CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8165|Reply: 20

Ahmad Nawab Seniman Negara

[Copy link]
Post time 20-11-2006 09:14 AM | Show all posts |Read mode
Ahmad Nawab Seniman Negara

KUALA LUMPUR 19 Nov.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2006 09:22 AM | Show all posts

Antara artikel ttg beliau

Datuk Ahmad Nawab

Nostalgia: Jiwa seni dalam diri Ahmad Nawab tidak pernah mati
Oleh Zainuri Misfar

Belajar main saksofon, dalami muzik daripada The King of Trumpet di Kabaret BB Park

揝AYA bukan minta emas...,
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 09:25 AM | Show all posts
die ni keturunan shah rukh khan khan ek...hhehehe..
Reply

Use magic Report

eyenee This user has been deleted
Post time 20-11-2006 03:55 PM | Show all posts
tahniah ahmad nawab. he deserved that.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 05:05 PM | Show all posts
he deserver iy indeed!!....aku minat ngan hasil kerja ahmad nawab nih....tahniah....

zahim albakri pon mng gak yek??....hmmm...congrat ler...dier tuh x letih2 blakon teater...
Reply

Use magic Report

3sya This user has been deleted
Post time 20-11-2006 11:02 PM | Show all posts
ahmad nawab memang layak menerima anugerah seniman.

tahniah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2006 06:28 AM | Show all posts
Hargai muzik Melayu

MUKADIMAH
TIDAK mudah mencipta nama apalagi untuk sampai ke tahap tertinggi bergelar Seniman Negara. Tidak makan selama tiga hari dan tidur beralaskan surat khabar hanyalah sebahagian keperitan hidup yang terpaksa ditanggung Datuk Ahmad Nawab, 73, sebelum berjaya mencipta nama.

Pernah bekerja di Bukit Bintang Cabaret atau BB Park, karyanya juga pernah ditolak Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee gara-gara dia 憈iada nama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2006 11:08 AM | Show all posts
Tuesday, May 17, 2005
Ahmad Nawab: Jatuh bangun bersama muzik



Bersama anugerah dan pencapaiannya dalam bidang muzik selama 40 tahun

TIDAK keterlaluan kalau dikatakan Datuk Ahmad Nawab adalah komposer yang paling banyak sekali menyumbang karyanya dalam bidang seni suara tempatan. Perkara itu dapat dilihat melalui jumlah lagu-lagu yang telah dicipta dan jasanya dalam mendidik ramai penyanyi hingga dikenali ramai. Jamal Abdillah, Datuk Sharifah Aini, Ramlah Ram, Uji Rashid, Hail Amir dan D.J.Dave adalah antara `anak-anak didik' komposer berasal dari Pulau Pinang ini. Bapa kepada enam anak dan empat cucu ini juga merupakan satu-satunya anak seni tempatan yang mendapat pengiktirafan tertinggi iaitu ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000.

Baru-baru ini Mega sempat berkunjung ke kediaman komposer berusia 60-an ini di Gombak, Selangor untuk berkongsi pendapat dan pengalamannya dalam bidang seni.

Apa aktiviti Datuk selepas lama menyepikan diri?

AHMAD NAWAB: Saya masih aktif berkarya dan antara lagu terbaru ciptaan saya berjudul NAM yang dijadikan lagu tema Mesyuarat Menteri Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini.

Datuk mencipta lagu pada usia 16 tahun. Terlalu muda. Boleh Datuk ceritakan sikit penglibatan pertama Datuk sebagai komposer.

AHMAD NAWAB: Lagu Bintang Malam adalah lagu pertama ciptaan saya. Ketika itu saya baru berusia 16 tahun. Lagu itu pertama kali dinyanyikan oleh Zaharah Agus. Kemudian dinyanyikan semula oleh Saloma dan ia dimuatkan menerusi filem Do Re Mi. Uji Rashid dan Hetty Koes Endang juga pernah menyanyikan semula lagu itu.

Sebagai komposer, apakah kejayaan yang paling tinggi pernah Datuk capai?

AHMAD NAWAB: Pencapaian saya yang paling tinggi ialah apabila lagu ciptaan saya, Malaysia Truly Asia dirakamkan dalam 17 bahasa. Antaranya dalam bahasa Sepanyol, Perancis, Belanda, Jerman, Rusia, Arab, Turki, Itali, Jepun, Korea, Thailand dan Bangladesh. Lagu itu digunakan oleh Kementerian Pelancongan untuk mempromosikan Malaysia di luar negara.

Orang kata bayaran komposer cukup mahal. Datuk sendiri bagaimana? Berapa bayaran terendah pernah Datuk terima?

AHMAD NAWAB: Lagu ciptaan saya yang berjudul Kaulah Harapanku adalah lagu ciptaan saya yang paling murah. Saya dibayar RM5 untuk mencipta lagu itu yang dinyanyikan oleh Saloma.

