jangka masa gasing dapat berpusing. Gasing yang mampu berpusing lama dikira sebagai pemenang pertandingan. Biasanya gasing mampu berpusing lebih daripada satu jam.

Gasing pangkah pula dimainkan untuk mengetuk gasing pihak lawan dan dimainkan oleh dua buah kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada dua hingga lima orang. Sebelum permainan dimulakan, mereka akan beradu kekuatan dahulu. Pertandingan uri akan dibuat untuk memilih kumpulan memangkah dan kumpulan menanti. Gasing kumpulan yang berpusing lebih lama akan menjadi kumpulan memangkah manakala kumpulan yang kedua akan menjadi kumpulan menanti.

Kumpulan memangkah akan memangkah gasing kumpulan menanti. Tujuannya adalah untuk memecahkan gasing pihak lawan atau paling tidak, dapat menghentikan gasing pihak lawan. Tetapi jika gasing kumpulan menanti masih berpusing, jong cokok akan digunakan. Jong cokok diperbuat daripada kayu dan agak leper. Gasing yang masih berpusing akan dicokok ke permukaan jong dan jika gasing pihak menanti lebih lama berpusing, kumpulan memangkah akan bertukar menjadi kumpulan menanti dan begitulah sebaliknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2006 12:04 PM | Show all posts
JENIS-JENIS GASING

Gasing leper Kelantan hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini banyak terdapat di pasaran dan harganya mahal. Gasing uri pula terkenal di negeri Kelantan. Ia disimpai menggunakan timah, besi atau plumbum dan disimpan daripada timah. Ia digunakan untuk memusing dan jika simpainya besi, digunakan untuk memangkah.

Gasing Kuno terdapat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor dan Johor. Gasing ini biasanya digunakan untuk memangkah dan diperbuat daripada kayu merbau, ru, meranti dan keranji. Gasing jantung pula biasanya terdapat di negeri Kelantan, Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak. Ia juga dikenali sebagai gasing lundu. Satu lagi jenis gasing ialah gasing tanjung yang dimainkan oleh pemain dari Muar. Gasing ini berfungsi sebagai pengacau dan pmangkah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2006 12:08 PM | Show all posts

gasing leper

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2006 12:12 PM | Show all posts

gasing uri
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-7-2006 12:13 PM | Show all posts

gasing kuno

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2006 10:43 AM | Show all posts

salam,

I dr kecil sampai ke besar melihat permainan gasing.

Masa kecil abang2 ajar main gasing... dah dewasa tengok pelajar2 dlm pertandingan gasing.

Dulu2 gasing dibeli dan dibuat sendiri oleh budak2.  Sekarang ni tak der kot budak2 buat gasing sendiri.

Kira budak2 dulu minat berusaha dan menonjolkan sifat kreatif.  Budak2 sekarang byk imiginasi kreatif yg bukan2 je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2006 11:02 AM | Show all posts

Nasi tambah (sumber: Teori Seni KBSM)

1.        Perkataan gasing sebenarnya berasal daripada suku kata 'ka' dan 'sing'. 'Ka' ialah singkatan kayu dan 'sing' daripada perkataan pusing kerana gasing sifatnya berpusing.

2.        Gasing telah dikenal sejak zaman Kesultanan Melaka lagi.

3.        Pada ketika itu, gasing merupakan permainan yang terpenting dan popular di samping wau dan sepak raga.

4.        Bentuk gasing, cara pembuatan, dan peraturan permainannya berbeza antara negeri-negeri di Pantai Timur dengan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

5.        Gasing dari Terengganu dan Kelantan berbentuk leper, beratnya sehingga 5.4 kg, dan ukur lilitnya kira-kira 75 cm.

6.        Biasanya, gasing yang baik boleh berpusing hampir dua jam dalam satu-satu pertandingan.

7.        Musim untuk pertandingan gasing ialah selepas musim menuai di kampung-kampung yang ada sawah padi dan selepas musim buah¬buahan di kampung-kampung yang tidak ada sawah.

8.        Musim permainan selalunya berlanjutan hingga berbulan-bulan lamanya. Biasanya ketua pasukan akan berpuasa sehari sebelum pertandingandiadakan dan upaeara jampi akan diadakan terlebih dahulu sebelum a<;ara pertandingan diadakan.

