CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7346|Reply: 50

daulat tuanku!

[Copy link]
Post time 8-10-2006 07:04 PM | Show all posts |Read mode
Raja Nazrin minta Salleh buatkan sepasang kasut
Oleh: NORLIZA ABD.RAHMAN

RAJA Nazrin Shah menyerahkan sumbangan kepada bekas banduan yang menjalani hukuman penjara paling lama di negara ini, Salleh Talib ketika menerima menghadap di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak, semalam. Turut hadir, Tajol Rosli Ghazali.

KUALA KANGSAR 7 Okt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2006 10:03 PM | Show all posts
but..still single..




[size=-2]Grow old along with me

Ramadhan Datang Lagi    
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 08:44 AM | Show all posts
nazrin pn single lg mcm pakcik tue...bila agaknye si Nazrin ni nak kawin yek..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 08:54 AM | Show all posts

Reply #3 Pikir's post

tunggu pakcik tu kawen dulu kot...tak baik langkah bendul....
kui kui kui....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 09:01 AM | Show all posts
pak rashid tu duduk kuala kangsor gak ker????
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 09:40 AM | Show all posts

Reply #3 Pikir's post

nazrin tunggu teman tu... sabo bang!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2006 10:13 AM | Show all posts
sayu pulak aku baca berita ni..tak ramai orang yang berbasib baik macam pak rashid ni..biasa orang keluar penjara mendapat cemuhan dari masyarakat sekeliling..tapi diorang berdua dah menjadi banduan popular pulak..teringat pulak citer Prison Break:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 11:00 AM | Show all posts

Reply #6 kebayan's post

iye ke??..nazrin tunggu kome akil baligh ke ape?..hihihi
btw brape dah umo nazrin ni yek? dah dekat 50 ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2006 01:19 PM | Show all posts
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
AWANG yakin Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah, telah menambat hati ramai apabila baginda memberi perhatian peribadi kepada dua orang bekas banduan yang baru sahaja dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara 30 tahun.

Apa yang baginda lakukan itu
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 01:29 PM | Show all posts
Alhamdulillahhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 02:18 PM | Show all posts
aku lebih tertarik dgn cerita bekas banduan tersebut,

ianya menimbulkan keinsafan kpd kita semua

agar berhati2 dlm setiap perbuatan

terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan sengsara

30 tahun satu jangka masa yg lama, tapi ALLAH maha besar

akhirnya keinsafannya menemukan kebahagiaan
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 02:57 PM | Show all posts
Ya, memang betul bertuahlah sesiapa yang mendapat petunjuk selepas melakukan kesilapan berbanding orang yang melakukan kesilapan tapi tidak menyedarinya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 03:08 PM | Show all posts
bagus lah...banduan tak patut di sisihkan ...usaha Raja Nazrin ni mmg patut dipuji..memberi perluang kepada mereka untuk terus bernafas di muka bumi ini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2006 08:45 AM | Show all posts
Originally posted by selipeh at 10-10-2006 12:59 AM
kalau hang pa nak tau lagi...masa gempa yogjakarta dulu....dia pegi sendiri sampaikan bantuan kecemasan, sedekah dari rakyat negeri perak dari seluruh masjis negeri perak...tade kecoh2 pun panggil tv wat liputan, relax jek dia.....nih laaa kelebihan Raja Muda negeri aku yg tercinta  


http://forum.cari.com.my/viewthr ... p;extra=&page=2

(terimakasih, selipeh)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2006 09:52 AM | Show all posts

baru aku perasan..

"...Raja Nazrin yang kelihatan mesra berbual-bual dengan Pak Rashid dalam loghat Perak... meminta supaya Majlis Agama Islam Perak (MAIP) mendapatkan khidmat Pak Rashid memberi motivasi dan ceramah.."

dalam loghat perak tuh.. he he he..  cayalah!

tapi loghat perak yang mana satu ye?  kat perak ni ada macam-macam loghat..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 12:26 AM | Show all posts
attee, wehh!!!