Pengalaman pahit Datuk sepanjang menjadi anak seni?

AHMAD NAWAB: Pada tahun 1960-an, saya pernah tiga hari tidak makan kerana tidak ada wang. Ketika itu, saya cari makan dengan bermain muzik di kelab-kelab malam dan pendapatan pula tidak menentu.

Album terbitan Datuk yang manakah yang paling mendapat sambutan daripada peminat?

AHMAD NAWAB: Album Kau Kunci Cintaku (Di Dalam Hatimu) nyanyian Ramlah Ram. Album itu saya terbitkan pada tahun 1988 dan ia berjaya dijual 400,000 unit.

Apa komen Datuk tentang komposer-komposer muda hari ini?

AHMAD NAWAB: Pada pendapat saya, ramai komposer sekarang ini yang tidak menyelami terlebih dulu karakter penyanyi yang bakal menyanyikan lagu ciptaannya itu. Seorang komposer itu harus mengambil masa dan mencari kesesuaian di antara lagu dan penyanyi itu sendiri. Jangan setakat mencipta lagu dan menjualnya secara sewenang-wenangnya kepada syarikat rakaman.

Jadi, buat masa ini penyanyi manakah yang paling sesuai untuk menyanyikan lagu-lagu ciptaan Datuk?

AHMAD NAWAB: Siti Nurhaliza. Sebabnya dia sudah membuktikan kepada saya bahawa dia mampu menyanyikan lagu-lagu ciptaan saya dengan baik. Siti misalnya pernah menyanyikan lagu-lagu saya yang berjudul Hapuslah Airmatamu dan Seiring Sejalan pada satu persembahan. Saya sendiri menyaksikan persembahan itu. Saya rasa Siti buat home work sebelum dia menyanyikan sesebuah lagu.

Sepanjang menjadi komposer, berapakah jumlah lagu yang telah Datuk cipta?

AHMAD NAWAB: Setakat ini, saya telah mencipta hampir 2,000 buah lagu dan menerbitkan kira-kira 500 buah album. Saya juga pernah membimbing 75 orang penyanyi. Dua lagu ciptaan saya yang berjudul Ilham Tiba dan Taman Firdausi juga pernah dinyanyikan oleh P. Ramlee.

Bagi Datuk, apakah sumber inspirasi yang terbaik bagi mencetuskan ilham dalam mencipta lagu?

AHMAD NAWAB: Bagi saya, perempuan. Sama ada isteri, kekasih atau ibu, mudah mencetuskan ilham dalam mencipta lagu. Ini kerana, dalam diri mereka ada unsur kelembutan, kecantikan dan sebagainya. Contohnya, sebuah lagu cinta, dihasilkan kerana seseorang itu putus cinta.

Sampai bila Datuk mahu meneruskan karier sebagai komposer?

AHMAD NAWAB: Sebagai anak seni, saya tidak pernah merasa puas dalam mencipta lagu. Saya akan terus mencipta lagu hingga ke akhir hayat saya, insya-Allah.



TQ. link: http://tokoh.blogspot.com/2005/0 ... -bersama-muzik.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2006 11:33 AM | Show all posts
Industri muzik perlu pembelaan semua pihak
Ahad, Sep 22, 2002
Source : Mingguan Malaysia

SANUBARI seorang seniman tulen bukan mudah untuk ditelahi meskipun pohon seninya berdiri di tengah jantung seribu kota dan desa.

Seorang seniman tulen juga tidak wujud di ruang kosong. Seluruh karyanya bernafas dalam rongga bangsanya.

Namun begitu, jiwa dan naluri seorang seniman tetap menjadi laut rahsia yang sukar diselami. Karyanya persis hutan dara yang tidak jemu-jemu diteroka dan dikupas bicara di pelbagai arena cendekiawan bangsanya.

Marahnya sering disalahtafsirkan sebagai amarah benci yang membakar. Sabarnya acapkali menjadi perkakas manusia yang haloba.

Seorang seniman yang berjasa sanubarinya penuh luka perasaan dan duka naluri, saban hari meratapi hala tuju seni bangsanya yang semakin hari semakin kabur dan dangkal akar peradabannya.

Ironinya, masyarakat kita lebih cenderung untuk memartabatkan budaya popular yang tempang akar budayanya. Lantas, kita acapkali hanya meratapi pemergian seorang seniman setelah lahad terbuka dan keranda diturunkan.

Hanya selepas itu namanya menjadi gah, jasanya diberikan bintang anugerah, dan kita menjadi bangsa yang sentiasa menaruh sesal di hujung jalan. Begitulah lumrah perjalanan hidup seorang seniman yang diungkapkan Sasterawan Negara Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang dalam puisinya yang berjudul Arca dan Puisi (1973).

