CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8408|Reply: 52

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1427Hijrah

[Copy link]
Post time 14-12-2006 02:37 PM | Show all posts |Read mode


SQ154 mengucapkan "Selamat Menyambut' hari raya Aidil Adha" yang bakal tiba tidak beberapa lama lagi. semoga bahagia & bergembira bersama keluarga yang tersayang.
Kepada yang menunaikan Ibadah Haji semoga selamat pergi & pulang mendapat haji Yang Mabrur amin :pray::pray:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2006 02:46 PM | Show all posts
nak dekat raya kang aku tulis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2006 05:16 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 14-12-2006 02:46 PM
nak dekat raya kang aku tulis


tulis lebih-lebih ok...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 05:47 PM | Show all posts
orang dah start gi aji kan...

untuk sapa nak gi aji, smoga selamat pegi slamat balik , supaya dapat aji yang mabrur, ibadat diterima Allah.


Anyway aku dengar story floating around this year aji akbar? what exactly aji akbar i dont really know tapi seems gavemen saudi dah stop issuing visa for musim aji worldwide.
sapa dengar ceta maybe can share sini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 06:59 PM | Show all posts
kepada para jemaah haji, selamat menunaikan ibadah haji semoga selamat pergi & selamat balik.amin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 15-12-2006 03:33 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-12-2006 12:22 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 14-12-2006 05:47 PM
orang dah start gi aji kan...

untuk sapa nak gi aji, smoga selamat pegi slamat balik , supaya dapat aji yang mabrur, ibadat diterima Allah.


Anyway aku dengar story floating around this year ...


Tak salah aku hari jatuhnya wukuf tu yang tentukan Haji Akhbar... tak slah this year Wukuf kat Arafah jatuh hari Jumaat...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2006 06:23 PM | Show all posts
Singapura : 24 Disember 2006   

71 JEMAAH WANITA TIDAK DIBERI VISA
Permohonan ditolak sebab bawah 45 tahun dan pergi tanpa mahram

Oleh
Chairul Fahmy Hussaini

SERAMAI 71 jemaah wanita, kesemuanya di bawah usia 45 tahun, tidak dapat meneruskan hasrat untuk menunaikan ibadah haji pada musim ini menyusuli kegagalan mereka untuk mendapatkan visa haji daripada Kerajaan Arab Saudi.

Ini walaupun Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah membuat rayuan kepada negara itu untuk meluluskan visa tersebut tetapi ia ditolak kerana jemaah wanita tersebut tidak diiringi mahram mereka untuk ke Makkah.

Di bawah peraturan visa haji, wanita berusia di bawah 45 tahun perlu membawa mahram untuk menjalankan ibadah itu.

Menjawab pertanyaan Berita Harian, Muis berkata sudah menjadi peraturan tetap pihak Kerajaan Arab Saudi untuk tidak mengeluarkan visa kepada golongan itu.

Mereka telah pun dimaklumkan tentang keputusan tersebut malam Rabu lalu.

'Di atas keputusan Kerajaan Arab Saudi ini, pihak Muis telah segera mengundang semua GSA (agen penjualan pakej haji) yang terjejas untuk memaklumkan perkara itu kelmarin.

'Muis telah meminta para GSA untuk segera memaklumkan keputusan itu kepada jemaah terlibat dan cuba mengusahakan penyelesaian se baik-baiknya,' kata Muis.

Pada musim-musim haji lalu, kerajaan Arab Saudi selepas mendapat rayuan Muis yang disokong oleh pihak Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, bersikap ihsan dan membenarkan jemaah wanita itu untuk menunaikan haji tanpa diiringi mahram.

Namun, Arab Saudi tidak memberi jaminan akan membuat pengecualian itu setiap tahun.

Ini adalah kali pertama negara itu melaksanakan sepenuhnya peraturan tersebut.

Mengikut peraturan sedia ada, setiap GSA perlu memaklumkan peraturan kepada bakal jemaah wanita itu keberangkatan mereka ke Makkah bergantung kepada kelulusan visa itu.

Muis berkata, pihaknya bersama GSA dan Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) akan memikirkan langkah susulan untuk menangani isu mahram di masa depan.

Ini turut diakui Presiden Amtas, Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Mahit Jumat, yang dihubungi menerusi panggilan jauh di Makkah semalam.

Katanya, Amtas juga akan membantu jemaah terjejas dan berbincang dengan pihak GSA selepas selesai musim haji.

'Perbincangan itu akan menyentuh kos tiket penerbangan, hotel dan pengangkutan. Apatah lagi keadaan yang berlaku bukan disebabkan kesalahan jemaah,' ujarnya.

Pengurus Halijah Travel & Tours, Encik Hafiz Abdul Hamid, pula berkata: 'Pihak GSA akan membantu jemaah terjejas tapi segalanya bergantung kepada dasar pembatalan daripada pihak pembekal di Saudi'.

Seorang jemaah yang seharusnya berangkat lusa, Cik Salmiah Mohd Tahir, 44 tahun, terkejut dengan keputusan itu hingga beliau enggan ditemuramah kerana terlalu sedih.