9.        Perlawanan seeara persahabatan sering diadakan di antara satu kampung dengan kampung lain.

10.        Gasing boleh dibuat dalam berbagai ukuran.

Contoh: Gasing berembang dibuat mengikut piawai yang diterima umum, iaitu antara 35 cm - 45 cm lilitan.

11.        Gasing yang amat popular ialah gasing telur dan gasing berembang.

12.        Kini, permainan gasing telah diiktiraf sebagai salah satu permainan tradisi rakyat Malaysia.

13.        Di negeri Terengganu terdapat tiga buah gelanggang permainan gasing yang sesuai untuk dijalankan segalapertandingan gasing peringkat daerah, negeri, ataupun kebangsaan.

14.        Persatuan Gasing Malaysia (PEGAMA) telah memainkan peranan penting dalam memperkembangkan permainan tradisional in: dengan mengadakan pertandingan gasinf peringkat kebangsaan setiap dua tahun sekali

15.        Selain daripada itu, ahli-ahli persatuan juga telah menjelajah ke beberapa negara untuk memperkenalkan gasing.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 11:03 AM | Show all posts

Jenis-jenis gasing untuk pertandingan

1.        Gasing bentuk berembang

2.        Gasing bentuk jantung

3.        Gasing bentuk kepala

4.        Gasing bentuk piring

5.        Gasing bentuk telur

6.        Gasing bentuk labu

7.        Gasing bentuk kelawar

8.        Gasing Cina, iaitu gasing yang digunakar: oleh kanak-kanak. Gasing jenis ini lebih kurang sebesar telur ayam. Paksinya dibua: daripada paku yang panjangnya kira-kira .1 em. Tali yang digunakan untuk memusingn::: ialah tali kail.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 11:05 AM | Show all posts

Proses membuat gasing

Bahan
1.        Gasing boleh diperbuat daripada sebarang jenis kayu, iaitu daripada kayu yang paling keras hinggalah yang paling lembut.

2.        Gasing yang keras diperbuat daripada kayu jenis terpilih yang tahan dan tidak mudah pecah, berpusing ligat, dan tenang ketika dimainkan.

3.        Kayu koran adalah jenis yang terbaik tetapi sukar diperoleh.

4.        Kayu bakau banyak digunakan untuk membuat gasing kerana sifatnya yang keras, tidak mudah pecah, tidak begitu imbal, dan mudah pula didapati.

5.        Kayu ciku dan petai juga sesuai untuk membuat gasing walaupun lebih ringan dari kayu koran dan bakau.

6.        Kayu johol dan keradah juga sering digunakan untuk membuat gasing.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 11:08 AM | Show all posts

Proses penyediaan gasing

1.        Tukang gasing yang biasanya memiliki bakat dalam bidang seni ukir itu akan mencari kayu untuk dibuat gasing. Kayu yang dipilih adalah daripada jenis keranji, tembusu, sepan, penaga, leban tanduk, merbau, bakau, johol, dan keradah yang mana banyak didapati di dalam hutan atau di pinggir hutan.

2.        Terdapat juga gasing yang diperbuat daripada kayu yang lembut seperti kayu limau, kayu asam jawa, dan kayu manggis yang mana mudah didapati di kawasan kampung.

3.        Bahagian kayu yang diambil biasanya daripada bahagian teras atau bahagian umbi pokok kerana di bahagian yang tersebut kayunya adalah lebih keras.

4.        Kayu yang diambil dijemur sehingga benar&not;benar kering untuk menjamin gasing yang dihasilkan mempunyai imbangan yang betul agar boleh berpusing lama.

5.        Kayu yang kering ditarah dengan kapak menjadi seakan-akan dua piring bertangkup muka.

6.        Sebuah lubang ditebuk di bahagian tengah kayu dengan menggunakan gerudi.

7.        Paku yang berukuran kira-kira 9 em panjang ditukul ke dalam lubang sehingga meninggalkan kira-kira 2.5 em di bahagian luar kayu.

8.        Kayu dilarik untuk dijadikan gasing mengikut bentuk dan saiz yang dikehendaki.

9.        Gasing yang telah siap digilap dengan menggunakan kertas pasir, kemudian dieat, divarnis, ataupun terus digunakan.

10.        Gasing yang dibuat dengan tangan memerlukan masa selama satu hingga dua hari untuk menyiapkannya.

11.        Gasing yang dibuat dengan mesin boleh disiapkan dalam masa satu atau dua jam sahaja, dan hasil buatannya juga lebih halus dan licin.