Dalam wawancara bersama Datuk Dr. Ahmad Nawab Khan selama hampir tiga jam pada Rabu lalu, Mingguan cuba membongkar gejolak jiwa, impian dan akar rasa seorang seniman yang tepu jiwa kemelayuannya, tetapi hanya baru kini diiktiraf secara sepatutnya.

Benar, ada kalanya Ahmad Nawab menghasilkan karya-karya yang mengikut arus muzik sezaman, namun karya-karya tersebut diadun dengan rencahan ritma kemelayuan.

Demikianlah seniman Ahmad Nawab yang walau sesudah empat dekad berlalu dan setelah lebih 2,000 lagunya mencipta pelbagai mercu di persada seni, beliau belum pernah tandus idea dalam gempar peralihan trend industri muzik bangsanya.

Berbual dengannya membuahkan rasa kagum yang makin menebal dan menggunung. Karya-karya seniman ini ternyata masih berbisa.

Seperti yang diduga, belum pernah terpercik rasa puas di sanubari seniman kelahiran Pulau Mutiara ini, jauh sekali istilah bosan atau jelak berkarya meskipun pada usia emasnya.

Katanya, sebagai insan yang dianugerahkan bakat dan kefahaman tuntas dalam bidang seni, beliau berasa seolah-olah dipertanggungjawabkan untuk terus berusaha memartabatkan khazanah seni bangsanya.

``Sebagai hamba seni, saya berpendapat kerja-kerja berkarya merupakan tanggungjawab saya kepada negara,'' kata Ahmad Nawab yang masih terharu dengan penghormatan yang diberikan oleh kerajaan kepadanya untuk mencipta lagu Malaysia Truly Asia yang dirakamkan dalam 17 bahasa antarabangsa.

Namun, berkarya bagi seniman ini hanya satu-satunya kudrat yang beliau ada untuk memastikan dunia muzik Melayu terus berkembang dan sekali gus membebaskan industri muzik Malaysia daripada cengkaman `penjajah asing' yang kian bermaharajalela.

Hakikatnya, Ahmad Nawab begitu kecewa melihat karyawan Melayu tanah air secara terang-terangan dan terus-terusan akur dan tunduk kepada dasar yang direncanakan oleh tenaga asing yang hanya mengenal harta dan laba.

Sebagai komposer yang luas buana pengalamannya, beliau tidak menafikan betapa jauh di sudut hati terdetik rasa terkilan dengan sikap sebilangan besar karyawan muda yang enggan mengambil inisiatif menimba ilmu daripada orang lama.

``Malaysia melahirkan ramai ahli muzik yang hebat dan berilmu tinggi, malangnya tidak ada generasi muda datang meminta khidmat nasihat daripada mereka,'' tegasnya penuh kesal.

Seandainya kita melihat fenomena yang wujud dalam industri seni kontemporari, kekecewaan Ahmad Nawab ternyata mempunyai asas yang kukuh.

Secara metaforanya, sebuah industri seni yang gah persis sebuah cermin berbingkai yang memancarkan budaya bangsanya. Pancaran itu bersandarkan bintang-bintang yang dilahirkan oleh para karyawan industri seni. Pudar imej dan kabur arca industri terpikul di bahu para karyawannya.

Maka tidak hairanlah jika Ahmad Nawab turut menyelar sebilangan penyanyi generasi muda yang kian hilang identiti mereka hanya semata-mata ingin mengejar status glamor yang membuta tuli.

``Saya berharap karyawan dan artis generasi muda akan bekerja seikhlas mungkin. Ketepikan kepentingan peribadi. Sebaliknya berkorbanlah demi memartabatkan seni tanah air,'' pesan komposer legenda ini yang telah banyak mengorbankan kepentingan peribadi semata-mata untuk maruah seni tanah air.

Berbeza dengan senario dunia seni silam, Ahmad Nawab berkata, dunia seni hari ini semakin bercelaru dengan kehadiran artis-artis muda yang tidak mempunyai personaliti tersendiri.

``Senario muzik kini begitu sukar untuk saya membezakan siapa penyanyi yang memiliki identiti tersendiri kerana kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang hampir sama,'' katanya.

Mengimbau kembali zaman kegemilangan beliau, Ahmad Nawab merupakan antara komposer yang cukup teliti dan selektif dalam mendidik dan mengasuh bintang-bintang muda untuk menjadi artis rakamannya.

Justeru, tidak hairanlah jika kesemua 75 artis yang pernah digilap dan disepuh bakat seninya oleh Ahmad Nawab mempunyai karakter dan personaliti tersendiri.

Hakikatnya, bintang-bintang legenda seperti Sharifah Aini, Salamiah Hassan, Khatijah Ibrahim, D.J. Dave, Jamal Abdillah, Ramlah Ram dan banyak lagi, telah dinilai oleh beliau berdasarkan tiga kriteria iaitu personaliti, karakter dan kategori vokal mereka dalam menyampaikan sesebuah lagu.