Sabtu ni 14 Oktober, teman dijemput ke majlis berbuka puasa dgn tuanku di Istana Iskandariah... bukan leee teman sorang tapi para pendidik IPT anak kelahiran atau berkhidmat di Perak. dulu dia dah jemput dinner sekali. merasa teman berbual pendek dgn Tuanku ttg nasib rugby Perak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2006 02:49 AM | Show all posts

Reply #15 Gemukkkkkkk's post

ate lorat kuale ler yg di bawak nya
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 08:20 AM | Show all posts

Reply #16 spitfire007's post

nanti kirim salam savvy kat tuanku tau...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 01:02 PM | Show all posts
tapi tuanku azlan lebih suka berjenaka dari nazrin... nazrin ni nampak macam serious sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 12:53 PM | Show all posts
Pak Rashid tanam cili sara hidup


TAIPING: Anggapan Salleh Talib, 57 atau Pak Rashid bahawa apabila bebas, masyarakat mungkin tidak menerimanya kerana sudah 30 tahun merengkuk dalam penjara ternyata meleset.





Salleh berkata, sejak dia bebas pada 3 Oktober lalu sehingga ini bukan saja masyarakat kampungnya iaitu di Kampung Dusun Madinah, Changkat Jering, dekat sini tetapi masyarakat luar juga menerimanya tanpa sebarang perasaan benci atau menyisihkannya.

Beliau berkata, sejak 10 hari ia dibebaskan ramai orang datang ke rumahnya bertanya khabar dan mereka mesra berbual panjang dan ada yang datang membawa buah tangan.

"Saya gembira dapat bersembahyang Tarawih di surau berhampiran iaitu di Kampung Batu 7, dan paling memberi keinsafan kepada saya semua jemaah surau menerima saya dengan baik,

"Yang datang bertanya khabar bukan saja orang biasa, tetapi juga ada orang kenamaan dan mereka seperti keluarga dan keadaan ini benar-benar memberi keinsafan kepada saya," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Salleh dibebaskan dari Penjara Taiping pada 3 Oktober lalu selepas menjalani hukuman penjara sepanjang hayat bermula pada 1976 pada usia 27 tahun.

Turut melawat beliau semalam, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Tan Lean Hoe yang membawa Salleh berbelanja di sebuah pasar raya dekat sini bagi menyambut Aidilfitri.

Salleh turut membeli dua helai seluar dan dua baju kemeja serta sehelai baju batik.

Beliau berkata, kelmarin, Tan juga turut menyumbangkan 1,005 anak cili merah yang diletakkan dalam polibeg untuk membolehkan dia menanam cili di kawasan rumahnya.

"Selain itu, YB Tan turut membeli beberapa peralatan lain berkaitan seperti wayar, pagar, pam air, air dan lain-lain berjumlah kira-kira RM5,000.

"Saya akan menetap di rumah adik saya di Kampung Dusun Madinah dan menjalankan kegiatan pertanian menanam cili dalam polibeg secara sistem fertigasi," katanya gembira dengan sumbangan itu.

"Saya sudah bersihkan dua daripada tiga hektar tanah di Kampung Dusun Madinah dengan traktor yang disewa untuk dijadikan kawasan tanaman cili merah yang dibekalkan Datuk Tan," katanya.

Salleh berkata, dia juga bercadang membuat kasut, tali pinggang, beg dan sebagainya daripada kulit secara sambilan bergantung kepada tempahan berdasarkan kemahiran yang diperoleh selama berada di penjara.

Sementara itu, Tan berkata, beliau bersimpati dengan nasib Salleh dan mahu membantunya menjalankan perusahaan menanam cili merah.

"Kelmarin saya sumbangkan 1,005 benih cili merah dan peralatan untuk Pak Rashid (Salleh) usahakan tanaman cili dalam tanah miliknya di Kampung Dusun Madinah.

"Selepas dua setengah bulan, cili merah boleh berbuah dan memberi pendapatan jualan borong RM60 sehari atau jualan borong RM10 sekilogram," katanya yang yakin dengan kemampuan Salleh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.590832 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list