CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3378|Reply: 31

MAWI TOLAK ADEGAN PANAS!

[Copy link]
Post time 18-12-2006 09:55 PM | Show all posts |Read mode
MStar Online 18/12/2006

Mawi tolak adegan panas!
18-12-2006 11:37:26 AM
Radin Sri Ghazali  


Sejak Mawi mengumumkan dia akan menerima tawaran berlakon sebagai hero filem Aduh Saliha pada bulan Ramadhan yang lalu, ramai yang tertanya-tanya apakah perkembangan baru filem tersebut.

"Semuanya masih lagi dalam perancangan tetapi saya sudahpun memulakan kelas lakonan bersama-sama Cikgu Marlia Musa," ujar penyanyi yang berusia 25 tahun ini ketika ditemui di Jakarta sempena persembahan pada Malam Gala Titian Budaya Malaysia dan anjuran Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan baru-baru ini.

"Kami masih meneliti pengolahan skrip dan memastikan bahawa tiada adegan peluk ataupun aksi panas yang akan diselitkan. Adegan bersentuhan seperti berpegang tangan tidak merupakan satu masalah untuk saya tetapi saya harap kali ini tidak ada pihak yang salah anggap terhadap kenyataan saya," tegasnya lagi.

"Seronok berlakon saya memang menyukainya," ujar Mawi lagi yang jelas menunjukkan perasaan teruja dengan bidang lakonan.

"Ianya amat berbeza dengan nyanyian. Ia menguji saya daripada segi mental serta emosi. Malah, saya belajar untuk menunjukkan pelbagai emosi dengan penggunaan mimik muka. Memandangkan ini adalah kali pertama saya berlakon saya harus membuat persediaan yang rapi," ujar Mawi mengenai kelas yang diikutinya kira-kira sebulan yang lalu.

Ketiak ditanya siapa yang bakal menjadi pasangannya dalam filem ini, Mawi hanya tersenyum tetapi tidak dapat membayangkan seiapa lagi.

"Mungkin itu rahsia penerbit dan pengarah...," ujarnya lagi.

Adakah ini bermakna Mawi bakal mengikuti jejak langkah penyanyi Awie dan Yusry KRU, Mawi berkata ianya terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan.

"Biarlah saya berlakon filem ini dahulu dan kemudian membuat keputusan berdasarkan persembahan saya nanti."

Saya dan Ekin 'Hanya Kawan'

Jika beberapa bulan yang lalu, Mawi mencetuskan kontroversi mengenai penafian perkenalan bersama pelakon drama Ekin, kini Mawi agak terbuka untuk membicarakan isu tersebut.



"Saya tidak menafikan bahawa itu adalah salah saya. Saya tidak sepatutnya menafikan begitu sahaja. Pada waktu itu, saya berfikiran jika saya menafikannya, gosip itu akan dihentikan," jelasnya lagi mengenai penafian yang dilakukannya sehingga salah sebuah akhbar tempatan menyiarkan gambarnya bersama Ekin ketika sambutan Aidlfitri  yang lalu.

Ketika ditanya jika Ekin pernah terguris hati dengan penafian yang dilakukan, Mawi berkata, "Saya rasa tidak kerana dia memahami situasi ini. Lagipun, kami hanya berkawan. Saya boleh berkawan dengan sesiapa sahaja dan tidak semestinya saya mempunyai sebarang perhubungan dengan mereka."

"Saya belajar daripada kesilapan. Ini adalah salah satu cara untuk mematangkan diri agar saya dapat memperbaiki diri sendiri," tambahnya lagi.

[ Last edited by  dexa at 18-12-2006 10:03 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2006 09:58 PM | Show all posts
Originally posted by tsumawee at 18-12-2006 09:55 PM
MStar Online 18/12/2006

Mawi tolak adegan panas!
18-12-2006 11:37:26 AM
Radin Sri Ghazali  


Sejak Mawi mengumumkan dia akan menerima tawaran berlakon sebagai hero filem Aduh Saliha pada  ...



good luck mawi...aku rase walauapepun yang mawi perkatakan pasti menjadi bahan bualan....takut nanti ade wartwn lain yg ambik kesemptn atas artikel ni...:pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2006 10:05 PM | Show all posts
tu menunjukkan mawi mmg werld...apa2 dia cakap sure orang nak ambik tahu & tokok tambah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2006 10:18 PM | Show all posts
Aku harap dia akan berjaya seperti mana yg aku harapkan.


zamzam,ko tahu tak juru mekap mana yg mekapkan muka si ina tu,aku nengok udah lebam macam kena penampo.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 10:34 PM | Show all posts
geng2 kak Zoo Negara Ernik Harmoni lah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2006 11:11 PM | Show all posts
kelakar le kaua nih... ada satu artikel dia kata kat reports yg dia bukan saingan Mawi.  ada hati minah ni nak gelemor rupanya.  baru ku tau rupenya dia nak hidup gelemer. sebab tu desak Mawi nak kahwin cepat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2006 07:31 AM | Show all posts

Reply #1 tsumawee's post

Adegan lari2 anak mcm dlm citer Hindustan ada tak MAWI ... ?? :nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 08:34 AM | Show all posts
kalau x de mawi takde orgx kenalnya si minah gg nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2006 09:15 AM | Show all posts
Minah GG tu yg tak sedar diri.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 11:44 AM | Show all posts
Originally posted by fizura at 19-12-2006 09:15 AM
Minah GG tu yg tak sedar diri.


:setuju::setuju: Bangga sgt laa dia..tuh....dpt sebaris ngan Mawi...:geram:

[ Last edited by  Rinna at 19-12-2006 11:45 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 12:22 PM | Show all posts

Reply #8 yujin's post

sangat setuju ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 01:11 PM | Show all posts
Sampai la nih pun org tak tahu siapa heroin filem yg bakal dilakonkan oleh mawi  tuh ek!!! Rahsia besor betul!
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 01:15 PM | Show all posts
agaknye mmg tak de heroin lagi kot.......jgn le si ikin tepung gomak tuh....puh lease.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 10:19 PM | Show all posts
kalau yg tu compom aku tak tengok !!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 12:07 AM | Show all posts
M.nasir tengah duk pertimbangkan siapa yg layak.Lagi satu siapa tahan kena gosip lepas filem ni ditayangkan di khalayak ramai.Orang tu jugak kena tahan telinga kang ada yg kutuk kaw kaw punye.Semua itu perlu ada pada heroin tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 10:12 AM | Show all posts
ari tu ada baca mingguan perdana...ada cerita pasal filem aduh saliha ni...pasal heroin tak tau lagi sapa..yg musjil tu ada pulak gambar ikin...tak de kena mengena langsung!!!.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2006 02:49 PM | Show all posts
mawi tolak adegan panas sebab takut ..er...errr... :malu:
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 02:54 PM | Show all posts

Reply #17 BabeYSHa's post

Takut seluar dia terangkat la..:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 05:16 PM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 20-12-2006 02:54 PM
Takut seluar dia terangkat la..:bgrin:

isk... siot jek.. :geram:

ahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 08:09 PM | Show all posts
Mawi memang tolak adegan panas tapi dia bagi penyokong dia panas hati dia tak fikir.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.119575 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list