``Saya akan memerhati setiap inci pergerakan mereka dan kemudian saya akan melakukan eksperimen dengan memberi mereka peluang merakamkan karya saya mengikut kemampuan mereka.

``Dari situ saya boleh menilai karakter mereka dan terus membentuk mereka mengikut genre lagu yang bersesuaian dengan jiwa dan peribadi mereka,'' jelasnya.

Menyentuh dakwaan kononnya Jamal Abdillah merupakan anak emasnya, Ahmad Nawab menjelaskan bahawa beliau sedikit pun tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih kepada mana-mana artis bimbingannya.

``Label anak emas itu diberikan oleh wartawan hiburan terkenal ketika itu Bahyah Mahmood (BAM) yang merupakan kawan baik saya. BAM sekadar mengusik dalam tulisannya dan kemudian ia menjadi sebutan ramai,'' katanya.

Namun begitu, Ahmad Nawab tidak menafikan, hubungan beliau dengan Jamal Abdillah begitu akrab seperti hubungan seorang anak dengan bapa lantaran Jamal sering berkongsi masalah peribadi bersamanya.

Meskipun begitu, Jamal tetap profesional dalam berkarya.

Berhubung kontroversi kerenggangan hubungannya dengan beberapa artis bimbingan beliau khususnya Uji Rashid dan Hail Amir, Ahmad Nawab enggan mengulas lanjut. Pada pandangan beliau, tidak ada apa-apa yang perlu diperbesar-besarkan lagi.

``Saya bukan manusia pendendam. Saya sentiasa memaafkan sesiapa saja yang melakukan kesilapan,'' ujarnya ringkas. Dia kemudian merenung jauh.

Pada saat ini, Ahmad Nawab hanya mahu berkongsi kegembiraan atas kejayaan Konsert Melodi Emas yang dipentaskan di Istana Budaya pada 13-15 September baru-baru ini.

``Sudah lama saya menanti konsert tersebut kerana terlalu banyak janji yang pernah ditaburi oleh pelbagai pihak sebelum ini,'' katanya. Ahmad Nawab berterima kasih kepada Ketua Pengarah Istana Budaya, Dr. Hatta Azad Khan yang merealisasikan hasrat dan impiannya.

Kita mengharapkan lebih ramai warga korporat akan tampil mementaskan konsert sebegitu dan tidak semata-mata mengharapkan badan-badan kerajaan. Seharusnya semua pihak berasa terpanggil dengan tanggungjawab memperkasakan budaya bangsa yang sebegini.

Inilah yang telah berulang kali dibicarakan oleh Allahyarham Usman Awang. Kewajaran ini bukan sekadar persoalan sosial-budaya, bahkan ia menyentuh perihal ekonomi, politik dan perbendaharaan serta khazanah seni tanah air. inilah juga yang menjadi harapan Ahmad Nawab.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2006 11:35 AM | Show all posts
GIGIH BANTU ARTIS VETERAN
Isnin, May 23, 2005
Source : Harian Metro

CATURAN Emas Sdn Bhd, yang diasaskan oleh Datuk Mustapha Maarof, Senator Jins Shamsuddin dan Datuk Dr Ahmad Nawab bukan sekadar produksi perfileman atau pembekal rancangan.

Malah ia berperanan lebih daripada itu apabila bertanggungjawab menampung dana keperluan 10 artis veteran yang dipilih oleh pihak Kementerian Penerangan.

Menurut Mustapha, sebagai permulaan menggerakkan aktiviti dana berkenaan pihaknya mengemukakan lima kertas cadangan untuk siaran televisyen kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Kertas cadangan itu sebahagian usaha kami untuk memenuhi slot 190 jam yang diberikan RTM kepada Colorama Filem sebelum ini.

"Memandangkan berlakunya kesilapan teknikal pada pengurusan syarikat terdahulu, misalnya ketiadaan rekod laporan semasa, RTM mengeluarkan satu surat penarikan semula slot pada Colorama Filem ekoran kegagalan memenuhi
garis panduan stesen berkenaan.

"Sebenarnya waktu itu Colorama masih baru dan banyak perkara mengenai pengurusan syarikat tidak lengkap. Disebabkan itu Caturan Emas Sdn Bhd ditubuhkan bersama daya kerja lebih sistematik sekali gus mengambil alih
tugasan slot 190 jam yang dipertanggungjawabkan RTM.

"Perbincangan lanjutan dengan pihak Kementerian Penerangan akan diadakan Jumaat ini (20 Mei). Mengenai dana 10 artis veteran, ia adalah aktiviti kebajikan yang termaktub dalam perjanjian asal dengan RTM sebelum ini.

"Bagaimana cara dana itu diperolehi, ia berdasarkan penjualan produk menerusi slot 190 jam kepada pihak RTM. Mengikut pengiraan syarikat Caturan Emas hanya memperolehi 30 peratus dari keuntungan produk manakala 70 peratus lagi diagihkan pada dana berkenaan," katanya.

