View: 5327|Reply: 53
|
SITI SARAH MELANGSUNGKAN PERTUNANGAN -
[Copy link]
|
|
Siti Sarah selamat langsungkan pertunangan
27-01-2007
Wahida Asrani
PETALING JAYA: Setelah setahun perkenalan, penyanyi terkenal Siti Sarah Raisuddin, 23, selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Mohd Harith Fuad Robinson, 24, di Hotel Armada, di sini, petang tadi.
Majlis berlangsung sekitar jam 3.40 petang tadi itu diadakan secara sederhana dengan penuh adat tradisi Melayu serta disaksikan oleh kira-kira 100 orang tetamu, terdiri daripada ahli-ahli keluarga, sanak-saudara serta kenalan rapat pasangan tersebut.
Siti Sarah dan tunangnya, Mohd Harith Fuad pada majlis
pertunangan mereka petang tadi (Foto The Star oleh TK Lim)
Pada majlis pertunangan itu, pihak lelaki menghadiahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak perempuan serta sebentuk cincin.
Sarah dan pelumba motorcross dari kumpulan KTM itu mula menjalinkan hubungan kira-kira setahun lalu menerusi Internet.
Jejaka berasal dari New Zealand itu juga telah menetap di Malaysia sejak tiga tahun yang lalu dan telah memeluk Islam kira-kira empat bulan lepas.
Ditemui sejurus selepas majlis tersebut, Sarah melahirkan rasa gembiranya dengan pertunangan tersebut dan tidak merasakan ikatan itu dibuat terlalu awal untuk mereka.
"Kami sudah berbincang mengenai perkara ini sejak beberapa bulan lalu. Lagipun saya tidak mahu orang ingat saya main-main. Lepas ini, jika mereka terserempak saya keluar bersama Fuad, mereka sudah tahu dia adalah tunang saya.
"Tempoh bertunang adalah dua tahun. Tetapi, terserahlah pada jodoh. Jika memang sampai seru awal, maka mungkin kami akan berkahwin awal. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan," ujar Sarah yang kelihatan anggun mengenakan busana berwarna oren rekaan Syaiful Bahrim.
Bagi Fuad pula, dia merasakan pertunangan itu adalah tindakan yang baik memandangkan mereka sudah mula mengenali isi hati masing-masing, walaupun baru setahun menjalinkan hubungan.
"Kami banyak persamaan. Kami saling ambil berat antara satu sama lain. Sarah dan ayahnya juga banyak memberi tunjuk ajar mengenai Islam.
"Saya gembira, kedua-dua ibu bapa saya di New Zealand turut bersetuju dengan pilihan saya dan memang langsung tiada tentangan," kata Fuad.
Sarah dan Fuad bersama barangan hantaran (Foto The Star oleh TK Lim)
Sarah bersama kedua-dua ibu bapanya dan Fuad (dari kiri) Gail Robinson
(ibu Fuad), Bob Robinson (bapa Fuad), Raisuddin Hamzah dan Noraini
Mohamad (bapa dan ibu Sarah) (Foto The Star oleh TK Lim) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
actually camner diorang leh kenal eh??
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah...semoga sampai ke jinjang pelamin henndaknye:pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah fairytale |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 dexa's post
selamat bertunang sarah. moga berbahagia hingga ke jinjang pelamin & ke akhir hayat :pray:
suker tul aku kat sarah ni..... so cute :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Apsal lama sangat tunang ?
Sampai 2 tahun
Anyway, tahniah Sarah, walaupun Misha dok canang dia nak kawin
Sarah tunang dulu
:lol
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmm.. kuarge blah laki xmarah plak anak die masuk Islam? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AyieBoyZ at 27-1-2007 08:19 PM
Hmm.. kuarge blah laki xmarah plak anak die masuk Islam?
xla... ibu bapa fuad pon dtg td... so xde masalah la...
aku rasa mak pak fuad ni atheist kot :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
:clap: :clap: :clap:
wah! tahniah sarah & fuad! :pompom:
sbg peminat setia sarah, aku tumpang gembira...
moga berkekalan hingga ke jinjang pelamin n akhir hayat :love: |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Sarah!!~:clap: :clap: :clap:
album ke-4 bila nak kuar?:nyorok: jgn delay yer..... |
|
|
|
|
|
|
|
go sarah go
jangan lupa buat album best best |
|
|
|
|
|
|
|
TKEJUZZZZZZZ.............SARAH dah nak kawin,,,,,,,,,,alahai UNTUNG BADAN,,hehee |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah
hope berkekalan |
|
|
|
|
|
|
|
wahh.besar tul badan orang putih tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|