Suaminya, Encik Ismail Yusope, 48 tahun, berkata mereka dimaklumkan tentang hal itu kelmarin.

'Awak bayangkanlah, kenduri doa selamat dah buat dan dihadiri keluarga dan kenalan. Kami sedih dan terperanjat.'

kira salah siapa?....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


guvnor This user has been deleted
Post time 24-12-2006 06:43 PM | Show all posts
MUIS yg salah..................
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2006 06:44 PM | Show all posts
Originally posted by guvnor at 24-12-2006 06:43 PM
MUIS yg salah..................

akak rasa agensi...
Reply

Use magic Report

guvnor This user has been deleted
Post time 24-12-2006 06:47 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 24-12-2006 06:44 PM

akak rasa agensi...


both pon patot dipertanggung jawapkan... cianz bakal2 hajjah......
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2006 06:49 PM | Show all posts
Originally posted by guvnor at 24-12-2006 06:47 PM


both pon patot dipertanggung jawapkan... cianz bakal2 hajjah......

kesian seh .. tak kesampaian..atau mungkin ada hikmah..

kalau yg takde mahram macam mana seh?.. tak kan nak menipu.. laki orang cakap laki aku..
Reply

Use magic Report

guvnor This user has been deleted
Post time 24-12-2006 06:52 PM | Show all posts
terpakser kene kawen ah nampak nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2006 06:55 PM | Show all posts
Originally posted by guvnor at 24-12-2006 06:52 PM
terpakser kene kawen ah nampak nyer...

that's not the solution
Reply

Use magic Report

guvnor This user has been deleted
Post time 24-12-2006 06:59 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 24-12-2006 06:55 PM

that's not the solution


aper sebab govt saudi bikin rule sedemikian??? musti ade sesuatu yg tidak menguntongkan pihak mereka........
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2006 07:08 PM | Show all posts
Originally posted by guvnor at 24-12-2006 06:59 PM


aper sebab govt saudi bikin rule sedemikian??? musti ade sesuatu yg tidak menguntongkan pihak mereka........

i dont know..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2006 07:09 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 24-12-2006 06:23 PM
Singapura : 24 Disember 2006   

71 JEMAAH WANITA TIDAK DIBERI VISA
Permohonan ditolak sebab bawah 45 tahun dan pergi tanpa mahram

Oleh
Chairul Fahmy Hussaini

SERAMAI 71 jemaah wanita, ...



ni rumours haji akbar dah going around some time, jadi govemen Saudi Arabia siang2 dah block visa application pasal kalo tak jemaah oversea ramai sangat..
Jadi kalo tahun2 lain, gavemen kasi independent ladies gi sendiri asal rayuan Spore, ni kali dorang aku rasa tak boleh, pasal aku rasa dorang nak kurangkan jemaah lagi ada..

Patut this year jemaah is 2.8 juta.. tapi ni semua orang dah tahu Haji Akbar, jemaah shoot up 4 juta...  ni jemaah yang nak perform haji for this year, ko imegin 4 juta wukuf kat arafah.., ni mesti orang dalam saudi arabia dan orang arab dari negara sekeliling..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2006 07:12 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 24-12-2006 07:09 PM



ni rumours haji akbar dah going around some time, jadi govemen Saudi Arabia siang2 dah block visa application pasal kalo tak jemaah oversea ramai sangat..
Jadi kalo tahun2 lain, gavemen kasi ...

maybe ini one of the reasons lah...

tapi kesian kan kat jemaah yg dah sungguh sungguh prepare nak berangkat...

agensi mesti cakap confirm boleh pergi.. sebab ini tetamu Allah.. arab saudi tak boleh tolak.. dosa!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2006 07:19 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 24-12-2006 07:12 PM

maybe ini one of the reasons lah...

tapi kesian kan kat jemaah yg dah sungguh sungguh prepare nak berangkat...

agensi mesti cakap confirm boleh pergi.. sebab ini tetamu Allah.. arab saudi t ...



aku rasa salah satu,
1) agensi tak kasi nasihat dan make it clear in advance waktu jemaah2 pompuan ni booking tempat..  sapa tau kan? mungkin ada agency yang pentingkan bisnes keuntungani untuk hantar orang gi aji/umrah.. janji duit masuk dulu.
2) jemaah ni semua agensi dah cakap " maybe belum konpem pasal year to year basis " tapi dorang tak prihatin.

next year baik kena make it clear la, kalo tak susah last minit sangkut bleh jiwa kaco
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2006 07:24 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 24-12-2006 07:19 PM



aku rasa salah satu,
1) agensi tak kasi nasihat dan make it clear in advance waktu jemaah2 pompuan ni booking tempat..  sapa tau kan? mungkin ada agency yang pentingkan bisnes keuntungani u ...

sebelum ini jemaah yg takde mahram akan menipu.. ntah lelaki mana ntah dorang akan mengaku pakcik .. adik beradik seibu..<-- agensi nya idea

sekarang kena sertakan sekali birth cert.. tu yg susah nak masuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.215569 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list