Tambah Mustapha, mengikut perancangan asal dana bulanan atau dianggap wang pencen ini perlu diagihkan pada bulan Mac lalu bagaimanapun disebabkan masalah teknikal syarikat pengurusan yang lalu penyerahannya terpaksa ditangguh seketika.

Bagaimanapun Rabu lalu, selepas melalui pelbagai kesulitan akhirnya Caturan Emas Sdn Bhd mengotakan janji mereka apabila menyerahkan dana bernilai RM2,000 kepada setiap 10 seniman.

Penerima terdiri daripada, seniman Ahmad Mahmud, Aziz Jaafar, Aziz Satar, Hussien Abu Hassan, keluarga Omar Rojik, Ali Rahman dan balu kepada Allahyarham M Amin. Termasuk, S Shamsudin, Omar Suwita dan Abdul Wahid Rahman (Wahid Satay) yang tidak dapat menghadirkan diri.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Mustapha sendiri sambil disaksikan Ahmad Nawab serta Pengarah Caturan Warna Sdn Bhd, Datuk Mustapha Abd Hamid, di Holiday Villa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2006 11:39 AM | Show all posts
DATUK AHMAD NAWAB

JIKA hari ini industri melihat penguasaan komposer seperti M Nasir, Ajai dan Adnan Abu Hassan, suatu ketika dulu, nama Ahmad Nawab sinonim dalam menaikkan nama penyanyi terkenal di Malaysia dan Indonesia. Mereka termasuklah Sharifah Aini (kini Datuk), Hail Amir, Uji Rashid, DJ Dave, Khaty Ibrahim, Dhalan Zainuddin, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Broery Marantika, Hetty Koes Endang dan ramai lagi.

Bersahabat dengan P Ramlee dan Saloma, Datuk Ahmad Nawab sudah menghambakan dirinya dalam dunia muzik lebih 45 tahun. Ahmad Nawab atau nama sebenarnya, Ahmad Khan Bin Nawab Khan dilahirkan di Jalan Transfer, Pulau Pinang pada 6 April 1933. Beliau mendapat didikan awal dalam bidang muzik melalui ayahnya Nawab Khan. Instrumen terawal dipelajarinya adalah klarinet, diikuti saksofon, trumpet dan piano.

Sepanjang kerjayanya, Ahmad Nawab sudah mencipta lebih 2,000 lagu. Bakatnya memang terserlah kerana setiap lagu yang dicipta mampu menjadi popular. Selain itu Ahmad Nawab juga banyak mencipta skor muzik untuk filem Melayu seperti Menanti Hari Esok, Sumpah Semerah Padi, Sumber Ilhamku dan Esok Untuk Siapa.

Antara lagu popular ciptaan beliau ialah Tiada Maaf Bagimu, Keluhan Perantau, Ku Gembiar Di Sampingmu, Bawalah Daku Bersamamu, Wajah Kesayangan Hamba, Semakin Hari Semakin Sayang, Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Kasih dan Bila Rindu Ku Sebut Namamu.

Banyak kejayaan berjaya diraih Ahmad Nawab dalam kerjaya seninya seperti Anugerah Juara Lagu TV3 menerusi Kau Kunci Cintaku pada 1988. Beliau juga dianugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan daripada Universiti Putra Malaysia(UPM) pada April 2001. Selain aktif dalam bidang muzik, Ahmad Nawab juga pernah menjadi Presiden Papita selama sepenggal bermula 1982. Dia kini masih berkeyakinan untuk berkarya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 05:47 AM | Show all posts
Ahmad Nawab terima anugerah tertinggi muzik
Oleh ABD. AZIZ ITAR




TIGA anak didik Ahmad Nawab (dari kiri) Khadijah Ibrahim,
Jamal Abdillah dan Ramlah Ram tumpang gembira dengan
anugerah yang diterima oleh 憇ifu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2006 10:39 AM | Show all posts
Sifatkan muzik umpama vitamin

Oleh Mohd Nasif Badruddin

KEJAYAAN tokoh muzik terkemuka tanah air, Datuk Dr Ahmad Nawab, 73, atau nama sebenarnya Ahmad Khan Nawab Khan, yang dipilih sebagai penerima Anugerah Seniman Negara ketujuh membuktikan kerajaan mengiktiraf seni muzik tanah air setaraf dengan seni budaya yang lain.


Penerima Anugerah Seniman Negara sebelum ini ialah Hamzah Awang Amat (1993-tokoh wayang kulit), Datuk Syed Ahmad Jamal (1995-tokoh seni lukis), Wan Su Othman (1997-tokoh seni ukir), Khatijah Awang (1999-tokoh mak yong), Datuk Syed Alwi Syed Hassan (2002-tokoh teater) dan Abdul Rahman Bakar atau Rahman B (2004-tokoh bangsawan).