12.        Gasing yang dipasang dengan logam adalah yang bermutu tinggi. Logam mula dipasang pada gasing pada awal tahun 1930-an. Gasing leper yang popular di Terengganu selalunya dipasang dengan logam.

13.        Pembuat-pembuat gasing membuat tali gasing dengan tangan sahaja.

14.        Tali gasing diperbuat daripada sabut atau benang kasar.

15.        Pada masa sekarang, tali guni ban yak digunakan sebagai tali gasing walaupun binaannya tidak begitu kukuh.

16.        Tali dipintal sedikit demi sedikit sehingga menjadi tali sepanjang kira-kira 3.7 meter.

17.        Di bahagian pangkal tali dijadikan lebih besar dari bahagian hujung dan dibiarkan berambu.

18.        Tali gasing dililit dengan rapi pada gasing.

19.        Untuk menjamin tali supaya tidak terburai. sejenis getah yang dikenal sebagai getah kepucu digunakan. Getah disapu pada bahagian tali dan permukaan gasing.

20. Pembuatan tali gasing memerlukan masa antara dua hingga tiga jam.

21. Melilit tali pada gasing memerlukan kemahiran yang tertentu. Biasanya pangkal tali diikat pada sebatang pokok. Hujung tali pula diikat pada gasing. Beberapa orang pembantu membantu si pemain melilit sedikit demi sedikit tali agar kemas dan kuat. Kemudian pangkal tali diikat pad a lengan kanan si pemain sebelum gasing dilontarkan ke daJam gelanggang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 11:11 AM | Show all posts

Permainan gasing

1.        Gasing berpaku dimainkan di ka"wasan tanah liat manakala gasing telur di kawasan tanah berpasir.

2.        Gasing pangkah amat popular di negeri Kelantan.

3.        Permainan gasing pusing:

(a) Dimainkan oleh duapasukan, satu regu mempunyai lima orang pemain.

(b) Pemain-pemain dalam regu akan menghidupkan gasing bersilih ganti dengan pihak lawan.

(c) Gasing yang sedang berpusing ligat perlu diangkat.

(d) Seorang pembantu akan menyodok gasing dengan menggunakan penyodok.

(e) Gasing diletakkan di atas pelapik logam yang dipanggil lopoh.

(f) Gasing itu akan terus berpusing untuk beberapa lama.

(g) Gasing yang mati dahulu akan mendapat satu mata manakala yang terakhir mati akan mendapat sepuluh mata.

(h) Setiap mata akan dicampurkan.

(i) Pasukan yang mendapat jumlah mata yang paling .banyak dikira sebagai pemenang.

4.        Permainan gasing pangkah:

(a) Permainan gasing pangkah memerlukan satu pasukan yang terdiri daripada 12 orang pemain (tidak termasuk pemain&not;pemain simpanan).

(b) Para pemain dibahagikan pula kepada tiga 'gu' (regu).

(e) Setiap ahli mesti memiliki sekurang&not;kurangnya dua biji gasing.

(d) Dua regu akan bermain dalam masa satu jam di gelanggang yang seluas 2.7 meter persegi. Pemain akan memilih satu daripada empat bulatan yang ada di dalam gelanggang.

(e) Setelah undian dibuat, salah satu regu akan menghidupkan gasing di tengah&not;tengah bulatan dan regu yang menang akan 'memangkah' gasing-gasing tersebut. Dua markah diberi kepada pemangkah yang berjaya mengeluarkan gasing-gasing dari bulatan.

(f) Pemain gasing tidak boleh memeeahkan gasing lawan. Dia mesti mematuhi arahan pengadil dan bermain dalam tempoh yang ditetapkan.

(g) Gasing yang terpelanting keluar boleh ditahan dengan tangan bukannya kaki. (h) Gasing tidak boleh dilambung, disepak, atau dieampak ketika diberi kepada pihak lawan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 11:46 AM | Show all posts

Bentuk2 Gasing

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 11:47 AM | Show all posts

Proses Buat Gasing


Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 11:48 AM | Show all posts

Permainan Gasing

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2007 11:37 AM | Show all posts

tali gasing

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2007 11:38 AM | Show all posts

paksi gasing

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2007 11:39 AM | Show all posts

menyimpan gasing

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2007 11:40 AM | Show all posts

jenis kayu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.156031 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list