Pengiktirafan unggul negara yang diberikan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) atas dasar ketokohan, keilmuan, sumbangan dan penghasilan karya bermutu tinggi itu disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Jalan Pinang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hadir sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Fauziah Tuanku Abdul Rashid; Yang DiPertua Dewan Negara, Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh; Menteri KeKKWa, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin; Timbalan Menteri KeKKWa, Datuk Wong Kam Hoong dan Ketua Setiausaha KeKKWa, Datuk Zakiah Ahmad.

Anugerah yang diadakan setiap dua tahun sekali itu menyaksikan Ahmad Nawab menerima Warkah Penghormatan Negara, wang tunai RM60,000, trofi, sepasang persalinan lengkap baju Melayu berupa sedondon songket tradisi, kemudahan perubatan percuma wad kelas satu hospital kerajaan serta menjadi pengkarya, pencipta tamu kehormat dan pakar rujuk dalam bidangnya serta mewakili KeKKWa dalam acara tertentu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Ahmad Nawab menyifatkan pengurniaan anugerah ini sebagai hadiah yang paling istimewa dan tertinggi dalam hidupnya selepas setengah abad membabitkan diri dalam dunia seni tanah air.

揝eni muzik adalah vitamin bagi kehidupan kita. Boleh dikatakan setiap hari kita mendengar muzik. Justeru muzik memberi inspirasi dan semangat kepada kita untuk melakukan sesuatu kerja.

揗uzik yang dibawa melambangkan identiti sesuatu bangsa, jadi kita kena bangga serta hormat kepada bahasa dan bangsa kita. Saya sebenarnya susah hati melihat orang kita terarah dengan muzik barat, jadi kita perlu mempertahankan muzik kita dengan cara kita sendiri. Tidak semestinya kita perlu mencipta muzik tradisional, tetapi mencipta muzik yang selari dengan seni budaya kita,
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2006 06:44 AM | Show all posts
揌ati saya tersentuh拻
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2006 07:55 AM | Show all posts
Sembang Sabtu: Ahmad Nawab hampir jadi penarik beca

PENERIMA Anugerah Seniman Negara 2006, Datuk Ahmad Nawab, mengaku hampir menjadi penarik beca di Pulau Pinang kerana sukar mendapatkan pekerjaan sebagai pemuzik yang ketika itu dikuasai orang asing.

Memang satu ketika saya sudah putus asa. Masa itu di Kuala Lumpur. Saya menghadapi tekanan yang kuat menyebabkan rasa hendak balik Pulau Pinang.

揑steri saya sudah awal-awal lagi hantar balik kampung. Tapi kalau balik Pulau Pinang hendak kerja apa. Yang terfikir di kepala saya waktu itu ialah jadi penarik beca,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2007 10:49 AM | Show all posts
Ahmad Nawab dilantik jadi pensyarah tamu Aswara
Oleh Zainuri Misfar


AKADEMI Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) melantik Seniman Negara Ketujuh, Datuk Ahmad Nawab sebagai Pensyarah Tamu dalam Jabatan Pengajian Muzik berkuat kuasa dalam tempoh terdekat ini.

Pemilihan itu dianggap wajar kerana Aswara yakin pengalaman Ahmad Nawab sebagai pemuzik selama lebih 50 tahun seharusnya tidak disia-siakan begitu saja.

Ketua Pengarah Aswara, Omar Awang berkata, selain melatih dan membimbing pelajar menjadi pemuzik berkualiti, tokoh muzik berusia 73 tahun itu juga akan memberi tunjuk ajar secara khusus terhadap alat muzik saksofon.

Katanya lagi, Ahmad Nawab juga akan diminta mengendalikan 憁asterclass
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2007 01:42 PM | Show all posts
Ahmad Nawab penerima Ahli Kehormat KL Malay Chamber
07-03-2007 12:25:41 PM

Oleh ZIEMAN  


Buat julung-julung kalinya seorang seniman akan diberi penghargaan yang agak tinggi oleh Dewan Perniagaan KL Malay Chamber of Commerce.

Memandangkan begitu besar bakti dan sumbangannya pada negara, seniman agung Datuk Ahmad Nawab telah dipilih untuk menjadi penerima Ahli Kehormat KL Malay Chamber of Commerce pada 12 Mac di Putrajaya.

Anugerah itu akan diberi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam satu majlis rasmi. Watikah yang sepatutnya disampaikan pada bulan Februari terpaksa ditunda pada 12 Mac memandangkan kesihatan Tun Dr Mahathir tidak mengizinkan.

Seramai 10 orang tokoh penting di dalam bidang masing-masing akan menerima watikah ini bersama-sama dengan Ahmad Nawab. Antara mereka ialah Datuk Tony Fernandez, Datuk HM Shah dan Dato Mukhriz Tun Mahathir.

Ahmad Nawab ketika ditemui baru-baru ini menyifatkan anugerah itu sebagai 憇atu penghargaan yang tidak disangka-sangka.


Seniman agung Datuk Ahmad Nawab telah dipilih untuk menjadi penerima Ahli Kehormat KL Malay Chamber of Commerce pada 12 Mac di Putrajaya

Lagipun semua tokoh-tokoh yang akan menerima anugerah ini adalah tokoh korporat dan jutawan. Siapa sangka, mereka akan memberi anugerah seperti ini kepada saya?

Ini adalah bidang yang  berbeza sama sekali dan saya bangga diberi penghormatan ini."
Difahamkan Ahmad Nawab satu-satunya tokoh dalam industri muzik diberi pengiktirafan sebegini setelah sekian lama oleh Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur.

Dan untuk pertama kali juga, pegiktirafan ini diberikan kepada bangsa asing.
Ahmad Nawab juga telah diberi kepercayaan untuk menggubah semula lagu tema KL Malay Chamber.

"Saya rasa berbesar hati apabila disuruh arrange balik lagu tema mereka. Soal bayaran tidak timbul kerana prinsip saya, apabila disuruh buat lagu saya akan buat dan tidak pernah tanya berapa bayaran. Cuma selepas habis pekerjaan itu, barulah kita berbincang," kata Ahmad Nawab yang kini begitu giat dengan hobi terbarunya iaitu membela ikan.

Bila ditanya kenapa tiba-tiba gemar membela ikan? Ahmad Nawab berkata, "membela ikan memberi ketenangan yang sukar diucapkan.


Ahmad Nawab dari muda hingga sekarang, kehidupan sebagai seorang suami dan bapa

"Saya boleh leka melihat ikan-ikan sehingga lupa makan minum dan akan berkurung saja di rumah. Hobi baru ini saya kongsi bersama anak lelaki saya yang bernama Nasir."

Komposer agung yang pernah mencipta ribuan lagu itu juga sedang menyiapkan biografi kisah kehidupannya.

Buku yang dijangka siap pada akhir tahun ini akan menceritakan perjalanan hidup Ahmad Nawab dari muda hingga sekarang, kehidupan sebagai seorang suami dan bapa, begitu juga cabaran yang ditempuhnya selama 50 tahun bergelar komposer, arranger, pemuzik dan penerbit album.

Dalam perkembangan lain, Seniman Negara ini telah dilantik oleh Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sebagai Pensyarah Tamu dalam Jabatan Pengajian Muzik.

"Saya seronok dapat mencurahkan segala pengalaman saya selama ini. Saya akan memberi tunjuk ajar bagaiman bermain alat muzik khususnya saksafon.

"Saya akan cuba melatih dan membimbing pelajar menjadi pemuzik yang berkualiti," kata tokoh muzik terkenal di rantau Asia ini.

Ahmad Nawab juga mengalu-alukan cadangan membentuk 憁asterclass
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 12:06 AM | Show all posts
Apakah Datuk merasakan lagu-lagu lama tidak patut dirakam semula atau dibuat susunan baru?

Bukan tidak boleh tetapi janganlah sampai ibaratnya pakai baju Melayu dan bersongkok dengan tali leher.

Seni dari dulu sampai sekarang tetap sama. Pembaharuan boleh dilakukan tetapi kita sendiri mesti mengenali, memahami dan menghargai sesuatu kesenian itu.

Karya orang tidak boleh diubah. Itu ciptaan dia. Kerana itu saya kata, apapun yang kita lakukan, jangan sesekali ubah melodinya.

Penyanyi Barat pun menyanyikan semula lagu-lagu evergreen tapi mereka tidak mengubah melodi asal.

Dengarkan lagu Frank Sinatra yang dinyanyikan semula oleh Michael Buble. Atau Celine Dion yang menyanyikan semula lagu Nat King Cole, When I Fall In Love.

Saya tertarik dengan gaya Dion menyampaikan lagu itu. Sedap dan saya sendiri membeli albumnya.

Saya pernah menangis mendengar ada antara artis kita yang menyanyikan semula lagu-lagu P. Ramlee yang digubah semula dengan teruk.

Lagu-lagu saya tidak terkecuali. Tapi orang Melayu pandai menilai dan kerana itulah juga lagu-lagu evergreen terus segar dan mendapat sambutan.
----------------------

dayang & syafinaz?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 03:08 AM | Show all posts
karya datuk ahmad nawab akan diabadikan dlm album terbaru seorg penyanyi wanita tempatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2007 12:48 PM | Show all posts
Zon Abie: Mencari makna pengiktirafan

-abie abdullah

SABAN tahun kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KeKKWa) memberi pengiktirafan buat anak seni yang berjaya. Bukan sekadar berjaya tetapi lebih bermakna daripada itu.

Allahyarham Hamzah Awang Amat, Datuk Syed Ahmad Jamal, Wan Su Othman, Allahyarham Khatijah Awang, Datuk Syed Alwi Hassan, Abdul Rahman Bakar atau Rahman B dan Datuk Ahmad Nawab antara yang pernah menerima Anugerah Seniman Negara.

Anugerah ini boleh dianggap paling berprestij dalam menilai kejayaan anak seni sebenar. Pastinya bukan calang-calang manusia berbakat diiktiraf kerajaan. Selain gelaran itu, turut disertakan sijil dan wang tunai yang kini mencecah angka RM60,000 untuk penerima.

Alangkah bertuahnya si penerima. Jasanya dikenang dan diingati serta menjadi sejarah negara.

Dengan lain kata, mereka sebahagian daripada khazanah seni negara. Sebagai orang yang turut berada di gelanggang seni, saya turut berbangga dengan pencapaian mereka.

Bagaimanapun saya nampak 'heboh' majlis pengiktirafan itu hanya seketika. Media tukang bercerita, itupun sekadar ketika sebelum dan semasa acara diadakan. Langsung tidak bersahutan dengan aktiviti yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat pemerhati.

Maksud saya, alangkah bagusnya kalau setiap pemenang (sesetengahnya sudah pun kembali ke Rahmatullah) Anugerah Seniman Negara 'dijaja' ke merata tempat untuk mereka mendekati peminat atau masyarakat. Paling tidak pun pada cadangan saya, manusia berjasa seperti mereka ini harus diberi peluang berkongsi ilmu dengan anak-anak kita yang masih dibangku sekolah atau universiti.

Kolej atau universiti yang menawarkan pengajian seni semakin banyak di Malaysia. Perlu ada kesinambungan di sini, bukan sekadar menerima anugerah, menyimpan trofi atau membelanjakan wang kemenangan. Cukupkah pengiktirafan begitu? Saya tidaklah pandai sangat dalam menyusun strategi tetapi buat masa ini, saya terpanggil untuk bercakap mengenai 'selepas' Anugerah Seniman Negara.

Mungkin orang KeKKWa yang saya sangat hormati mempunyai perancangan tersendiri mengenai penerima Anugerah Seniman Negara. Maaf, mungkin juga saya terlepas atau teralpa pelaksanaan perancangan mereka.

Saya tidak pasti dengan penerima lain. Bagaimanapun saya terlintas mengenai Datuk Ahmad Nawab yang sudah lebih enam bulan bergelar Seniman Negara 2006 yang beliau terima penghujung tahun lalu. Sehingga kini, belum ada apa-apa yang dilaksanakan (seperti yang saya maksudkan di atas). Harapnya trofi yang diterimanya disimpan di dalam bekas yang kedap udara, bimbang angin lembap akan membuatkan ukiran cantik itu bertukar karat. Satu kerja lagi untuk Ahmad Nawab mencari 'brasso' mengilatkannya semula.

Tidak perlu saya bercerita mengenai penerima lain, cukuplah yang terbaru ini. Indahnya makna atau pengertian trofi yang dianugerahkan kepadanya itu kalau dapat dikongsi bersama kita semua.

Konsep ini lebih kurang sama dengan siri jelajah atau 'road tour' bintang realiti yang baru diangkat sebagai juara. Bakat baru ini dibawa ke pelosok negara untuk mendekati peminat yang selama ini menyokong kemenangan mereka, atau setidak-tidaknya mereka disuakan dengan pengundi SMS.

Tengok bagaimana Mawi diberi sambutan, Faizal Ramli turut dijulang ketika tiba ke negeri Terengganu, juara Malaysian Idol mendekati peminat dan sebagainya. Kalau mereka yang masih mentah boleh diangkat sedemikian rupa, apatah lagi dengan penerima anugerah paling besar di dalam industri ini?

Bagaimanapun tidaklah saya mencadangkan Ahmah Nawab dijaja sama seperti mereka tetapi kalau adapun, apa salahnya? Seperti yang saya katakan tadi, ia lebih bermakna kalau dibawa ke majlis ilmu, beri ruang penerima Anugerah Seniman Negara ini untuk bercakap, berceramah dan berkongsi pengalaman mereka dari awal pembabitan sehinggalah mencapai kemuncak pengiktirafan itu.

Rasa saya, ia lebih bererti. Namun ini sekadar cadangan, saya tidak pasti pula perjanjian antara dua pihak terbabit. Perlu diingat, makna sebenar anugerah atau pengiktirafan yang diberi bukan sekadar mengadakan majlis atau memeriahkan industri.

Saya percaya, KeKKWa di bawah pimpinan menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim, lebih arif dalam soal ini. Sebagai orang media, saya turut terpanggil menyuarakan perkembangan ini.

Sehubungan itu, saya tertarik memetik kata-kata Khalid Salleh - dalam persoalan anugerah dan menghargai karyawan, bakat muda juga pendukung seni, kementerian telah mengambil inisiatif 憁embahagiakan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.081214 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list